Sunday, 28 February 2016

Drive ke Thailand - Day 4

16 Februari 2016 (Selasa)

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Selamat pagi Songkhla. Hari ni kami akan pulang ke Malaysia. Sekejap je masa berlalu. So pagi ni kena bangun awal sikit sebab lepas ni kalau ada masa dan kesempatan, kami nak ke Padang Besar, Perlis. Saja jalan-jalan. Tapi harus diingat, perjalanan ni dari Songkhla dan bukannya dari Danok. Haha, agak jauh juga perjalanan yang akan kami tempuhi hari ni untuk pulang ke Melaka. Sedang aku bersiap-siap, kedenganran seperti ada orang kat luar bilik kami. Bila aku buka pintu, kelihatan sarapan digantung di tombol pintu. Ada 2 set roti, sosej dan juga telur mata. Bagus juga layanan Sabai-Sabai Resort.

Takpelah, lupakanlah dulu pasal sarapan tu. Jom siap-siap dulu..


Inilah dia yang aku maksudkan, setiap bilik ada tempat parking sendiri. Aku suka resort ni. Cuma aku sedikit terkilan, tiada kesempatan nak ke Pulau Ko Yo, walaupun tempat tu tak jauh sangat dari tempat penginapan kami.

Dah siap semua, ayuh kita bergerak. Selamat tinggal Sabai-Sabai Resort. Selepas memulangkan kunci, kami meluncur terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Kali ni aku guna perkhidmatan Google Maps pula. Malas dah guna Waze. Hehe.. Kang nanti dia bawak kami tah ke mana masuk lorong pula..

Sepanjang perjalanan, aku bawa kereta dengan sopan sekali.. Hihi.. Maklum la tempat orang. Sempat juga ambil gambar Prince of Songkla University. 

Kami sampai sempadan Bukit Kayu Hitam lebih kurang jam 10:55 pagi waktu Malaysia. Masa ni orang tak ramai. Urusan imigresen dan kastam agak cepat. Selepas selesai semua, kami menuju ke kompleks bebas cukai pula. Singgah sekejap kat sini. Tapi harga tak la murah sangat. Harga coklat macam lebih kurang sama je dengan kat luar.

Oleh sebab takde apa-apa yang nak dibeli, kami pun turun dan amik keputusan untuk ke Padang Besar lepas ni.

Selamat Datang ke Malaysia..!! Yeahhh...!! Kami dah masuk Malaysia dah. Banyak lori-lori yang beratur untuk urusan kastam dan imigresen.

Ikut laluan kereta ye.. Lepas urusan imigresen, kena siap-siap kad touch n go sebab urusan depan tu dah kena bayar tol Plaza tol Bukit Kayu Hitam. Kalau tak silap RM3.60

Dah sampai Changlun, kami dah agak kelaparan. So, kami makan dulu kat kedai yang kami makan mula-mula masa kami sampai Changlun 3 hari lepas.

Kali ni kami parking bersebelahan kedai pula. 

Orait, makan dah. Sim kad dah tukar balik ke DiGi. So, jom kita ke Padang Besar. Tepat jam 12:15 tengahari, kami meluncur ke sana.. Selamat tinggal Thailand. Kami akan kembali.. Insya'Allah..

Cuaca amat baik sekali. Sepanjang ekspedisi ini, hujan tak turun pun. Cuaca sentiasa cerah.

Melalui Chuping, Perlis. Kawasan terpanas di Malaysia. Suhu tertinggi pernah direkodkan adalah 40.1°C pada 9 April 1998

Sampai di Padang Besar dah pukul 12:40 tengahari. Takpelah, jom shopping dulu kat sini.

Sekitar arked Padang Besar, Perlis

Arked Niaga






Welcome to Padang Besar, Perlis, Malaysia

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di Padang Besar ni. Pusing-pusing sekitar arked. Ada juga beli barang sikit-sikit. Selepas tu kami gerak semula ke Changlun kerana dari sana kami akan naik lebuhraya Utara Selatan dan terus gerak balik Melaka.

Sebelum gerak, aku isi penuh dulu kat Caltex Changlun. Kerugian di sini adalah RM63.00. Dah penuh, jom kita balik.

Masih jauh lagi perjalanan ni. Pelan-pelan lah. Jangan laju-laju. Biar lambat asalkan semuanya selamat.

Sekali-sekala kami stop sekejap di RnR untuk buang apa yang patut. Haha.. Selepas tu, perjalanan diteruskan semula.

Semasa dalam perjalanan, aku ada cuba hubungi Chef Meezan bertanyakan andainya kedai nasi lemak beliau buka ke tak. Kedai dia buka hari ni. So, nak ke Bangi, aku fikir aku masuk bandar Kuala Lumpur lah. Walaupun kena tempuhi jem untuk seketika, at least aku boleh topup minyak yang dah agak berkurangan.

Aku stop sekejap di Shell Jalan Tun Razak menghala ke Jalan Ampang. Kasi penuh dulu lah kat sini. So, kerugian di sini pula adalah RM72.00. 

Dah siap semua, jom kita tempuhi jem Bandaraya Kuala Lumpur

Kalau ada roti ni boleh letak jem. Haha..

Hampir sejam juga barulah kami sampai di gerai Nasi Lemak Chef bertempat di Pasar Downtown Reko Sentral.

Selepas sembang sekejap, jom pekena nasi lemak Chef. Sedap sengoti weh.. 

Selepas makan, kami ambil kesempatan untuk pusing-pusing kat sini. Banyak lagi kedai yang belum buka..

Oklah, rasanya tak ada apa yang nak dibeli.Jam pun dah nak menghampiri 10:00 malam. Jom balik Melaka.

Selepas ucap terima kasih kepada Chef, kami meneruskan perjalanan balik Melaka. Keadaan trafik agak lancar.. Kena cepat sikit ni sebab esok aku dah kerja. Dah la tahap kesihatan aku masih tak stabil. Batuk-batuk je ni.

Kami sampai Kesang, Jasin lebih kurang jam 11:40 malam. Esoknya kasi full tank sekali lagi dah kerugiannya adalah RM20.00

So kerugian minyak petrol untuk 4 hari perjalanan ni adalah RM252.00 sementara jarak perjalanan semua sekali pula adalah 1596.7km. Mengikut meter Exora aku, ianya menggunakan 8.8 Liter untuk jarak 100km. Erm, agak larap rasanya. Hehe.. Tapi oklah, syukur kepada Allah kerana aku kami tidak diduga dengan sebarang musibah sepanjang 4 hari 3 malam ekspedisi kami ke bumi Thailand. Terima kasih kepada Fandy Zaini a.k.a Gandhi kerana sudi menghubungi aku dan memberi sedikit nasihat sebelum aku cross border.  Terima kasih juga buat Chef Meezan di atas nasi lemak yang sedap. Nanti lain kali kawe akan ke sana lagi.


Sehingga di sini dahulu coretan kisah kembara kami untuk kali ini. Insya'Allah suatu hari nanti kami akan ke sana lagi. Gudnite buat semua.

-Selamat malam-

Assalamualaikum..



Untuk kisah kari pertama, sila klik sini.
Untuk kisah hari kedua, sila klik sini.
Untuk kisah hari ketiga, sila klik sini.
Untuk kisah hari keempat, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment