Sunday, 28 February 2016

Drive ke Thailand - Day 3

15 Februari 2016 (Isnin)

Huarghh... Selamat pagi semua.. Assalamualaikum.. Baru bangkit dari tidur ni. Lena je tidur semalam lepas belasah pulut durian dan pulut mangga yang dibeli di pasar malam. Kenyang.. So, aku bangkit agak lewat sikit. Tapi takde la dah lewat sangat. Hahaha.. Lagipun malam tadi aku dah start demam.. Mungkin perubahan cuaca yang agak ketara dan kat sini cuaca amat panas. Panas sangat. Mungkin sebab tu lah pagi ni aku bangun dah rasa lain macam dah. Tapi takpe, aku gagahi jua.. huhu.. So.. Plan untuk hari ni apa dia..? Hurm.. Lepas ni nak gi sarapan dulu lah. Sebab hotel ni takde menyediakan sarapan. Jadi, kita kena keluar dari hotel ni. Tapi takpe, jom siap-siap dulu.. 

Duit ada lagi ni. Lepas ni boleh shopping. Hahaha.. Jom lah kita siap-siap dulu..


Kami turun untuk makan lebih kurang jam 9:00 pagi. Restoran pilihan kami adalah Sulaiman Restaurant. Kat sini ada menjual pelbagai makanan halal disamping harganya agak berpatutan.Lokasi dengan hotel kami amat dekat. Walking distance je bak kata orang kampung aku.

Roti canai pun ada kat kedai ni. Haa, tengok tukang tebar roti canai.. perempuan..

Tapi aku memilih untuk order nasi goreng ayam. Eh, mana ayam dia..? Ada tu disebalik nasi yang menggunung.. hahaha...

Dah siap bersarapan, kami merayap-rayap dulu sekitar kawasan bandar Hatyai ni. Lagipun jalan kaki je. Takpe, pelan-pelan. Ada perarakan besar-besaran lah pagi ni. Mungkin untuk menyambut hari raya Cina kot. Aku tak pasti.

Siap ada beberapa platun atau bahagian. Meriah sungguh pagi ni.

Pancaragam pun ada..



Tu lah hotel tempat kami tinggal yang warna merah belah kiri tu. Red Planet Hotel. Hanya terdapat di Indonesia, Jepun, Filipina dan Thailand.

Haa.. Dah siap sarapan dan tengok perarakan sekitar bandar tadi, kami ambil keputusan nak ke Plaza Hatyai. Kat situ banyak kedai-kedai jual pakaian, jenas dan sebagainya. Kali ni kami memilih untuk menaiki tut-tut. Tambangnya hanyalah 40THB untuk 2 orang sehala.

Jom kita.. Haha.. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 10 minit  dengan tut-tut.

Sampai je plaza Hatyai, kami pusing-pusing sekejap. Aku ingat nak sambar selai jeans. Cantik-cantik jeans kat sini..

Sekitar plaza..


Hurm.. Nampaknya tertangkap jugak selai jeans. Hihi.. Kerugian jeans ni 500THB je. Ok la tu.

Selepas tu aku minta potong sikit kaki seluar yang agak panjang tu. Kena jugak kerugian 20THB. Hehe..




Posing satu kali. Abadikan kenangan kat sini

 Dah selesai semua, kamipun nak balik hotel untuk check out. Jam pun dah hampir 11:45 pagi waktu Malaysia. Nak kemas-kemas lagi.

Masa nak balik tadi, aku ada tanya tut-tut berapa harga untuk hantar kami 2 orang ke Red Planet Hotel. Diorang nak 80THB untuk 2 orang. Aiseh, kami naik pagi tadi baru 40THB untuk 2 orang. Aku rasa kami dah nak kena tipu ni. So, kami kensel. Dan dalam benak aku ni nampak macam nak jalan kaki je kot.. Haha.. Last-last ada seorang brader tut-tut tu panggil kami dan dia bersetuju nak hantar kami ke Red Planet Hotel dengan kadar 40THB untuk 2 orang. Deal..!!

