Tuesday, 15 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 4

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,  Melaka 754 Tahun, Melaka Maju Fasa II, Berkat, Tepat, Cepat. Haa.. Panjang nau.. Hehe.. So, kita sambung lagi cerita untuk hari keempat. Maka hari ni lah bermulanya kembara kami jalan-jalan sekitar negeri Sabah. Untuk hari ini, isteri aku dah booking awal-awal dah satu pakej satu hari dari pagi sampai petang untuk jalan-jalan sekitar Kundasang dan juga Ranau. Harga untuk pakej ni adalah RM340.00 untuk dua orang termasuk transport, pemandu pelancong, makan tengahari dan juga tiket masuk seperti dalam itineri. Nak tahu selanjutnya..? Jom ikuti kisah kami.. Hehe.. Cerita ni mungkin agak panjang.. Sila sediakan dulu lah kacang ke.. kuaci ke.. Sambil baca, boleh la gigit kuaci.. Hihi..

*Gambar sekadar hiasan


07 March 2016 (Isnin)

Aku bangun awal sikit hari ni. Belum pun pukul 6:00 pagi lagi dah berdering alam jam kat handset aku. Mana tidaknya kena bangun awal kat sini, pukul 7:00 pagi tu dah mencarak dah matahari. Huhu..

 Selepas selesai bersiap-siap, aku merenung sekejap ke luar jendela.. Eh, tingkap. Langit sudah cerah, fajar pun dah mula menyinsing di ufuk timur. Sekarang ni jam baru menunjukkan pukul 6:11 pagi. Wah, dah cerah tanah rupanya..

 Sementara menunggu pemandu pelancong kami datang, ada baiknya kami sarapan dulu lah. Pagi ni kami sarapan di restoran Kajol Curry House Sinsuran. Haha.. Kerugian di pagi hari adalah RM12.50 untuk roti sardin, roti telur, teh, teh ais dan ais kosong. Burrpp.. Alhamdulillah.. Kenyang..

 Pemandu pelancong kami datang menjemput kami jam 8:20 pagi. Dikhabarkan ada sedikit kesesakan trafik semasa dia on the way nak datang menjemput kami tadi. Sebab itulah ada sedikit kelewatan. Takpelah, tak lewat sangat pun. So, jom kita meneruskan perjalanan.

 Destinasi pertama kami adalah rumah terbalik. Jom kita ke sana..

 Sepanjang perjalanan, ada lalu sikit kesesakan lalulintas. Tapi tak teruk macam Kuala Lumpur la.. Hehehe..

 Jangan terus ye, kita belok kanan.

 Kami singgah sebentar di Petronas Berungis untuk isi petrol. Kat sini, aku ambil sedikit masa lah untuk ke tandas dan juga beli jajan ngan air mineral buat kunyah-kunyah atas kereta nanti. Kerugiannya adalah RM8.50. Kami berenti tak lama kat sini. Sekadar dalam 10 minit sahaja. Selepas tu meneruskan perjalanan ke destinasi pertama, iaitu Rumah Terbalik.

 Kami tiba di rumah terbalik sekitar jam 9:15 pagi. Sebenarnya untuk tiket masuk ke rumah terbalik ni takde dalam pakej. Maksudnya nak masuk kena bayar sendirilah. Tapi aku tak nak lah masuk. Ni pun aku amik gambar dari luar pagar. Hehehe..

 Selfie dulu kat sini

 Orait, selfie sorang pulak..

 Destinasi kedua selepas ni adalah Jambatan Gantung Tamparuli. Selepas ambil gambar kat rumah terbalik, kami menuju ke jambatan gantung pula.

 Perkara wajib kena lakukan. Hehe..

 Inilah dia Jambatan Gantung Tamparuli

 Tadi sorang, sekarang selfie berdua lah pula..


