Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua.. Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana kembara ke bumi gajah putih bermula dan berakhir dengan selamatnya tanpa sebarang masalah. Kembara ini berlangsung selama 4 hari 3 malam iaitu dari 13.02.2016 - 16.02.2016. Sebenarnya inilah pengalaman pertama aku melintasi sempadan Malaysia - Thailand dengan kenderaan sendiri. Teruja ada, takut pun ada rasa.. Maklum la tempat orang. Tapi bila dah drive kat sana, rasa seronok pulak. Hehe.. Destinasi yang kami pilih kali ini adalah Danok, Hatyai dan Songkhla.. Oklah, di sini aku ada sertakan sedikit coretan pengalaman aku bersama isteri ke sana.. Jom drive sama-sama...
13 Februari 2016 (Sabtu)
Awal pagi lagi aku dah bangun dari tidur. Mungkin sebab perasaan teruja tu dah membuak-buak. Semua barang-barang dah siap aku kemaskan. Jadi, pagi ni aku hanya angkut barang-barang tu ke dalam kereta aje lah. Trip kali ni aku nak masuk Siam. Tapi, hotel satupun aku belum tempah. Dengan pengalaman kawan-kawan, ramai yang cakap tempah kat sana terus pun boleh. Banyak yang kosong. Pandai-pandailah cari. So, malam tu sebelum gerak, aku dah isi minyak dulu penuh-penuh.
Senang sikit bila isi penuh. Nanti pagi esok dah boleh start kereta dan teruskan perjalanan.
Cuma ada satu perkara yang mesti kena ingat. Kita nak masuk Thailand, kena tahu kat sana soket elektrik tak sama dengan Malaysia. Jadi, aku dah siap-siap kemaskan beberapa benda yang pada aku perlu bawa untuk ke sana. Hehe..
Setelah siap kemaskan semua barang-barang yang nak bawa, kami bertolak dari Jasin Melaka lebih kurang jam 8:30 pagi. Sepanjang lebuhraya Utara-Selatan, tiada apa yang menarik sangat untuk ditatapi. Agak bosan juga bila memandu untuk jarak yang jauh.
Kami melewati susur nak ke Ipoh lebih kurang pukul 12:00 tengahari. Cuaca pun agak cerah dan panas.
Namun perjalanan diteruskan lagi dan aku sarapan pagi tadi pun hanya dalam kereta je. Hehehe.. Boleh jimat masa. Lagipun orang rumah dah siapkan semua dah. Sementara itu, meter minyak dah makin berkurang. Jadi, kami stop dulu sekejap kat RnR Bukit Gantang untuk isi minyak kat sini. Jadi, kerugian petrol di sini adalah RM63.00. Selepas bagi full tank, rehat sekejap dalam 5 minit untuk ke tandas dan basuh muka. Lepas tu, teruskan perjalanan semula. Kami sampai di tol Juru lebih kurang jam 1:37 tengahari.
Perut dah berkeroncong, menandakan dah sampai waktunya untuk mengisi ruang kosong yang muncul dalam perut. Tapi kami teruskan lagi perjalanan ni walaupun perut dah berlagu.
Kami sampai Changlun lebih kurang jam 3:30 petang. Apa-apa hal cari kedai makan dulu lah. Kami makan di sebuah gerai iaitu Muhammad Shukor Nasi Campur dan Masakan Panas. Masakannya agak sedap. Mungkin masa tu perut dah kosong, kasi makan apa pun rasa sedap.
Selepas selesai sessi mengenyangkan perut, kena buat sedikit preparation plak untuk masuk ke Thailand. Beberapa dokumen perlu disediakan untuk ke sana seperti White Card (Arrival and Departure), insurans kereta, borang information conveyance dan juga passanger list. Untuk panduan penuh tentang bagaimana nak masuk negara Thailand dengan kenderaan, sila klik sini.
Banyak blog ada nyatakan kedai kopi Lima dan Lima tu boleh kasi rate cantik untuk tukar duit. Tapi bila aku tengok kedai runcit Lima Enam, aku terus masuk situ. Kat situ dah macam one stop center. Semua ada.. Insurans Thailand, white card, tukar duit dan sebagainya. So, aku terus ke situ ajelah.
So, semua sekali insurans Thailand untuk Exora aku dengan upah dia tolong isikan beberapa borang tu dalam RM24.00 semuanya. Awek baju pink tu la yang tolong isikan untuk aku. Huhuhu...
Dah siap tukar duit Thailand semua, maka aku kasi sekali lagi full tank walaupun minyak aku masih banyak. Sebab apa? Sebabnya harga petrol kat Thailand agak mahal. Aku harap cukuplah satu tangki penuh petrol untuk aku ronda-ronda kat sana. Kerugian di sini..? RM34.00 je..
Dah siap kasi full tank, dengan hati yang berdebar-debar, kami meneruskan perjalanan menuju pintu sempadan Malaysia - Thailand. Teruja, berdebar-debar dan bermacam-macam perasaan pn ada.. Hahaha..
Jam dah menunjukkan 4:20 petang. Masih agak awal kerana malam ni kami akan bermalam di pekan Danok. Tapi kami belum tahu lagi hotel mana kami nak menginap malam ni. Tapi tak kisahlah, janji settlekan dulu urusan imigresen dan kastam
Semasa melalui imigresen Malaysia, kami tak perlu keluar dari keretapun. Cukup hanya menyerahkan passport semua yang ada dalam kereta untuk diimbas. Selepas selesai, menuju ke kastam dan imigresen Thailand pula.