Selepas sampai hotel dan kemas-kemas, kemudian kami pun check out lah. Selepas check out, destinasi kami seterusnya adalah Songkhla. Tapi sebelum tu, aku ingat nak p Magic Eye 3D Museum la. So, apa lagi? Jom lah kita. Dengan berpandukan Waze, kamipun terus ke sana.

 Kami sampai sini dah nak tengahari dah. Boleh lah kita masuk sini dulu. Tadi sarapan dah kasi full dah. Hehe..

Tiket nak masuk sini adalah 400THB untuk seorang. So kami 2 orang kena 800THB lah. Wah, mahal jugak. Tapi takpelah sebab diorang ada buat pertunjukan silap mata sekali untuk kami walaupun pada masa tu hanya ada 6 orang sahaja pelawat termasuk kami..!! Haha.. Video..? Nanti aku cuba cari dan upload.

Beli tiket dulu.. Torbang 800THB den.. Haha.. Takpelah, bukannya selalu datang sini.. Hihi..

Ruang menunggu sebelum masuk ke dalam

Sebelum memasuki galeri-galeri, kami dikehendaki memakai stokin. Kalau takde stokin, boleh pinjam stokin dari diorang. Stokin ni mungkin untuk meminimumkan geseran pada lukisan 3D yang dibuat kat lantai. So, jom bergambar.. hahaha...

Aku pun nak posing jugaklah..

Antara aksi-aksi yang berjaya dirakam.. Hehe.. Kalau staf diorang ada, boleh minta bantuan dari mereka mengenai macam mana cara-cara nak ambil gambar supaya nampak realistik. Diorang pun boleh juga tolong ambil gambar kalau kita perlu bantuan dari mereka.

Surfing dulu satu kali.. Haha.. Main surfing tapi baju tak basah. Owhh yess...

Aku nak jadi spiderman plak la..



Kenangan cop dari Magic Eye 3D Museum.

Dah siap bergambar dalam museum 3D tadi, kamipun lanjut terus ke Songkhla. Sebelum tu kami dah ada search mencari tempat penginapan yang agak bagus di Songkhla. So, kami ada jumpa satu tempat penginapan. Namanya adalah Sabai Sabai Resort. Dengan sekali lagi bantuan Waze, kami terus menuju ke situ. Kami sampai sana lebih kurang jam 2:45 petang waktu Malaysia. perut pn dah menyanyi dah. Eh, dah lapar eh..? Check in dulu lah.

Apa yang menariknya tentang Sabai-Sabai Resort ni adalah setiap bilik dilengkapi dengan parking sendiri. Menarik bukan..? Bukan setakat itu saja, masa register nak check in pun amat senang. Tiada dokumen pengenalan diri diperlukan. Hulur duit, dapat kunci. Hahaha.. Harganya..? Semestinya murah. 600THB sahaja semalam.

Setiap bilik ada parking sendiri

Biliknya cukup selesa dan luas

Siap ada minibar (peti ais kecil) lagi. 

 Selepas check in, kami keluar sekejap cari makan. Aku bertanya kat tempat registration, dia cakap dalam 5km ke bandar Songkhla ada banyak gerai halal. Owh, ok la kalau macam tu. So, sekali lagi Waze ditugaskan untuk membawa aku ke gerai makan yang halal.

Sebenarnya aku tak tahu apa nama kedai ni. Cuma aku ingat Waze bawa tempat ni tepi laut. Tepi pantai Songkhla. Kedai ni berada di Jalan Chalathat, Songkhla. Betul-betul tepi laut. So, jom kita makan dulu. Dah agak kebulur dah ni.. Haha..

Sambil makan, smbil menikmati tiupan angin. Fuhh.. Nyaman terasa..

Jemput makan semua.. Erm.. Harga makanan kat kedai ni agak murah. Makanannya pun agak sedap. Siap dengan air kelapa original tanpa campuran gula lagi. Hehe.. Semua sekali 250THB siap air mineral dan ais boleh tambah. Unlimited. haha.. 

Dah siap makan, kami balik dulu hotel. Rehat-rehat dan mandi-mandi dulu. Nanti petang nak keluar sekali lagi nak ke Pantai Samila. Aku zzzzzzz sekejaplah..

 Petang tu kami meneruskan misi ke Pantai Samila. Dah sampai sana, cari parking dulu.

Dah siap parking, kami menuju ke pantai. Sementara tu aku terpandang aiskrim dalam kelapa. Wah, macam sedap. Beli lah semangkuk. Sedap sangat. Hihi.. Harga..? 30THB je

Banyak gerai-gerai sepanjang pesisir tepi pantai Samila ni.





Oleh kerana pantai ni adalah Laut China Selatan, jadi takde matahari terbenam kat sini. Matahari terbenam di balik bukit nun sana..

Haa tu, matahari dah nak terbenam dah tu.

Datang Pantai Samila ni tak sah kalau tak bergambar dengan patung ikan duyung ni. Hehe.. Ni lah mercu tanda untuk Pantai Samila, Songkhla.

Cak..!! Ahahahaaa.. hahaaa..
 
Masa balik, hari dah semakin gelap dah. Aku ada terpandang satu pasar malam. Hurm, kalau cari makanan kat sini buat isi perut sebelum lelapkan mata pun best jugak.

Bila pusing punya pusing kat sini, banyak gerai-gerai yang pada aku rasa macam tak halal je. Haha.. Siap ada karaoke lagi kat sini. So, kami patah balik ke tepi laut dekat dengan kedai makan tengahari tadi. Waze memikul tugas sekali lagi. Hehe..

Kami berpatah balik ke pesisir pantai untuk mencari gerai makan yang halal. Takpe, tak jauh pun. Untuk makan malam ni, kami pilih satu gerai yang hujung sikit. Nama gerai ni Hameede Restaurant. Sekitar sini banyak restoran makanan halal. Jangan risau pasal makan kat sini.

Oder dulu lah ye.. Apa aku nak makan malam ni..?

Haaa.. Dah sampai dah makanan aku. Nasi goreng ayam bersama teh ais yang pastinya membuatkan perut aku full. Orang rumah aku pula oder nasi putih bersama kengsom. Apa kengsom ni? Erm.. Isi ikan siakap masak ala-ala asam dan pedas.. Huhu.. Kat sini, kerugiannya dalam 230THB je. Agak murahlah jugak.

Orait, perut dah kenyang, so sementara nak balik, kami nak ke Tesco sekejap. Cari sedikit bahan untuk sarapan esok. Kali ni Waze dah tak dapat diharapkan lagi. Dia dah memandu kami ke jalan sehala. Aduh, nasib baik tak jadi apa-apa.. Hahaha.. So, aku dah tukar dan guna Google Maps je senang. Google Maps sekarang dah siap ada voice navigation lagi. Haha..

Kat sini pun ada KFC tapi aku dah tak larat dah. Perut dah kenyang. Apa yang tergambar di fikiran ni nak balik tidur je. Huhu.. Jom balik.

Malam ni aku tidur agak awal sikitlah. Mungkin sebab tahap kesihatan aku yang agak kurang stabil. Esok dah nak balik Malaysia dah. Esok juga mungkin kami nak ke Padang Besar sekejap. Mungkin untuk shopping sikit. Apa-apa hal, jom tidur dulu. Good night semua.. Bye-bye..

-Selamat malam-


Untuk kisah kari pertama, sila klik sini.
Untuk kisah hari kedua, sila klik sini.
Untuk kisah hari ketiga, sila klik sini.
Untuk kisah hari keempat, sila klik sini.

No comments:

Post a Comment