Saturday, 27 February 2016

Drive ke Thailand - Day 2

Assalamualaikum.. Selamat petang semua.. Entri kali ni adalah sambungan untuk hari kedua aku ronda-ronda Thailand.. Untuk hari pertama, boleh klik sini. Jom kita..

14 Februari 2016 (Ahad)

Huarghhh... Aku bangkit awal pagi sikit hari ni. Semalam tidur pun agak nyenyak jugak walaupun dentuman bunga api agak mengganggu tidurku. Aku tak pasti diorang raikan hari apa tetapi letupan bunga api agak rancak juga la malam tadi. Bila dah terlena, dah tak sedar dah bunyi mercun tu. Hehe.. Penat sangat badan ni agaknya.. So, plan hari ni nak ke Hatyai pulak. Sebelum tu, jom siap-siap dulu. Sarapan dulu.. Hotel ni ada sediakan sarapan untuk 2 orang. Jom ...


Selamat pagi Danok


Ok, dah siap dah. Jom kita sarapan dulu. Lepas ni dah boleh kemas-kemas dan menuju ke Hatyai

Kami bersarapan seawal jam 9:00 pagi waktu Malaysia. Makanannya sedap-sedap. Macam-macam ada. Roti canai, nasi goreng, mee goreng dan pelbagai lagi juadah disediakan.

 Kawe makey dulu deh

Bila dah selesai sarapan, kami naik ke bilik semula untuk kemas-kemas dan check out. Kali ni destinasi adalah Hatyai. Tapi kami akan ke tempat kereta kabel dulu sebab masa pun masih awal lagi. Masih belum dapat check in hotel lagi ni. So, aku ke tempat kereta kabel dulu.

Perjalanan bermula seawal jam 10:00 pagi waktu Malaysia. Sepanjang perjalanan, aku drive dengan penuh berhemah. Huhu.. Maklum la negara orang.

Setelah kira-kira 10 minit perjalanan, kami ditahan oleh polis Thailand ketika itu diorang sedang buat roadblock. Rasa cuak pun ada, tapi bila fikir balik, kita tak buat salah apa-apapun. Apsal nak cuak kan..? Cuma aku risau kalau-kalau ada silap yang aku buat secara tidak sengaja. Ataupun mungkin bila depa tengok kereta plet Malaysia, haa banyak lah soal. Alhamdulillah, takde pape yang tidak diingini berlaku. Kami dibenarkan untuk meneruskan perjalanan setelah diteliti beberapa dokumen yang diminta.

Sistem pendawaian dan penghantaran elektrik kat sini tak sama macam kat Malaysia. Agak berselirat.

Berpandukan Waze sebagai pemandu arah, kami sampai jua di Hatyai Cable Car. Masa ni jam dah menunjukkan pukul 11:20 pagi waktu Malaysia. Kalau kat Thailand, tolak 1 jam. So, waktu kat Thailand sekarang ni pukul 10:20 pagi.

Di Cable Car Hatyai City

 Ada sapa-sapa faham? Tolong bacakan..

Dah siap park kereta semua, kami pun ke kaunter untuk beli tiket. Harga tiket pergi dan balik untuk seorang adalah 200THB. So, kami berdua kena 400THB lah. Aku sempat menjeling tiket orang sebelah. Dia warga tempatan. Untuk warga tempatan, cuma dikenakan 50THB saja untuk seorang. Waaa... Beza jauh tuu... Huhuhu... 

 Jom kita beratur dulu. Dah ramai dah pengunjung.. Haha..

amik gambar dulu satu kali

Sebenarnya jarak kereta kabel ni tak jauh pun. Erm.. Dalam jarak hanya 535 meter je antara stesen.

 Perjalanannya hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Tak macam kereta kabel kat Genting Highlands. Tapi tak apalah, nak mencuba. Jauh-jauh datang sini kalau tak cuba, rugi pula.

