Saturday, 12 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 1

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog ni. Alhamdulillah, berakhir sudah MSR Scientific Meeting dan juga percutian aku bersama isteri ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya pada 04 - 06 March 2016 yang lepas, Malaysia Society of Radiographers ada menganjurkan satu konferen bertempat di Kota Kinabalu. Beberapa bulan sebelum tu, aku ada bertanya dengan bos aku kalaulah aku dapat pergi. Kemudian bos aku kasi green light, so apa lagi.. Tempah dulu lah tiket flight. Segala registration untuk konferen dan juga penginapan aku diuruskan oleh pihak majikan tempat aku bekerja manakala tiket penerbangan untuk isteri aku tu kenalah aku bayau sendiri. Haha.. Tapi takpelah, bayaukan aje.. Hehe..


Untuk konferen kali ni, aku dah buat survey awal-awal lagi. Buat perbandingan tiket flight antara AirAsia dan juga MAS. Setelah ditimbang tara, maka aku memilih syarikat penerbangan MAS untuk ke sana. Jom kita fly sama-sama.. Hehehe..


04 March 2016 (Jumaat)

Majikan aku dah bersetuju untuk uruskan pengangkutan, tempat tinggal dan juga pendaftaran. Dan majikan aku juga telah bersetuju untuk menyediakan pengangkutan dari tempat kerja hingga ke KLIA. Oleh kerana masa penerbangan kami jam 10:00 pagi, maka kami kena gerak awal lah dari Melaka. Aku dah deal dengan kawan aku dan kami gerak dari tempat kerja dalam pukul 6:15 pagi. 

Kami singgah sebentar di RnR Seremban untuk mengalas perut. Lapar juga ni. Maklum la belum sarapan lagi. Lagipun masih awal ni. Jam baru menunjukkan pukul 7:30 pagi.

Walaupun dah 7:30 pagi, cuaca dah agak cerah. Alhamdulillah, cuaca pagi ni amat baik sekali. Selepas selesai semuanya, sekejap lagi kami akan teruskan perjalanan. Kerugian untuk breakfast di sini adalah RM6.00 sahaja..

Kami meneruskan perjalanan ke KLIA selepas hampir 30 minit kami lepak kat RnR Seremban tadi. 

Kami sampai KLIA jam 8:30 pagi. Alamak, masih awal la. Flight kitorang jam 10:00 pagi. Tapi takpelah, lepak lah dulu kat sini. Terima kasih buat Jamal kerana sudi menghantar kami ke KLIA. TQ so much...!!!

Selfie dulu lah kat sini. Hahaha.. Maaf gambar tak cantik sebab pakai kamera henpon je.

Sekitar KLIA.. Sedar tak sedar, jam dah pukul 9:40 pagi dah. Aku dan isteri dah siap-siap check in dah dari rumah. Online je. Lagipun nak pergi ni kami tak banyak bawa beg. Hanya hand carry je. Jom lah kita masuk. Dah boleh masuk ke terminal dah ni.

Selesai scan semua beg, kami pun berjalan menuju ke terminal masuk pesawat. Haa.. Tu dia pesawat kami. Sedang isi minyak lagi.. Haha..

Ready untuk berlepas, sebelum tu kasi selfie la dulu.

Greeting from MAS. Boleh layan movie lah sekejap lagi kerana masa penerbangan nanti adalah 2 jam 30 minit. Maknanya Kota Kinabalu ni lebih jauh dari Ho Chi Minh City. Kalau tak caya, tengok le Google Maps.. Haha..

9:59 pagi, pesawat telah ditolak dari terminal untuk bersedia untuk berlepas.

Selepas tu, kami pun terbang membelah awan menuju ke Bumi Di Bawah Bayu.

Oh ya, sempat juga aku menyapa Encik Khorlid. Rupa-rupanya dia satu pesawat dengan aku. Haha.. Tu dia Encik Khorlid yang pakai jaket hitam sebaris dengan aku. *Abaikan orang sebelah aku tu ye.. Sorry.. Huhu..

43 minit dah berlalu. Sekarang ni pesawat kami sedang melepasi Kuantan dan mula memasuki ruang udara Laut China Selatan. Terbang dengan ketinggian 8839 meter dari aras laut, pesawat kami sekarang sedang mengekalkan kelajuannya pada 866 kmj. Laju bukan..? Haha.. Tapi kita masih lagi dapat melihat tanah walaupun pada ketinggian sebegitu. Tapi pada ketinggian begini, suhu udara di luar pesawat adalah -25°C

Selepas sejam perjalanan, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman. Ada 2 menu iaitu nasi goreng kambing dan murtabak. Aku pilih murtabak.. Nampak macam sedap.

Manakala isteri aku pula memilih nasi goreng kambing.

Untuk minuman pula, aku pilih jus apple dan isteri aku pilih jus oren. Kelihatan pramugara dan pramugari sedang meladeni penumpangnya.. Haha..

Dah siap makan, aku rehat saja. Mula-mula layan cerita Jurassic World. Lepas tu rasa bosan, aku tengok info penerbangan ajelah dari sistem interaktif MAS. Tengok jarak perjalanan, altitud, kelajuan pesawat dan juga suhu udara luar. 

Sudah 2 jam 30 minit masa berlalu. Sudah kelihatan bumi Sabah. Kapten Musa Mahmud pun sudah buat pengumuman yang kita semua akan mendarat sebentar lagi. Sila berada di tempat duduk masing-masing dan pakailah tali pinggang keledar anda.

 Pesawat kami cecah bumi tepat jam 12:33 tengahari. Cuaca di sini amat baik sekali. Semua penumpang nampaknya dah bersiap sedia untuk keluar dari pesawat.

Sebaik sahaja keluar dari pesawat, kami dikehendaki melalui kaunter imigresen (Passport Malaysia). Kat sini, kami dikehendaki mempamirkan kad pengenalan bersama tiket kapal terbang. Selepas tu, kami diberi satu pas kebenaran memasuki negeri Sabah selama 90 hari. Pas ini juga dikenali sebagai Pas Lawatan (Sosial).. Simpan pas ni elok-elok kerana ketika keluar dari Sabah nanti, anda kena bagi balik kat kaunter imigresen.

Selepas selesai semua, kami nak meneruskan perjalanan pula ke Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu. Tapi hotel ni bertempat di 1Borneo shopping complex.. Agak jauh juga dari KK Airport. Kena amik teksi ni.

Teksi sudah diambil. Bayaran sudah dijelaskan. Jom kita ke Klagan Regency.

Dalam teksi pun kena selfie jugak. Hahaha.. Bersama isteri tercinta.

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan satu environment yang cantik sekali. Bandaraya tepi laut dan lautnya sangat dekat dengan jalanraya. Cantik sungguh pemandangan di sini. Kos untuk satu teksi dari lapangan terbang ke Klagan Regency Hotel adalah RM50.00. Boleh tahan harga teksi ni.. Hurm..

Dah sampai Klagan Regency, selesaikan dulu urusan check in. Agak lama juga di sini kerana waiting agak lama. Ramai tetamu yang nak check in. Sampai turn aku, aku dimaklumkan bilik sedia untuk check in jam 3:00 petang. Alamak, lambat lagi tu. Jadi, kami pun simpan dulu beg kat reception dan menuju ke One Borneo untuk lunch. Haha.. 

Kami makan kat sini ajelah untuk lunch. Tapi harga makanan kat sini agak sedikit mahal. Kerugian kami di sini adalah RM17.50

Okay, dah selesai lunch, kami pun kembali semula ke reception. Ketika itu, aku terserempak dengan Farihan, kawan lama sedang beratur nak check in juga. Haha.. Lamo tok jupo gu.. Hehe.. Selepas selesai urusan check in dia, aku punya turn pula. Semua dah selesai, jom masuk bilik dulu..

Bilik yang disediakan agak besar dan cukup selesa. Puas hati lah.. Hehehe

Siap tv skrin leper lagi. Eh, zaman sekarang ni mana ada tv bontot beso lagi..? Semua dah leper-leper belaka..

Set untuk bancuh kopi untuk dua orang dibekalkan percuma

Siap ada bath tub lagi. Tapi dindingnya hanya sekeping cermin. Nampak katil la.. Haha.. Alamak, macam mana nak berendam ni..? Erm, ada tirai lah.. Haha.. Nak berendam kalu, kasi tarik la itu tirai.. Hehehe..

Safety box pun ada untuk simpan barang-barang yang berharga.

Bila buka tirai dari bilik aku, kelihatan masjid Universiti Malaysia Sabah tersergam indah. Eh, sebelah universiti je hotel ni.

Dah siap check in, aku turun balik ke tingkat 5 tempat berlangsungnya konferen MSR. Sempat juga aku abadikan kenangan dengan orang kuat MSR ni.. Encik Mazli.. Haha..

Suasana sekitar luar dewan..

Dewan kat sebelah kanan tu haa.. Yang pintu warna hitam.

Siap konferen, aku bersama Farihan makan malam di hotel yang sama. Tapi aku tak boleh lama sebab isteri aku lapar. Lepas ni nak kena gi dinner ngan dia lah.

Dah dinner ngan Farihan, tiba pula masa untuk dinner ngan isteri tersayang.. hehe.. Malam ni kami dinner di The Chicken Rice Shop One Borneo. Kerugian malam ni adalah RM35.75

Siap dinner, jalan-jalan dululah sekejap. Pusing-pusing sekitar hotel ni. Tapi takde apa pun yang menarik kat sini. Tapi kami singgah juga Orange Convinience Shop. Kedai ni macam 7 Eleven la. Buka 24 jam. Kami beli sedikit bekalan buat persediaan untuk hari esok. Kerugian..? RM8.70

Lepas membeli, kami terus naik bilik lah. Lagipun mata aku dah agak mengantuk dah. Badan sedikit penat. So, aku tidur dulu ye.. Jumpa lagi esok eh. Selamat malam semua.. Huarghhhh..... Bye-bye...


Jumlah kerugian hari ni :-
- Sarapan kat RnR Seremban : RM6.00
- Teksi Airport : RM50.00
- Lunch di One Borneo : RM17.50
- Dinner @ The Chicken Rice Shop One Borneo : RM35.75
- Beli barang-barang kat Orenge Convinience Shop : RM8.70
Total : RM117.95

No comments:

Post a Comment