Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Salam hari Ahad kepada semua pembaca setia.. Hehe.. Untuk entri kali ni, aku ada satu cerita yang nak dikongsikan bersama. Hari ni (02.04.2017 - Ahad) kami semua team Radioterapi bersama dengan staff Onkologi 2 orang akan menghadiri satu simposium berkenaan dengan rawatan terkini untuk penyakit kanser. Sebenarnya simposium ni lebih kepada doktor. Tapi kami berenam akan hadiri juga simposium ni untuk menambah pengetahuan dalam bidang rawatan berkaitan dengan penyakit kanser. Jom kita drive ke KL..
Seperti biasa, pagi ni aku bangun awal sikit. Buat preparation untuk drive ke KL.. Kami semua akan berkumpul di Hospital Pantai Ayer Keroh dan akan mulakan perjalanan tepat jam 6:30 pagi
Aku tengok jam kat tangan menunjukkan masa masih ada lagi untuk aku bersarapan. Jadi, aku sarapan dulu lah di Restoran Infasha Maju, Bukit Katil
Selepas sarapan, terus aku bergegeas ke tempat kami berkumpul. Kasi warmup dulu Mazda Biante yang bakal aku bawa nanti ke KL.. Haha.. Dapat le merasa drive Biante..
Sekarang ni masih ada sorang lagi belum sampai iaitu Wong.. Rina pula dah sampai KL dah. Katanya dia dah gerak malam tadi dengan adik dia.. Hurm..
Sementara tu, jom le kita berswafoto dulu.. Selfie sekali.. Hahaha
Wong sampai sedikit lambat. Alaa.. Sikit je lambat.. Hehe.. So, kami semua mulakan perjalanan jam 6:40 pagi. Bismillahirrahmanirrahim.. Untuk permulaan ni aku yang drive dulu.. Minyak dah full tank dah..
Selepas melepasi tol Ayer Keroh, kami memecut dengan kelajuan kebangsaan je lah. Suasana pagi ni agak nyaman. Kereta pun tak banyak. Cuaca je hujan renyai-renyai.. Kadang-kadang berhenti.. Sempat juga aku mencuba Manual Mode yang ada pada Biante ni.. Hihi.. Best.. Best..
Tepat jam 7:37 pagi, kami stop sekejap kat RnR Seremban sebab ada yang belum bersarapan. Perut lapo katanya.. Jom lah kita sarapan dulu..
Siew Peng pun lapar katanya.. Amik masa sikit kat sini untuk penuhkan tangki masing-masing
Aku hanya sekadar minum je kat sini. Sebab tadi aku dah sarapan..
Hampir 20 minit kami habiskan masa kat RnR Seremban tadi. Tibalah masa untuk meneruskan perjalanan menuju puncak Sunway Medical Center.
Setibanya kami dekat area Nilai, kami terpegun sebentar dengan jem kat lane arah selatan. Apsal jem sangat..? Oh, katanya ada hari sembahyang nenek moyang untuk yang mengamalkannya.. Ramai yang datang sembahyang..
Perjalanan diteruskan lagi dan sempat juga aku berselfie.. Hihi.. Agak janggal rasanya nak tukar perkataan selfie ke swafoto.. Belum biasa lagi kot..?
Akhirnya sampailah kami di Sunway Medical Center jam 8:36 pagi. Simposium tersebut diadakan di tingkat 4 Tower A..
Selepas register, ada breakfast dulu.. Aik..? Tadi dah breakfast.. Ni nak makan lagi ke..? Ah, bedal je lah
Selepas membedal, jom masuk dengar talk. Man kelihatan tersipu-sipu kekenyangan..
Sekitar dalam dewan. Talk belum start lg. Masih menunggu yang lain siap sarapan dulu agaknya.
Air mineral yang bakal aku togak jap lagi..
Majlis dah bermula dengan perasmian dan ucapan kata-kata aluan dari pembesar-pembesar Sunway Medical Center.