Sedikit info Sejarah Jambatan Lama Tamparuli : Jambatan Lama Tamparuli dibina pada tahun 1930-an oleh jurutera British namun sentiasa rosak akibat banjir. Selepas campur tangan daripada Bobolian,  didapati bahawa roh sungai atau Tambuakar marah dengan pembinaan jambatan. Seorang gadis tempatan yang cantik bernama Sulongkoi dikorbankan untuk menenangkan Tambuakar. Dia dimasukkan ke dalam sebuah tajau dan ditanam hidup-hidup di bawah tiang pertama jambatan. Selepas pengorbanan itu, jurutera British tidak lagi menghadapi masalah untuk membina jambatan.

 Sungai yang mengalir di bawah jambatan

 Selepas 7 minit kami di sana, maka perjalanan diteruskan lagi. Destinasi kali ini pula ialah pekan Nabalu.

 Jauh lagi nak sampai Ranau. Huhu.. Tapi jalanraya ni cantik sangat untuk rider-rider yang nak layan korner, mahupun nak layan santai. Haha.. Kalaulah suatu hari nanti aku dapat ride kat sini.. Bestnya..

Semasa dalam perjalanan, sempat aku merakam ucapan terima kasih gambar gunung Kinabalu. Gunung tertinggi di Malaysia. Nampak sangat gah dia di situ.

 Okay, kami sampai pekan Nabalu jam 10:15 pagi. Keadaan cuaca amat cerah masa ni. Sempat la untuk kami abadikan kenangan bersama gunung tertinggi di Malaysia ni.

 Cantiknya ciptaan Allah S.W.T..

 Akupun nak jugaklah selfie bersama Gunung Kinabalu.

 Nasib kami baik kerana sempat bergambar dengan puncak tertinggi di Malaysia. Beberapa minit selepas tu je, awan mula berarak dan mula menutupi sebahagian gunung dan puncak.

 Jom lah kita ronda-ronda pekan Nabalu. Sambil-sambil tu boleh shopping kat sini.

 Sekitar kedai di pekan Nabalu

 Banyak cenderahati dan baju-baju dijual di sini. Orang kata, kat sini kalau pandai tawar, jauh lebih murah dari pasar malam dekat Kota Kinabalu.

 Sempat jugalah aku shopping kat sini. Beli nenas yang dah siap potong. Beli keychain.. Beli fridge magnet. Erm.. Banyak juga aku beli barang kat sini. Secara ringkasnya, kerugian kat sini adalah RM74.00. Isteri aku pun mengalami kerugian juga.. Hehehe.. Dia shopping apa tadi.. Kain batik kalau tak silap. Dia punya kerugian pula RM50.00

 Perjalanan diteruskan lagi menuju destinasi iaitu Kampung Luanti Baru, Ranau. Namun kita kena stop kat pekan Ranau untuk makan tengahari.

 Bulatan kobis.. Ni kat Kundasang. Takpe, balik nanti kami singgah eh.

 Dah nak sampai Ranau dah.

 Kami sampai Ranau lebih kurang jam 12:00 tengahari. So, lunch dulu lah kat sini. Lunch kami dah termasuk dalam pakej.

 Dah siap makan dan selesai semuanya, kita akan bergerak ke Kg. Luanti tempat massage ikan. Tapi isteri aku dah tak berapa sihat. Singgah dulu lah kat farmasi bagi mendapatkan ubatan yang diperlukan. Kerugian ubat-ubatan di sini adalah RM8.50..

 Ayuh kita sambung perjalanan. Masa dah mula mencemburui kita.

 Kami sampai Kg. Luanti tepat jam 1:02 tengahari. Inilah kenderaan yang membawa aku sepanjang perjalanan untuk hari ni..

 Selfie sikit. Hehe..

 Sementara itu, pemandu pelancong kami sedang beli tiket. Sebetulnya aku tak tahu berapa harga tiket masuk. Mungkin aku terlepas pandang tentang harga tiket kat sini.

 Haa.. Tengok tu.. Banyak nau ikan-ikannya..

