Friday, 18 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 5

08 March 2016 (Selasa)

Assalamualaikum semua.. Diam tak diam dah tibalah hari terakhir kami kat Kota Kinabalu. Hari last ni, dah takde buat apa dah.. Berkemas-kemas je barang-barang yang nak bawa balik. Tapi rasanya boleh lagi kalau nak repeat ke pasar Filipina untuk hari last ni. Mana tau boleh beli hasil-hasil laut kat sana. Ikan bilis ke.. Apa-apa ke yang rasa agak menarik untuk dibawa pulang ke Semenanjung.. Erm.. Jom kita..

 Pemandangan dari tingkap Le Hotel, Kota Kinabalu


Disebabkan hari ni hari terakhir kami kat Kota Kinabalu, kesempatan akan diambil lah pagi ni untuk shopping. Tapi sebelum tu kita sarapan dulu lah.

Pagi ni kami sarapan nasi goreng ayam, roti telur, teh ais dan limau ais yangmana kesemua makanan dan minuman kami ni menelan kos RM14.00

Selesai je sarapan pagi, wifi wife aku ajak serbu lagi Jamilah Jewellery ni untuk kali kedua. Tapi kali ni cawangan yang bertentangan dengan kedai yang kitorang pergi kelmarin.

Inilah kedai yang kami singgah dua hari lepas

Bila masuk dalam kedai Jamilah ni, memang rambang mata. Tak tahu nak beli yang mana satu. Semua cantik-cantik belaka

Butang baju melayu pun ada


Belum jumpa lagi la tu barang yang nak dibeli.. Hehehe..

Aku salin balik ye "monies being the payment of are not refundable"

Nampaknya kami mengalami kerugian juga di sini yang mana aku beli tempat letak surat macam kat dalam gambar di atas dengan kos sebanyak RM19.00 manakala wife aku pula beli kerongsang RM27.00. Kemudian sebelum naik bilik, wife aku beli padlock kecik untuk lock beg dengan kerugian RM3.00

Dah siap shopping, tibalah masanya kami check out. Sebelum tu, moh le aku tunjukkan sedikit sekitar dalaman Le Hotel yangmana kami mengalami kerugian RM267.00 untuk 2 malam

Ini je yang best.. Tingkap mengadap bandar dan nampak la laut sikit-sikit.

Ini pula toilet dan jakuzi bilik mandi

Selesai check out, kami tumpang barang-barang kami kat kaunter hotel je.Tiada charge dikenakan. Sementara itu, jom kita pusing-pusing sekitar bandar..

Sementara bahagian basah kat pasar Filipina belum buka, aku lepak dulu lah kat sini bersama wife aku.

Perkampungan laut. Sayangnya aku tak bawa kamera yang satu lagi. Kalau tak, mesti aku dapat ambil gambar perkampungan laut ni.

Walaupun banyak bot-bot berlabuh kat sini, tapi air lautnya masih jernih.

Selfie satu kali.. Haha..

Sebahagian pasar Filipina yang masih belum memulakan operasinya kerana sekarang ni baru jam 12:52 tengahari

Ada satu mercutanda kat situ tapi tak tahu pula apa tanda tu. Mungkin tu lah tanda titik Kota Kinabalu dalam peta kot..?

Sementara menunggu waktu nak balik, kami sekali lagi merayau-rayau sekitar pasar Filipina. Mana tau kot-kot ada yang berkenan. Hehe..

Sekitar pasar Filipina.. Banyak hasil laut kat sini dan kalau pandai tawar, harga memang boleh dapat murah.

Chak..!!! Selfie satu kali lagi.

Kuda laut yang dah dikeringkan. Tapi kalau kat Bikini Bottom, spesis ni banyak boleh jumpa.

Akhirnya kami stop kat gerai ni.. Haha..

Pilih-pilih.. Nanti jangan lupa minta tawar eh..

Tadaa.. Kami minta tuan kedai tu untuk packing sekali. Hasil shopping kat sini, wife aku mengalami kerugian RM140.00.. Hehe..

Lepas tu kami jalan-jalan lagi dalam pasar.. Mencari sesuatu untuk bawa balik semenanjung..