Ni pula aku punya nametag.. Cheh, nak masuk juga nametag ni dalam ini cerita.. huhu..
Jam dah 9:30 pagi dan masing-masing masih tekun mendengar talk yang disampaikan.
Talk pasal kanser payudara dan kanser ovari yang disampaikan oleh doktor Christina Ng, Konsultan Onkologi Kesihatan.. Haha, betul ke aku translate tu..?
Semua masih steady lagi..
Sedikit sebanyak pasal pelakon terkenal yang mengidap kanser payudara
Keadaan dalam dewan ni agak sejuk juga.. Yang mana ianya bisa membuatkan anak mata mengecil, seterusnya mengundang keadaan kekurangan oksigen kat otak, dan akan melayukan kelopak mata
Haa.. Masuk topik ni ada segar sikit. Dapat juga ilmu pasal mesin radioterapi yang canggih ni haa..
Delegasi-delegasi dari Hospital Pantai Ayer Keroh. Eh, Rina ada kat hujung sana tu haa..
Man, dah lapar ke..? Haha..
Sekitar dalam dewan
Jam 10:25 pagi kami stop sekejap untuk tea break.. Haha.. Makan lagi..
Apapun, jom lah kita menjamah sedikit makanan yang ada kat sini..
Makan la lebih sikit Rina..
Kami diberi masa 20 minit saja untuk tea time. Lepas tu simposium ni bersambung semula dengan penceramah-penceramah yang berkaitan.
Sambil dengar ceramah, sempat juga aku lukis potret ni dan potret ni aku dedikasikan kepada abang aku sempena hari lahir beliau yang jatuh pada hari ni. Selamat hari lahir buat beliau, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Lagi talk pasal pembedahan untuk kanser yang merebak ke hati
Hahaha.. Man dah nak collapse dah tu. Kekurangan gula dalam badan katanya.. Hihi... Takdelah, saja je tu dia berlakon. Dia pandai berlakon dan bos pun sayang kat dia.. Hahaha.. Jangan marah ye Man..
Selepas talk, ada sessi soal jawab dan sesiapa saja dibenarkan untuk bertanya apa jua soalan berkaitan topik yang dibincangkan tadi
Air dah habis separuh botol dah. Bila nak rehat makan tengahari ni..?
Akhirnya kami dibenarkan lunch awal sikit. Jam 12:10 tengahari lunch dah tersedia. Kena makan cepat sikit sebab lepas ni ada sessi lawatan ke unit radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear. Semua tu terletak kat Tower C..
Ayuh kita makan..
Siew Peng, makan kenyang-kenyang ye.. Makanan semua sedap-sedap tu..
Siap je lunch, kami semua mula bergerak bersusu berpusu-pusu menuju ke Tower C..
Man dah panggil masuk dah tu. Kejap eh Man.. Aku nak ambil gambar sikit ni
Inilah dia ruang menunggu kat Pusat Kanser dan Pembedahan Radio Sunway Medical Center
Bilik Kimoterapi
Ni pula bilik konsultasi onkologi
Bilik Daycare
Ini pula bilik untuk pesakit kanser menjalani rawatan kimoterapi
Uih, ramai betul peserta yang sangat teruja mendengar kaedah perancangan rawatan yang digunapakai dalam rawatan kanser
Eh, Man ada di mana-mana.. Terselit di hujung sana..
Ni pula ruang menunggu untuk pesakit yang menjalani rawatan radioterapi. Siap ada sofa dan akuarium lagi.
Ni pula kaunter yang terletak bersebelahan dengan ruang menunggu pesakit
Lepas tu kami dibawa melawat mesin radioterapi yang canggih pula. Mesin keluaran Varian ini diberi nama TrueBeam dan mesin ini mampu memberi rawatan yang sangat tepat kepada pesakit dalam membunuh sel kanser
TrueBeam beraksi tanpa pesakit. Hanya sekadar demo semata-mata.. Hehe..