 Semua pakat turun dalam sungai. Nanti ikan-ikan tu akan datang dan bermain-main celah kaki kita. Dan, mungkin ada juga yang menggigit sikit-sikit sel kulit mati pada kaki kita..

 Ini kalau sekali tebar jala, dapat stok ikan untuk sebulan ni.. Hehe..





Ikan albino pun ada.. Dia sekor je kaler lain.. Hihi..

Demi mengejar masa, kami tak lama kat sini. Hanya setengah jam sahaja masa yang kami tetapkan untuk bermain-main dengan ikan tadi. Selepas itu, kami menuju pula ke Poring Hot Spring. Maaflah tiada gambar on the bike car.. Hihi..

 Perjalanan dari Kg. Luanti ke Poring Hot Spring tak jauh. Dalah setengah jam je perjalanan..

 Kaunter pembelian tiket. Dan seperti biasa, tiketnya sudah termasuk dalam pakej.

 Sebenarnya tiada apa yang istimewa pun kat sini. Cuma kawasan hutan dan kolam air panas. Boleh la sapa-sapa yang nak berendam. Dengar cerita kalau masuk lagi bahagian dalam hutan kat sini buleh jumpa bunga Rafflesia.. Tapi kena jungle trekking la sikit.

 Sekitar Poring Hot Spring.. Bukan Jasin Hot Spring ye..


 Selfie dulu sekali.. Perkara wajib ni.. Hehe..






Nasi lemak 3 jenis.. Nak yang mahal ke yang murah?

Kat sini pun kami tak lama. Memandangkan sekarang ni dah pukul 2:30 petang. Lepas ni kita nak menuju ke Desa Dairy Farm, Kundasang. Alaa.. Tempat ala-ala New Zealand tu la.. Haha.. Jom kita..

 Hampir sejam juga perjalanan kami dari Poring Hot Spring tadi. Sekarang kami dah sampai Desa Dairy Farm. Cantik pemandangan kat sini. Cuaca pun ada sikit sejuk. Ala-ala angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

 Rumah pekerja Desa Dairy Farm. Tempat ni terletas atas bukit. Iaitu di kaki Gunung Kinabalu.

 Lembu susu sedang meragut. Orang kata, lembu-lembu di sini lagi glamour dari artis. Apsal eh..? Sebabnya semua yang datang sini nak bergambar dengan lembu ni..

 Cak...!!! Hahaha..

 Haa.. Tengok, lembu tengah makan pun diambilnya gambar.. Hihi..


 Selfie la satu kali lagi.. Kalau aku tak berani nak panjat. Jatuh tergelincir kang sia-sia je.. Huhu..

 Inilah dia pemandu pelancong kami yang berbaju putih tu. Sebenarnya aku agak terkilan juga sebab tak sempat nak bergambar dengan dia.. Haish..

 Sekitar Desa Diary Farm




 Kami beli aiskrim coklat berasaskan susu lembu.. Sedap..

 Awan masih lagi menutupi puncak Gunung Kinabalu. Tak apalah, nanti ada masa dan kesempatan kalau nampak puncak kang aku tangkap lah gambar..




 Ini tempat pemerahan susu lembu. Semua lembu-lembu yang dah siap meragut akan beratur untuk tukar syif untuk diperah susunya.. Hehe..




 Nyaman je udara kat sini walaupun ada bau lembu..

 Aku ada beli sikit fridge magnet dan ais krim kat sini. Kerugian aku adalah RM5.30 manakala wife aku pula mengalami kerugian untuk aiskrim dan puding sebanyak RM18.40.

 Kami spend masa agak lama kat sini. Dah tiba masanya nak balik. Tiba-tiba aku terpandang Gunung Kinabalu dah muncul.. Haha.. Apa lagi, jom abadikan kenangan kat sini..

 Cantiknya Gunung Kinabalu.. Sempat juga aku bergambar kat sini..

 Jom kita pulang.. Bye-bye Desa Dairy Farm.. Bye-bye Gunung Kinabalu.. Entah bila aku nak datang sini lagi.. huhu..