Nampaknya wife aku dah berkenan dengan beberapa mutiara.. Boleh ikat buat batu cincin ni. Cantik.. So, aku mengalami kerugian lagi untuk mutiara. Tapi tak banyak. Untuk berapa biji aku dah lupa.. Huhu..

Aku ada juga beli 2 helai lagi baju untuk adik dan anak sedara. Kerugian untuk baju tersebut pula RM30.00

Dah penat bershopping, dah tiba masanya untuk mengenyangkan mengalas perut waktu tengahari. Maklumlah, jam pun dah menunjukkan pukul 2:00 petang dah ni.

Kami singgah di Restoran Khalisah untuk lunch. Aku terpandang nasi beriani. Wah.. Macam sedap. So, aku order nasi beriani ayam dengan teh o ais dan wife aku pula order nasi beriani daging beserta dengan ABC special. Oh ya, tak lupa juga papadem dan ais kosong dua gelas. Kerugiannya..? Agak murah lah kat sini.. RM20.00 je. Kira ok la tu. Kenyang..

Tapi, aku ada terpandang satu signboard kat tandas restoran ni. Erm.. Ada betui ka kena bayar 50sen kalau nak guna toilet depa..? Hurm..

Setelah perut kenyang, kami rehat sekejap di tepi pantai laut. Menghirup udara segar. Tapi cuaca agak panas sekarang ni. Badan dah berpeluh dah..


Banyak bot-bot nelayan kat sini..

Selfie di waktu panas terik. Nak rentung rasanya.. Huwaaa...

Inilah kedudukan hotel Le Meridien, pasar Filipina dan juga laut. Dekat je. Tapi hotel kami sebelah hotel Le Meridien

Jam dah 3:30 petang tapi flight kami jam 8:40 malam ni. Ada banyak masa lagi. Tapi aku fikir, jom lah ke airport. Lepak sana.. Senang.. Tandas ada, surau ada.. Restoran pun ada.. Tapi KFC la.. Hehehe

Tanpa membuang sampah masa, kamipun naik teksi ke airport.

Selamat tinggal Kota Kinabalu.. Eh, belum terbang lagi ni.. Hihi..

Kami sampai airport tepat jam 4:00 petang. Kerugian untuk tambang teksi pula adalah RM30.00 sebiji kereta.

Kota Kinabalu International Airport (KKIA)

Sambil-sambil lepak kat sini, wife aku mengalami sekali lagi kerugian kerana tergoda dengan keenakan aiskrim potong. So, dia kerugian RM5.30 untuk 2 aiskrim potong. Aku punya la yang satu lagi tu. Hehehe..

Keadaan di luar airport Kota Kinabalu. Tingkat 3 untuk perlepasan. Tingkat 2 pula untuk pejabat urusan. Manakala tingkat 1 (ground floor) pula untuk ketibaan.

Ruang parkir di hadapan Kota Kinabalu International Airport. Oh ya, isteri aku beli satu lagi aiskrim potong tadi. Cuma kedai lain je. Harga kat sini RM2.70 untuk sebatang.

Selepas beberapa jam kami merehatkan diri, perut dah menyanyi lagu Jambatan Tamparuli pula. Lapar.. Hehe.. Masa kat sini, tiada lagu keroncong kedengaran. So, apa lagi? Kami turun ke tingkat 1 dan terus ke restoran KFC. Jom makan.. Kerugian kat sini adalah RM30.00

KFC paling jauh yang pernah aku makan. Pehhh..

Abadikan kenangan dulu kat sini sebelum masuk. Semua beg dan kotak makanan hasil laut tadi dah selamat dicheck in kan..

Beg galas aku pun dah melalui saringan keselamatan tadi.

Jam dah pukul 8:15 malam.. Sama seperti yang tertera pada tiket. Dan ianya menunjukkan dah tiba masanya untuk kami masuk menuju ke pesawat.

Sebelum memasuki laluan ke terminal perlepasan

Pintu kami adalah Pintu A7

Semasa di kaunter imigresen, kami diminta untuk mengemukakan kad pengenalan, pass lawatan sosial dan juga tiket penerbangan. Selepas pemeriksaan, pas lawatan sosial kami diambil semula oleh pihak imigresen sementara tiket penerbangan kami dicopkan. Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan pemeriksaan keselamatan yang lain, kami pun menuju untuk masuk pesawat. Kelihatan pesawat kami dah tunggu kami. Aku tak sangka pula kami adalah penumpang pertama yang melepasi gate A7 untuk pesawat ni. Haha..

