06 March 2016 (Ahad)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni merupakan hari terakhir untuk konferen yang berlangsung di The Klagan Regency, One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Dan hari ni juga kami akan check out dan sambung lagi dua hari cuti di sebuah hotel di pusat bandar Kota Kinabalu. Bukan apa, aku pilih untuk stay kat Le Hotel Kota Kinabalu ni kerana lokasinya amat strategik. Cuma rate untuk hotel ni ada sedikit mahal berbanding dengan keluasan bilik yang ditawarkan. Tapi takpe, oleh kerana lokasinya amat strategik, aku booking melalui Booking.com untuk dua malam. Haha.. Orait, kita tinggalkan dulu kisah booking hotel tu. Dan kita sambung kisah pagi ni..
Setelah selesai siap-siap, kami turun dulu tingkat 5 untuk breakfast. Makan dulu lah kasi kenyang..
Bila aku toleh kat sebelah, rupa-rupanya geng-geng HUKM ada kat sebelah. Hehe.. Official fotographer untuk MSR pun ada. Dia pun blogger jugak. Dia pun orang kuat MSR.. Dialah.. Encik Norman Nordin.. Hehe..
Dah siap sarapan, aku naik bilik dulu dengan wife. Siap-siapkan mana yang patut. Kemas barang-barang mana yang patut. Lepas tu aku turun bawah untuk menghadiri sikit lagi konferen..
Ketika ini ada satu presentation dari Toshiba mengenai mesin CT Scannya yang terkini iaitu 640 slices..
Apa lagi, kasi selfie la dulu.. Hehehe..
Tak lupa juga untuk aku abadikan kenangan bersama teman seperjuangan yang ada menghadiri konferen yang sama.. Hehe..
Cak...!!! Haha.. Korang semua tetap maintain macam dulu.. Err.. Masa ni kita abadikan juga kenangan bersama fotographer MSR.. Hehehe..
Ini sahaja yang sempat kami kumpul masa hari terakhir konferen. Sebenarnya ramai lagi dari batch kami yang hadir tapi tak berjumpa pula.. Hurm.. Takpelah, mana yang ada ajelah kita bergambar sama-sama
Kemudian ada beberapa siri lagi presentation yang ada cuma aku tak amik gambarlah. Sebab aku nak jimatkan bateri. Lepas ni dah nak check out. Pemandangan dari tingkap bilik kami. Bilik kami kat sini bernombor 1218. Hehe..
Kami lunch tepat jam 12:30 tengahari. Dah tak tahan lapar dah. Hehe..
Selepas selesai semuanya, kami pun check out lah. Sementara itu, Farihan dan beberapa orang rakan yang lain pun nak gerak sama ke Kota Kinabalu. Dan diorang nak tumpang letak beg di hotel tempat kami akan menginap sebentar lagi. Aku tak kisah, ok je. Hehe.. Sempat lah nanti diorang nak shopping..
Orait, kami gerak ke lokasi iaitu Le Hotel Kota Kinabalu jam 2:00 petang. Jalan agak sesak juga. Kerugian untuk teksi dari One Borneo ke Warisan Square adalah RM30.00
Kami sampai Le Hotel jam 2:42 petang. Takde la jauh sangat. Selesai urusan check in, kami semua naik atas lah untuk letak beg sekejap. Aku pun nak keluar juga dengan isteri aku. Kerugian untuk check in hotel adalah RM267.00 untuk 2 malam. Ok la tu.. Hehehe..
Selesai check in, jom jalan-jalan. Farihan bersama teman-teman yang lain khabarnya nak shopping kat pasar Filipina. Tapi aku ngan isteri ke Jamilah Jewellery dulu lah. Cuci mata kat sini. Mana Tau ada yang tersangkut dua atau 3 barang.. Hahaha..
Banyak barang-barang perhiasan wanita dijual disini. Barang-barang perhiasan berasaskan mutiara pun ada jual. Hehehe..
Sekitar dalam kedai Jamilah Jewellery..
Mutiara kat sini pun murah-murah. Tertakluk juga kepada jenis mutiara tersebut samada mutiara air tawar ke atau air masin.
Ini tingkat atas pulak. Ada bermacam-macam jenis ukiran dan seni kraftangan yang dijual di tingkat atas
Rasa macam nak beli, tapi bila fikir barang tu susah nak bawa, aku kensel ajelah hasrat hati ini.. Hehe..
Tapi kami tak berlalu begitu saja. Sempat juga aku sambar sebentuk cincin untuk lelaki. Untuk aku pakai sendiri lah.. Hehe.. Pastu ada juga beli barang-barang lain. Kerugian kat sini adalah RM47.00. Oklah, nampaknya Farihan pun dah call aku. Dan diorang pun dah siap shopping. Kalau tak silap aku, waktu penerbangan diorang dalam jam 6:30 petang agaknya.
Diorang gerak ke airport tepat jam 4:03 petang. Bye-bye kawan-kawan.. Nanti ada kesempatan kita jumpa lagi ye..
Lepas diorang naik teksi ke airport, kami meneruskan lagi sessi menerokai pasar Filipina pula. Jom ronda-ronda..
Banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan juga hasil laut kat sini. Semuanya masih segar
Budak kecil pun sudah bekerja.. Mencari rezeki sendiri..