 Selepas ni ada satu lagi destinasi yang akan kami singgah. Sebelum tu, kita singgah dulu di Pasar Tani Kundasang. Mana tau ada nak beli apa-apa ke..

 Sekitar Pasar Tani Kundasang





 Tak banyak buah-buah yang kami beli kat sini. Sekdar RM10.00 sahaja untuk kerugian kat sini.

 Dah siap beli buah, kita akan singgah satu lagi last destinasi.. Iaitu Kinabalu Park. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh pemandu pelancong kami, Kinabalu Park adalah Kawasan Warisan Dunia Pertama di Malaysia. Ianya juga sebagai tempat untuk pendaki-pendaki memulakan pendakiannya menakluki Gunung Kinabalu.

 Kami hanya pusing-pusing sahaja sekitar kawasan di sini memandangkan tiada apa-apa yang menarik di sini.. Hanyalah sebahagian hutan simpan yang menjadi tapak warisan dunia..

 Sempat jugalah aku bersama isteri mengabadikan kenangan kat sini.

 Orait, semua destinasi sudah dilawati. Sekarang sudah tiba masanya untuk kami berangkat pulang ke Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan, ada juga kawasan-kawasan yang dilitupi kabus dan udara mula terasa dingin. Depan tu dah nampak kabus tebal.

 Namun bila dah sampai Tamparuli, kabus dah takde. Sinaran mentari pula yang memanchorr..

 Masjid terapung di Kota Kinabalu.

 Setibanya kami di Kota Kinabalu, terus kami cari makan dulu. Tapau lah naik makan kat bilik. Agak-agak dah kenyang, lepas ni boleh keluar semula.. Haha..

 Seafood kat sini memang murah. Aku beli udang goreng ni baru RM15.00

 Murtabak ni pula RM5.00 untuk 2 biji

 Sotong ni..? RM5.00 je..

 Dan 2 cawan besar untuk air buah ni pula RM4.00. Kerugian untuk makan dan minum malam ni adalah RM29.00

 Selesai makan, mandi dan rehat-rehat untuk seketika, kami turun kembali. Semalam kami dah pergi pasar malam Sinsuran. So, malam ni kami nak pergi pasar malam Kg. Air pulak.

 Pasar malam kg. Air agak jauh sikit dari hotel kami tapi tak la sampai 5km. Kira dekat la jugak. Tapi aku dah takde barang dah nak beli. Wife aku tak tahulah dia nak beli apa.. Kita pusing-pusing pasar malam dulu

 Sekitar pasar malam Kg. Air




 Banyak juga produk-produk mutiara yang dijual di sini


Haha.. Akhirnya wife aku shopping juga malam ni. Hehe.. Walaupun tak banyak, tapi ada juga mengalami kerugian RM30.00

Oklah, dah takde apa lagi nak beli. Badan pun dah penat. Jom kita naik tidur dulu.. Esok merupakan hari terakhir kami kat Kota Kinabalu. Tapi waktu penerbangan kami agak lewat. Masih sempat lah kalau nak pusing-pusing esok. Apapun, aku tidur dululah ye.. Selamat malam eberibadi..

Jumpa esok di airport..

Bye..
  

*Untuk info pasal pakej tadi, nanti aku update balik. Dah lupa mana letak nombor telefon dia.. Haha..


Ringkasan kerugian untuk hari ni...
- Breakfast : RM12.50
- Beli jajan kat Petronas : RM8.50
- Pasar Nabalu : RM74.00
- Pasar Nabalu (wife aku) : RM50.00
- Ubat di Ranau : RM8.50
- Desa Dairy Farm : RM5.30
- Desa Dairy Farm (wife aku) : RM18.40
- Pasar Tani Kundasang (wife aku) : RM10.00
- Beli makan malam : RM29.00
- Wife shopping (Pasar Malam Kg. Air) : RM30.00
Jumlah kerugian : RM137.80 + RM108.40 = RM246.20

No comments:

Post a Comment