Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, bersua lagi kita kali ini dengan entri pasal makan pula. Yelah, semenjak dua menjak ni aku takde berjalan ke mana-mana.. So, tak dapatlah nak update cerita pasal jalan-jalan. Tapi takpe, kali ni ada satu stori yang nak aku storikan iaitu pasal tempat makan yang cukup menarik di Durian Chondong, berdekatan dengan Bukit Kepong, Muar, Johor. Erm.. Jom kita..
30.11.2016 (Rabu)
Idea nak makan ikan patin kat sini sebenarnya dah lama dah. Lagipun aku dan wife dah pernah sekali makan kat sini. Memandangkan masakannya yang sedap, so aku bersama wife nak cuba lagi untuk kali kedua. Alang-alang nak ke sana, aku ajak sekalilah rakan sekerja aku iaitu Rina dan Azman (Selepas ni disebut Rider Kamen bila perlu). Setelah berbincang, diorang nak ikut sama malam ni. So, nanti Rina bersama adik dia akan menjemput Kamen Rider Rider Kamen dan terus menuju ke rumah aku lah. Ikut perancangan, kami akan gerak dari rumah aku secara car pool sekitar pukul 7:45 malam memandangkan tempatnya yang agak jauh iaitu lebih kurang 60km dari rumah aku. Tapi sementara tu, kena tunggu Rina and da geng sampai dulu lah..
Sedikit info.. Restoran ini terletak berdekatan dengan Bukit Kepong, Muar. Tapi ianya kena melalui laluan kelapa sawit dulu. Kalau kita dari Tangkak menuju Bukit Kepong, lorongnya ada di sebelah kiri, iaitu kira-kira 5.5km sebelum sampai simpang Bukit Kepong. Selepas tu bila dah jumpa lorong, anda kena menyusuri laluan kebun sawit kira-kira 2km pula sebelum sampai ke lokasi. Anda juga boleh tag lokasi di gps dengan kordinatnya ialah 2.378037, 102.800468 . Kopipes je kordinat ni ke Google maps, pasti anda tidak sesat. Hehe.. Maklum la, sekarang dunia dah serba canggih. Smarphone dan internet di mana-mana.. Senang..
Sedikit info.. Restoran ini terletak berdekatan dengan Bukit Kepong, Muar. Tapi ianya kena melalui laluan kelapa sawit dulu. Kalau kita dari Tangkak menuju Bukit Kepong, lorongnya ada di sebelah kiri, iaitu kira-kira 5.5km sebelum sampai simpang Bukit Kepong. Selepas tu bila dah jumpa lorong, anda kena menyusuri laluan kebun sawit kira-kira 2km pula sebelum sampai ke lokasi. Anda juga boleh tag lokasi di gps dengan kordinatnya ialah 2.378037, 102.800468 . Kopipes je kordinat ni ke Google maps, pasti anda tidak sesat. Hehe.. Maklum la, sekarang dunia dah serba canggih. Smarphone dan internet di mana-mana.. Senang..
Rina, Rider Kamen dan adik Rina (nama apa tah, lupa dah) sampai rumah aku lebih kurang jam 7:48 malam. Selepas semua dah ready, jom kita gerak ke sana. Perut dah lapo ni..
Tapi, sebelum tu kena isi minyak dulu. Meter dah tunjuk ada 2 bar je lagi. Kang tak sampai, letih la nak menolak pulak bila habis minyak nanti.
Terima kasih kasi saya air mineral.. Hahaha.. Sempat lagi kacau awek Shell.. Hihihi..
Selepas isi minyak, kami lanjut terus menuju Durian Chondong..
Cuaca pula tak menentu malam ni. Sekejap hujan renyai, sekejap berhenti. Tapi kalau hujan sekalipun, kami akan tetap redah juga demi menjayakan misi makan ikan patin.. Hahaha
Menuju bandar Tangkak. Ketika ni hujan belum turun. Kereta depan pun memandu agak perlahan. Macam layan Kuch Kuch Hota Hai la fulops.. Haish..
Haa.. Dah sampai Bandar Tangkak dah. Sekarang ni bandar Tangkak kering. Belum ditimp hujan. Jom lah cepat sikit ke sana.. Jam pun dah pukul 8:25 malam dah.
Kami pun meneruskan perjalanan menuju gerai ikan patin tu. Sepanjang perjalanan, hujan turun agak lebat juga. Aku pun bimbang juga bila hujan turun agak lebat. Takut le laluan yang bakal kami lalui nanti rosak ke, berselut ke.. Risau la kan..? Tapi Alhamdulillah, selepas 33 minit meredah laluan dari Tangkak menuju Bukit Kepong, akhirnya berjaya jua kami temui lorong yang bakal kami lalui nanti.. Scary ke? Mau nyer tidak. Dah la malam.. Masuk kebun lagi.. Nasib baik laluan tak ada yang rosak teruk. Ada sesetengah orang cakap cari tiang lampu nombor 56. Dah jumpa tu, situlah lorongnya..
Lorongnya adalah.... Tadaaa... Haa.. Macam nak rally pulak rasa. Offroad lah kita menuju destinasi. Jadi, kita akan meredah sejauh 2km lagi baru sampai tempatnya
Masa pertama kali dengan wife dulu, cuak jugak rasa. Macam-macam fikir. GPS tipu aku ke..? Dah nak patah balik dah. Last-last, nampak juga cahaya di hujung sana..
Kami sampai kedai makan ni tepat jam 9:10 malam. Masa kami sampai tu, costumer agak ramai jugak lah. Tapi kami tunggu tak lama pun untuk ambil order.
Selepas order diambil, moh le kita selpie dulu sepukul. Hahaha..
Lokasi kedai ni betul-betul di dalam hutan belantara dan tepi sungai. So, dalam gambar tu adalah antara sangkar yang diorang guna untuk bela ikan patin. Kat sini, hidangan ikan hanya ada ikan patin sahaja. Tapi yang lain tu ada la juga. Udang, sotong..
Sementara perut menyanyi lagu keroncong, jom kita selfie satu kali lagi
Oh ya, apa yang specialnya di kedai ni adalah untuk minuman, kita buat sendiri. Ada disediakan dah nescafe 3 in 1, susu, gula dan macam-macam lagi lah. Air kitak pun ada. Siap dengan ais batu lagi diorang bekalkan. Terpulanglah kepada kita nak buat air apa.
Haa... Nampaknya adik rina tu macam buat nescafe je..
Aku just ambil air kotak laici je. Manakala wife aku ambil air kotak manggo. Wah, best la Azman tu. Siap hantar laporan lagi. Hahaha.. Maklum la line telefon dia kuat dalam hutan ni. Aku guna orang kuning, kat dalam ni ada E je..huhu..
Kat atas tu lah rasanya tempat pekerja diorang tidur.
Sekitar kedai makan
Hari biasa, mungkin tak ramai pelanggan. Tapi suasana kedai ni sangat best. Sunyi, tiada deruman enjin kenderaan. Siap ada bunyi katak paya lagi. Haha.. Sejukkk je rasa..
Tak habis-habis dia melayari internet. Tau le orang biru kuat kat sini. Orang kuning hanya E je kat sini. Orang hijau..? Tah, tak tau sebab antara kami ni hanya Rider Kamen je berjiwa kentill menggunakan orang biru.. Hehehe... Yang lain semua guna khidmat orang kuning
Orait, boleh bersiap sedia sekarang. Aku dah dapat hidu bau hidangan kita dah siap. Hehehe..
Tadaa... Lebih kurang 18 minit menunggu, akhirnya sampailah hidangan kami. Malam ni kami order 3 ekor patin, sotong goreng tepung 1 plate dan juga pucuk paku goreng satu plate. Oh ya, nasi putih satu plate besor.. Hurm..
Ikan patin kami tu kami order 2 ekor masak Pais dan 1 ekor lagi tu untuk digoreng..
Jom makan dulu.. Hahaha
Nasi habis, minta nasi tambah.. Kena tunggu sekejap. Nasi tengah tanak.. Hehehe.. Mann.. Tenung apa dalam belukar tu?
Masing-masing sedang menunggu nasi yang belum kunjung tiba.. Hehehe..
Dah dapat nasi tambah, kita sambung balik. hahaha.. Apa agaknya adik Rina fikirkan tu..
"Huhh.. Ko belum abis makan lagi eh jang?"
Bila perut kenyang, terasalah mula nak balik.. Hehe..
Jadi, secara keseluruhannya pada aku, patin masak pais ni sangat sedap. Ditambah pula dengan pucuk paku goreng dan sotong goreng tepung, semuanya sedap. Rasa amat berbaloi merentas laluan kelapa sawit di malam hari demi untuk masakan yang sedap. So, berapa pula kerugian yang kami kena tanggung? Hehe.. Semua sekali termasuk air kotak dan air buat sendiri adalah RM98.00 je. Eh, agak murah la juga.
Jam dah pukul 10:15 malam dah. Jom lah kita gerak balik.
Masa kami nak balik, hujan dah mula turun cuma tak berapa lebat. Tapi sepanjang perjalanan masih ada sesetengah tempat yang lebat dan sesetengah tempat pula kering.
Kami sampai kesang Jaya pukul 11:25 malam. Perut pun dah kenyang. Yang terlintas di fikiran hanyalah bantal dan tilam sahaja.. Hahaha..
Sampai sini dululah coretan aku untuk kali ini. Insya'Allah ada umur dan murah rezeki, kita bersua lagi untuk episod akan datang. Dan nanti ada masa pasti aku akan ke sana lagi.. Hahaha..
Byeee....
No comments:
Post a Comment