Suasana di dalam gondola ni agak panas. Maklum le gondola tak berapa besar sangat la. Tapi gondola kami disumbat ngam-ngam 8 orang. Haha.. Tak ke paneh dibuatnya

Muatan : 8 orang. Bersamaan dengan 840kg. (www.cwa.ch) Err.. Made in China ke..?

Sampai kat atas, ada sambutan perayaan agaknya. Mungkin untuk penganut Hindu. Kami tak lepak lama kat atas sana. Ambil gambar sedikit-sebanyak. Lepak-lepak sekejap. 

Mungkin dalam 15 minit kami kat atas. Lepas tu kami turun bawah balik. Naik kereta kabel yang sama. Dah tu memang yang ni lah. Hehe.. Kereta kabel ni hanya ada dua gondola sahaja. Satu naik dan satu turun. Bila satu lagi turun, satu naik. Pemandangan dari stesen atas. 

Bila dah sampai stesen bawah, kami rehat sekejap. Cuaca amat panas. Betul-betul panas. Sambil-sambil tu abadikan kenangan kat sini dululah. Kelihatan masjid Hatyai tersergam indah di situ.

Pemandangan bandar Hatyai dari stesen bawah. Walaupun bawah, tapi masih lagi tinggi.

Pemandangan sekitar stesen bawah Hatyai Cable Car @ Hatyai Municipal Park

Jam di tangan dah menunjukkan pukul 1:05 tengahari. Perut dah ada bunyi dah sikit-sikit. Tapi boleh tahan lagi sebab masa sarapan pagi tadi, aku dah tala cukup-cukup dah. Hahaha.. Makanan semua sedap-sedap. Jadi, jom lah kita cari hotel dulu. Kami pun gerak ke bandar Hatyai pada mulanya nak cari makan untuk tengahari. Dengan bantuan Waze, kami tak jumpa kedai makan namun kami jumpa satu hotel yang siap dengan parking kereta. Masa tu jam dah pukul 2:15 petang waktu Malaysia. Apa lagi, terus aku masuk check in lah. Bertanyakan kepada staff di kaunter, nasib baik Red Planet Hotel Hatyai masih lagi ada bilik kosong. Kami diberi 2 pilihan samada nak bilik standard (600THB) ataupun bilik deluxe (880THB). Kami memilih bilik deluxe kerana bilik standard tidak dilengkapi dengan minibar (peti sejuk kecil) dan juga pengering rambut. Nasib baik juga, walaupun belum pukul 2:00 petang waktu Thailand, kami dah dibenarkan check in. TQ Red Planet Hotel Hatyai..!!

 Kami sangat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Ruangnya agak luas. Siap aircond dan kipas syiling.

Ada complimentary air kosong. Haha.. 

Tingkap menghadap jalanraya tapi dibaluti dengan kain jaring. So, nampak agak kelam kat luar.

Tapi yang paling best ni ha.. Soketnya boleh cucuk jenis 3 pin. Huh.. Tak payah lah nak pakai travel adaptor. Boleh terus cucuk dan charge je henpon tu. Masa kat Danok semalam, plug hotel KPK jenis yang 2 pin. Nasib baik aku bawa travel adaptor.

Dah siap check in, kami rehat sekejap. Plan lepas ni nak ke Floating Market. Kat situ rata-ratanya muslim yang berniaga. Tapi Floating Market buka pukul 4:00 petang waktu Malaysia. So, lepak dulu lah. Lepas berehat, kami ke Floating Market lebih kurang hampir jam 4:00 petang dah.

Pintu masuk ke Floating Market. Sepanjang perjalanan ni, diorang buka pasar malam. Floating Market hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula jam 4:00 petang waktu Malaysia.

Banyak gerai yang baru nak beroperasi

Inilah dia pasar terapung ataupun Floating Market. Gambaran dari atas jambatan. 

Kasi abadikan kenangan dulu kat sini

Banyak makanan dan minuman yang dijual kat sini. Hargapun agak reasonable. Tak terlalu mahal.