Sambil-sambil pusing, aku ternampak ada satu gerai yang jual sotong dan udang goreng. Nampak macam best. Hehe.. So, aku beli satu bekas polisterin sotong goreng tepung. Harganya..? Mesti la murah.. RM5.00 saja untuk satu bekas. Haha.. Sambil tu, aku beli juga air kelapa gelas kecil yangmana kerugiannya cuma RM1.00 saja.
Sambil-sambil tu kami pusing lagi bahagian belakang pasar Filipina ni
Kat sini pun ada juga diorang jual kepak ayam madu. Baunya enak sekali. Haha..
Banyak hasil-hasil laut yang dijual di sini. Siap goreng lagi dan boleh terus dimakan.. Pehh.. Tengok udang tu.. Besar-besar.. Ketam pun ada..
Ikan pun ada.. Macam-macam spesis ada.. Pilih je dan sediakan ongkos..
Yang belum masak pun ada.. Besar-besar pula tu.. Hehe..
Dah penat pusing, dahaga pula terasa. So, beli lah satu air mangga tapi kali ni nak cawan besar ye. Kerugian..? RM2.00 untuk cawan besar.
Jom balik bilik. Rasa macam nak rehat-rehat sekejap la.. Sebab malam ni nak keluar lagi.. Tapi kita singgah sekali lagi kat pasar Filipina..
Wife aku nak beli kuih amplang pula. Katanya buat kunyah-kunyah.. Kerugian isteri aku kali ni adalah RM10.00
Kami beli kat sini.. Macam-macam kuih dia jual.. Selepas penat kami pusing-pusing sekitar pasar, kami ambil keputusan untuk pulang ke bilik hotel. Mau rehat-rehat. Lagipun malam ni nak meronda lagi. Sambil tu sempat la nak charge bateri handset.
Itulah Le Hotel, tempat menginap kami untuk 2 malam nanti.. Oh ya aku tak sempat nak ambil gambar bilik hotel. Tapi takpe, nanti aku ambil masa nak check out nanti eh.. Haha.. Jom rehat dulu sambil habiskan sotong goreng tepung yang kami beli tadi..
Selepas rehat, mandi dan sebagainya, kami pun turun ke bawah. Hajatnya nak ke pasar malam. Dekat dengan hotel kami ni ada satu pasar malam. Namanya Pasar Malam Sinsuran. Masa kami sampai, orang tak berapa ramai.
Kat sini pun banyak dijual hasil mutiara..
Tapi kami tak beli apa-apa pun. Saja je pusing-pusing cuci mata. Dah agak bosan, kami pun ke pasar dekat dengan bulatan ikan todak pula.
Mengikut beberapa blog yang isteri aku baca, kat sini harga makanan agak murah berbanding pasar dekat dengan pasar Filipina.
Takpe, kita kasi pusing dulu kawasan sini. Perut pn dah agak kelaparan ni.
Aduh, banyaknya hasil laut yang akan diperdagangkan.. Fuhh..
Nah bang, berapa abang berani..? Hehehe..
Gerai-gerai di sini tepi laut je. Kelihatan beberapa bot nelayan yang sedang berlabuh. Cuma sayang sedikit.. Diorang tak jaga kebersihan laut kat sini. Tengoklah pencemarannya..
Ramai juga orang malam ni.
Haa.. Sapa tau apa ni..? Hehe.. Ni la rumpai.. Malam ni aku nak cuba makan benda ni.. Tah macam mana rasanya.. hihi..
Ok, makanan sudah sampai. Jom kita tala dulu. Dah lapar ni..
Kerugian untuk makan malam adalah RM65.00. Ianya adalah termasuk nasi putih x 3, rumpai laut x 1 hidangan, ikan jenahak seekor, udang masak butter dua ekor saiz agak besar, cincau susu ais dan limau ais.
Burp..!! Perut dah kenyang, jom kita jalan-jalan dulu sekitar bandar ni.. So, kami lepak sekejap dekat dengan jeti dan bulatan ikan todak.
Maaf gambar tak berapa terang sebab guna handset 'zaman tokku tonggek'.. Dah berusia dah.. huhu..
Banyak bot sedang berlabuh..
Eh, sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 9:45 malam dah. Jom lah balik hotel dulu.. Kita tidur lah.. Esok nak bangun awal. Nak gi jalan-jalan ke Kundasang pulak. Masa nak balik, terpandang sebiji motorsikal berkuasa tinggi kat sini. Cantik skim warnanya.. Hehe..
Sebenarnya, kami dah tempah awal-awal satu pakej satu hari penuh untuk esok. Jadi esok nanti diorang akan datang jemput kitorang kat hotel lah. So, jom lah tidur awal malam ni.. Selamat malam semua.. Kita jumpa esok pagi eh.. Jangan lupa esok sama-sama kita ke Kundasang ye..
Bye...
Ringkasan kerugian hari ni :-
- Teksi dari Klagan Regency - Lee Hotel : RM30.00
- Bayaran Le Hotel 2 malam : RM267.00
- Shopping kat Jamilah Jewellery : RM47.00
- Air kelapa : RM1.00
- Sotong goreng tepung : RM5.00
- Air mangga besar : RM2.00
- Keropok amplang (wife) : RM10.00
Jumlah kerugian hari ini : RM352.00 + RM10.00 = RM362.00
No comments:
Post a Comment