Ayuh, kami pun nak berselfie sekali lah dengan TrueBeam ni..
Lepas tengok TrueBeam beraksi, kita tengok pula Man beraksi.. Woww.. Abe Che Kamen..
Auwmmm.. Hahaha..
Selepas tengok mesin radioterapi, ayuh kita tengok mesin PET-CT pula..
Cak, haha.. Berswafoto sekali lagi..
Lebih setengah jam juga kami dibawa pusing-pusing department diorang. Seronok juga. Lepas tu ayuh la kita kena kopi dulu. Lepas ni nak kena sambung balik dengar talk..
Talk disambung semula dengan topik-topik yang pastinya berkaitan dengan kanser.
Antara insan yang punyai banyak soalan untuk dilemparkan..
Pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan perut kami sentiasa kenyang..
Dan akhirnya simposium ni tamat jam 4:20 petang.. Horeyy..
Sebelum pulang, ayuh lah selfie bersama-sama dulu..
dan depan Biante pun wajib untuk berselfie.. Hehe..
Simposium sudah, makan sudah, sekarang tiba masanya untuk pulang. Tapi hajat tekak ni macam kena tunaikan juga je. Kami semua rasa nak makan sate Kajang la.. Haha.. So, moh le kita singgah Bandar Baru Bangi sekejap.
Haa.. Sekejap je dah sampai restoran Sate Kajang Haji Samuri. Kali ni kami singgah cawangan kat Bandar Baru Bangi. Jom makan lagi.. Haha..
Kami makan dulu ye.. Rasanya macam sama je dengan Sate Kajang Haji Samuri yang kat sebelah Stadium Kajang tu..
Perut dah kenyang, hati ada gumbira dan berbunga-bunga.. Ayuhlah kita pulang kampung halaman
Masa on the way balik, Man pula mengambil alih tugas-tugas khas dalam membawa kami semua pulang ke Hospital Pantai Ayer Keroh dengan selamat. Steady Man.. Yeahhh..
Owhhh yeahhh.. Man senyum je.. haha..
Aku nak rehat-rehat sekejaplah.. Drive elok-elok ye Man.. Hehehe..
Masa dalam perjalanan, aku terpandang motor skuter ni memecut laju je.. Steady nampak.. Motor apa tu..? Yezzaaa... Inilah dia SYM Jet Power 125.. Haha..
Kelihatan belah menghala ke KL agak sesak dan teruk jemnya.. Pehh..
Tapi kami menuju selatan ok je. Tak jem..
Oleh kerana dek tuntutan sang bladder, kami stop sekejap kat RnR Senawang untuk membuang apa yang perlu.
Stop tadi sekejap je. Lepas tu teruskan semula perjalanan..
Lane menuju KL masih jem. Ada accident agaknya tadi. Aku tak perasan.. Laju abam selulit bawak motor.. Haha..
Sempat juga aku rehatkan badan tadi dan sekarang dah nak sampai Tol Ayer Keroh dah..
Akhirnya sampailah tol Ayer Keroh. Selepas sentuhkan kad Touch n Go tadi, kami terus menuju Hospital Pantai Ayer Keroh.
Selamat datang ke Melaka.. Err.. Selamat kembali ke Melaka lah..
Kami sampai hospital jam 7:20 petang. Masing-masing dah menuju ke kenderaan masing-masing untuk pulang ke rumah. Sekejap ye aku nak panaskan enjin motor sat.
Bye-bye Pantai Hospital. Aku balik dulu ye. Esok kita jumpa lagi.. See ya..
Sampai sini dulu lah coretan untuk kali ini. Nanti akan ku updatekan lagi blog ni kalau ada cerita terbaru.. Hehe.. So, sehingga ketemu lagi di lain slot dan cerita.. Bye..




















































































No comments:
Post a Comment