Selepas sampai sempadan Thailand, park kereta dulu di mana-mana tempat yang selamat. Kawasan-kawasan situ pun ada parking. Tapi aku parking tepi jalan je. Hehehe.. Untuk proses kali ni, aku dan isteri kena keluar dan berjalan ke kaunter imigresen Thailand untuk dicop passport. Kali ni kena selit RM2.00 mungkin untuk melicinkan urusan dan juga sebagai duit kopi. Kena sertakan sekali kad putih Arrival Card tu dan imbas muka di tempat yang disediakan. Selesai cop, kena ke kaunter kastam Thailand pula untuk urusan declaration kereta.
Sedang beratur untuk cop passport. Selepas selesai urusan kastam Thailand, kita akan dapat satu borang declaration yang penuh dengan tulisan Thailand dan sepatah haram pun aku tak faham. Haha.. Borang tu kena jaga dengan rapi kerana masa keluar dari Thailand nanti kena serahkan borang tu sekali dengan kad putih Departure Card, borang information conveyance, borang passenger list dan juga cop passport dan imbas muka.
Inilah batu sempadan antara Thailand dengan Kedah, Malaysia. Sebelah sini Kedah, sebelah sana dah Thailand. Orait, semua dah selesai. Jom amik kereta. Kita dah boleh memasuki negara Thailand dengan sah!! Hahaha.. Vroommm....
Sebelum aku meneruskan perjalanan, kawan aku (Fandy) ada call aku dan dia sarankan ada satu hotel yang agak baik untuk disewa. Hotel tu adalah KPK Hotel.Tak jauh dari pekan Danok, satu-satunya kemudahan yang aku suka kat hotel ni adalah parking disediakan. Aku dapat satu bilik pada kadar yang agak murah iaitu 1190THB siap sarapan.
Biliknya agak besar dan selesa. Semua ada..
Kolam mandi pun ada. Kalau sapa-sapa nak mandi kolam, dipersilakanlah.
Bilik air agak luas. Siap dengan sabun mandi dan shampu semua..
Siap ada bath tub lagi. Haha.. Jom rendamkan badan untuk seketika..
Bilik ni juga menyediakan fridge kecil dan juga safety box. Tapi aku tak pakai pun safety box tu.. Hihi.. Sementara tu, kami rehat-rehat dulu lah buat seketika. Malam nanti nak keluar cari makanan sikit. Dah agak kelaparan dah ni. Nanti malam ni pun nak cari sim card.
Selepas rehat, berendam dan juga tegangkan urat, kami keluar ke pekan Danok lebih kurang jam 8:00 malam waktu Malaysia. Ada beberapa gerai sekitar pekan Danok yang menjual pelbagai masakan halal. Jom makan dulu.
Sekitar gerai makanan
Malam tu aku mencuba daging lembu salai cicah air asam. Pehh.. Sedap tak terkata.. Huhu.. Rasa macam nak minta sepinggan lagi. Lepas tu aku order lagi makanan lain. Burp... Kenyang.. Haha..
7 Eleven di pekan Danok. Selepas siap makan, maka kami merayau-rayau pulak sekitar pekan sambil-sambil aku nak beli sim kad. Sementara masih ada coverage line malaysia, baik aku dapatkan terus sim kad Thailand.
Inilah kedai telefon tempat aku beli sim kad. Aku bersama isteri bersetuju nak pakai sorang satu sim kad. Kerugian di sini adalah 150THB untuk simkad AIS dengan tempoh 7 hari penggunaan internet sahaja dan unlimited. Wah.. Tiada had.. Bestnya.. Hehehe..
Setelah dapat simkad Thailand, terus aku bagi tokey kedai tu buatkan untuk kami. Dia yang setting semua sampai aku dapat guna internet. Bagi aku, data kat sini penting sebab aku takde GPS, so aku gunakan Waze dan juga Google Maps sebagai GPS aku. Haha.. Ada dulu GPS Lookatoo tapi dah rosak.
Dah dapat simkad, kami jalan-jalan pula sekitar pekan ni. Seronok juga kat sini.. Hehe..
Bergambar satu kali kasi kenangan kat sini
Masa on the way balik ke hotel, sempat kami singgah di Tesco Lotus Danok. Erm, takde apa yang menarik pun kat sini.. huhu..
Dalam Tesco Lotus.. Selfie la sekali.. hahaha..
Salah satu produk yang mencuri pemerhatian aku.. Hurm...
Oklah, jam dah hampir 10:00 malam waktu Malaysia. Jom tidur. Inilah dia hotel KPK Danok. Aku dapat tingkat 7. Hehehe.. Pandangan pun agak menarik. Tapi mata dah rabak dah ni.. Hehe.. Jom tidur..
Pandangan waktu malam dari bilik hotel kami..
Isteri aku sempat la shopping sikit-sikit.. Hihi... Harga agak murah.
Oklah, sampai sini dululah untuk coretan hari pertama. Nantikan sambungannya pada episod akan datang. Hihi.. Bye-bye..
-Selamat malam-
Untuk kisah kari pertama, sila klik sini.
Untuk kisah hari kedua, sila klik sini.
Untuk kisah hari ketiga, sila klik sini.
Untuk kisah hari keempat, sila klik sini.
No comments:
Post a Comment