Cak..!! Selfie dulu sekali lagi sebelum berangkat pulang.

Tepat jam 8:30 malam, flight kami dah mula bergerak meninggalkan terminal dan menuju ke landasan untuk berlepas.

Greeting from MAS. Tepat jam 8:45 malam, pesawat Boeing 737-800 mula memecut untuk berlepas dan meninggalkan bumi Sabah. Sambil-sambil tu, aku dah siap-siap bawa kabel data untuk charge handset aku. Bateri dah nak habis dah sebab tadi asyik bergambar je. Hehe.. Kat kerusi ni dah tersedia USB port.

Selepas setengah jam berlepas, pramugari MAS pun datang untuk menyediakan makan malam kami. Jemput makan semua..

Bila dah siap makan, aku layan info pasal penerbangan kami je lah. Tak tahu nak buat apa.. Sekadar info, ketika ini flight kami terbang pada ketinggian 11,582 meter dari aras laut dengan kelajuan yang direkodkan adalah 838 kmj. Berbeza dengan penerbangan hari pertama, ketika itu pesawat kami terbang hanya pada ketinggian 8839 meter sahaja dari aras laut. Suhu udara di luar pesawat pula adalah -48°C. Pehh.. Memang beku habis lah.

Krew pesawat akan mematikan lampu selepas selesai makan. Akupun apa lagi, layan tidur ajelah.

Sambil layan lagu Westlife, sambil tu juga layan mata ni supaya lelap. Lagipun bilangan penumpang malam ni dah tak ramai. Mungkin dalam 30 ke 40 orang je rasanya. Depan aku kosong.. Sebelah aku kosong.. Belakang aku kosong.. Hurm.. Zzzzzzzzz.........

Lamunan tersentak seketika bilamana kapten Mohd Rashid (kalau tak silap) membuat pengumuman bahawa kita akan mendarat sebentar lagi. Wah, dah nampak lampu bangunan dah. Akupun terus stop lagu Westlife tadi. Krew kabin pun dah mula on kan lampu. Bersedia untuk mendarat.

Flight kami mendarat tepat jam 11:03 malam. Kami dan beberapa penumpang yang lain bergegas ke kaunter bagasi untuk menuntut bagasi masing-masing. Pada ketika itu juga kawan aku yang datang menjemput kami dah maklumkan yang dia dah sampai airport. Kami terpaksa menunggu bagasi dulu lah sebab belum sampai lagi ni bagasi kami.

Hampir setengah jam juga barulah dapat balik bagasi kami. Kami gerak dari KLIA dah agak lewat. Jam pun dah menunjukkan pukul 11:50 malam dah. Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah kami lebih kurang jam 1:45 pagi. Selepas kemas-kemas semua, masa untuk tidur.. Esok nak naik kerja balik dah..

Sampai sini dululah coretan aku buat tatapan semua pembaca. Memang seronok trip kali ni. Sambil pergi konferen, sambil melancong. Bak kata pepatah melayu, sambil berenang, sambil minum air. Hehe.. Terima kasih sekali lagi buat bro Jamal di atas kesudian menghantar dan menjemput kami di KLIA. Insya'Allah ada rezeki dan kelapangan, kami akan ke Sabah lagi tapi tak tau lagi bila.. Hehe..

Kerugian kami untuk kali ini adalah :-
-Sarapan = RM14.00
-Wife beli kerongsang dan padlock kecil = RM30.00
-Tempat letak surat = RM19.00
-Wife beli hasil laut = RM140.00
-Baju adik dan anak sedara = RM30.00
-Lunch = RM20.00
-Teksi = RM30.00
-Aiskrim = RM8.00
-KFC = RM30
Total kerugian..? Hurm.. Bolehlah tekan calculator untuk mendapatkan jawapan tepat. Hihihi.. Jangan marah eh..

Jumpa lagi di episod yang akan datang..
-Bye-

No comments:

Post a Comment