Dalam cuaca yang agak panas, aku beli air kelapa dulu ye. Diorang kasi dua pilihan. Mau dalam buluh ka..? Atau mau dalam bekas macam pasu ka..? Aku nak yang dalam bekas serupa pasu tu. Harga ada mahal sikitlah sebab termasuk pasu. Kalau dalam buluh, diorang kasi 20THB. Kalau dalaam pasu, 30THB. Kira ok la tu harganya.

Uihhh.. Kechur ayaq liuq...

Ni nasi apa tah. Tapi diorang panggil nasi kuning. Aku nak merasa nasi kuning ni lah.

Bro ni pula jual koeyteow goreng udang. Kami order jugak satu. Hahaha..

Masa ni perut tengah lapar, memang best lah makan kat sini. Lepas perut dah kenyang, kami pusing-pusing kedai sekitar kawasan sini. Kat bahagian atas masih banyak lagi gerai-gerai jualan.

Dah penat berjalan,  rasa nak balik hotel dulu lah. Lagipun malam ni kami nak ke pasar malam pulak. 

Sebelum balik tu, aku nampak seekor anak gajah. Hurm.. Rasa nak bagi dia makan pula. Tuan dia cakap nak kasi gajah makan, kena beli potongan tebu yang dah dikhaskan. 4 potongan kecil untuk 40THB. Bolehlah, aku beli sebungkus. kasi le gajah tu makan. Bukan main kelahap lagi dia makan. Belum sempat hulur, gajah tu dah sambar dari tangan aku. Hahaha.. Lepas tu aku balik hotel dulu untuk mandi-mandi dan rehat.

Bila malam pula, kami gerak ke pasar malam dan pasar malam ni terletak depan Lee Garden Plaza Hotel. Kami jalan kaki je memandangkan lokasi pasar malam ni tak jauh dari hotel kami. Masa ni dah pukul 9:30 malam waktu Malaysia. Sambil jalan-jalan, sambil menikmati suasana sekeliling.

Pasar malam siap ada konsert lagi. haha.. Tapi artis tempatan lah.

Ada macam-macam dijual di sini. baju, kain dan pelbagai cenderamata ada dijual disi. Anggota polis Thailand pun ramai kat sini tapi mereka cuma berkawal je la. Mungkin untuk memastikan keselamatan para pelancong kat sini.. Agaknya la..

Akak ni jual air cincau susu. Aku beli satu. Pehh, rasa cincau susu dia lemak berkerim. Sedap sengoti. Haha..

Lampu dinding beraroma pun ada jual. Ingat nak sambar sebiji. Tapi apa yang aku tahu, kalau tak silap kat Thailand menggunakan 110V untuk bekalan elektrik. Kang aku beli tak dapat guna, tak best juga. So, aku batalkan hasrat tu. Erm, tolong betulkan eh kalau info yang aku dapat tu salah tentang voltan diorang 110V.

Tengok besar-besar udang.. Haha.. Gerun tengok. Bukan gerun apa, risau harga masa nak membayornya nanti.

Ayam pun nampak sedap je. Haha.. So, aku beli pulut ayam goreng satu.

Wife aku pula beli pulut durian dan pulut mangga untuk bekal bawa balik hotel. Untuk pulut ayam, 80THB satu hidangan. Pulut durian pula 100THB dan pulut mangga pula 50THB.

Kami order lagi satu hidangan iaitu kueyteow sup. Sedap. Harga..? Lupa la.. Kalau tak silap 55THB semangkuk.

Bila dah kenyang, jom le kita balik. Nak tidur. Esok punya plan nak ke Songkhla pula.. Haha.. Orsit, jumpa esok pula ye semua.. Gudnite.. Bye..

-Selamat malam- 



Untuk kisah kari pertama, sila klik sini.
Untuk kisah hari kedua, sila klik sini.
Untuk kisah hari ketiga, sila klik sini.
Untuk kisah hari keempat, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment