Thursday, 2 March 2017

Kembara Mengejar Kenangan ( Kelantan ) - Day 3

02.01.2017 (Isnin)

Assalamualaikum dunia buat semua pembaca setia KakiJalanKakiMakan.. Akhirnya, tibalah hari ini untuk kami berangkat pulang ke Melaka. Plannya hari ini adalah untuk bersarapan dulu sebelum meneruskan perjalanan. Jadi, aku rasa nak bawa Man sarapan kat Kopitiam Kita lah. So, kami check out hotel siap-siap dan meneruskan perjalanan ke tempat sarapan tu. Moh kita sarapan dulu..

Sebenarnya lokasi Kopitiam Kita ni dekat sangat je dengan hotel kami. Erm, bak kata pepatah orang lama-lama, "kalau kentut pun berbau ler".. 


Sampai je sini, ushar meja kosong.. Nasib baik ada meja kosong.. haha.. Moh kita makan dulu.

Sekitar Kopitiam Kita. Orang sentiasa ramai..

Kat sini dah boleh dikatakan seperti One Stop Center untuk juadah makanan istimewa dari seluruh pelusuk Negeri Kelantan.

So, menu sarapan pagi aku hari ni adalah... Nasi dagang lauk gulai ayam beserta teh ais dan juga ais kosong..

Dan juga menu wajib bila datang sini.. Iya.. Roti Titab. Hahaa..

"Kopitiam Kita merupakan kedai makan yang boleh dikatakan paling top di kawasan Kota Bharu. Kedai ini menyediakan sarapan pagi dengan mengumpulkan semua jenis hidangan seperti Nasi Kak Wook, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Nasi Air Dingin dan banyak lagi. Menu lain yang popular adalah Roti Titab. Sedapkah Roti Titab itu? Apakah berbaloi untuk mencubanya? Anda cubalah sendiri.. Hehehe.."

Alamat : 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia
Tel. : 019-9810888

Dah kenyang, kasi bayar lah.. Huhu.. Kerugian untuk menu aku sorang sahaja adalah RM12.20.. Agak berbaloi la.. 

Selepas ni, destinasi seterusnya adalah kami akan singgah rumah ayah aku lah. Sebelum gerak balik Melaka, mesti stop sini sekejap. Dalam perjalanan, hujan turun amat lebat sekali. Erm, redah je lah. Lepas ni nak cari beras cap Serindit pulak. Ada orang kirim... Haha..

Dalam jam lebih kurang pukul 10:15 pagi, kami singgah rumah ayah aku. Kami sembang tak lama kat sini.. Hanya sekadar ucap selamat tinggal buat seketika. Ada luang masa dan keadaan, Insya'Allah aku akan balik semula..

Hampir jam 11:00 pagi, kami mulakan perjalanan balik Melaka. Laluan kali ni adalah Kota Bharu - Bachok - Melawi - Kuala Besut - Kg. Raja - Kg. Tembila - Kg. Beting Lintang - Kg. Saujana - Permaisuri - Sg. Tong - Kuala Berang - Buit Besi - Kuantan - Muadzam Shah - Palong - Pasir Besar - Gemencheh - Batang Melaka - Jus - Jasin

Langit masih lagi gelap. Tiada tanda matahari mau keluar

Walaupun hujan tak lebat, tapi jalan basah dan kena lebih berhai-hati kerana jalan semestinya licin

Berhati-hati dan berwaspada lah dengan kemungkinan lopak air yang dalam dan tidak kelihatan kerana ditenggelami air

KIST, antara lokasi-lokasi terakhir yang akan kami singgah. Erm, haruskah kami singgah sini..? Ya..!! Banyak kenangan yang Azman nak kutip kat sini. Nak tahu apa kenangannya, tanya la sendiri kat dia.. Huahuahua...

Kolej Islam Sains & Teknologi atau KIST ni terletak ke dalam sikit dari jalan utama menuju ke Tok Bali. Maaf lah aku takde info pasal KIST ni. Nak tanya pasal KIST, boleh terus hubungi Azman.. Haha..

Kami sampai KIST lebih kurang jam 11:30 pagi. Bila singgah sini, dapat lah juga Man jumpa kawan lama dia kat situ. En. Firdaus kalau tak silap nama dia..

Haha.. Kasi abadikan kenangan bersama..

Sebelum berangkat, kasi abadikan juga satu kali kat depan ni..

Apa la yang dia fikirkan tu ek..? Hurm..

Oklah, jom kita teruskan perjalanan. Lepas ni ada satu lagi destinasi yang kita akan singgah. Disebabkan hujan, dah ada beberapa kawasan yang dinaiki air.

Masuk jalan besar balik. Dan lepas ni kita akan singgah sekejap kat.... Kat mana tu..?

Tadaa... Akademi Memandu KIST (AMKIST). Kat sini pun Man cuba mengutip kembali kenangan lama.. Cuma kami singgah tak lama la kat sini.. 

Oklah, hampir 12:30 tengahari dah ni. Kita kena teruskan perjalanan yang masih jauh ni.. Jom kita gerak..

So, perjalanan diteruskanlah menuju ke Kuala Berang pula. 

Ni dah masuk Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu. Masih ada penunggang yang memiliki kepala besi agaknya. Tak pakai helmet pun. Sekali kena sambaran angin treler, tak sempat mengucap la ko..

Lawo betul Odyssey ni.. Hah..Perjalanan dah hampir sejam dari KIST td. Perut dah mula berkeroncong. So, kami akan singgah seketika kat Pekan Sri Langkap, Setiu untuk menjamah makan tengahari kami.

Kami makan kat sini, nama kedainya pun agak unik. Kedai Nasi Suka Ramai. 

Sementara tu ko rehat sekejap yo.. 

Hampir sejam juga kami lepak kat sini. Makanmakan dan rehat-rehat. Sebelum meneruskan perjalanan, kita buang air kecik dulu lah. Selepas selesai semuanya, jom vroommmm....

Kebetulan lalu SMK Sg. Tong, para pelajar dah habis kelas dah. Bagi jalan dulu lah untuk diorang melintas.

Lepas tu teruskan balik perjalanan. Lepas ni nak kena masuk simpang nak ke Tasik Kenyir. Tapi kami tak ke Tasik kenyir.. kami akan meneruskan perjalanan sampai Kuala Berang.

Sekarang kami dah masuk jalan Sg. Tong - Kuala Berang. Jalan ini juga dikenali dengan Laluan 247. Laluan ini adalah sepanjang 38.9km yang menghubungkan Sg. Tong dan juga Kuala Berang. Had limit untuk laluan ini adalah 80kmj.

Cuaca cerah dan ceria. Aku dah dapat merasa bahang sang mentari menembusi cermin FLX ku ini. Fuhh.. Nasib baik aircond sejuk.. Hahaha..

Sampai je Kg. Kuala Ping, air melintas jalan. Alamak, macam mana nie..?

Bila perhatikan balik, nasib baik tak dalam. Kelisa tu lintas pun lepas. Aku pun lintas juga lah. Haha, nasib baik lepas dan selamat.

Masih lagi menuju puncak Kuala Berang. Dah tak jauh dah. Sambil-sambil tu, layan koner dulu area Kg. Matang, Kg. Paya Akob dan juga Kg. Tajin.

Sebelum masuk bandar Kuala Berang, kami singgah dulu beli kopok lekor. Dah beberapa kali aku beli kat sini. Sedap keropoknya. Ada yang dah siap rebus lagi..

Kak, bukuh saye lime ya.. Eh, spuloh ya pon dakpe jugok.

Selfie sekali.. Kat kedai keropok lekor.. Haha..

Inilah dia kedainya.. Keropok Lekor Gaung. Erm, tak perasan pulak kat mana gaungnya.. Huhu.. Jom kita teruskan perjalanan

Akhirnya sampai jua kami kat Kuala Berang. Jam dah pukul 3:11 petang dah.

Melintasi sungai yangmana puncanya adalah dari Tasik Kenyir.


Kuala Berang dipercayai merupakan petempatan manusia terawal di Terengganu. Ini dibuktikan dengan penemuan barang-barang kegunaan harian manusia di gua sekitar Tasik Kenyir. Sebelum kawasan itu ditenggelami air akibat daripada pembinaan empangan, pelbagai kesan-kesan manusia terawal yang mendiami kawasan itu dapat dilihat. Penemuan Batu Bersurat telah membuktikan bahawa Terengganu merupakan antara negeri yang terawal menerima kedatangan Islam. Agama Islam dipercayai telah dibawa oleh pedagang-pedagang ke Tanah Melayu. Pedagang ini dikatakan telah ramai mengislamkan penduduk setempat yang majoritinya menganuti agama Buddha. Dari situ, Islam telah berkembang ke seluruh negeri Terengganu hingga melahirkan ramai tokoh yang dihormati penduduk setempat.

Selepas melewati Bandar Kuala Berang dan juga pekan Ajil, kami meneruskan lagi perjalanan hingga ke Bukit Besi. Kat sini, minyak dah tak berapa nak ada dah. Haha.. Dah tak banyak la tu. So, aku kasi full tank kat Shell Bukit Besi dengan kerugiannya adalah RM45.00 (dengan kadar harga petrol RM2.10 seliter)

Bila dah siap full tank, tunggu Azman pula. Dia pergi termenung sekejap. 

Bila Azman dah siap termenung, kami meneruskan perjalanan dan laluan yang kami lalui adalah Lebuhraya Jerangau - Jabor (Laluan 14).

Lebuhraya Jerangau–Jabor (Jalan Persekutuan 14) merupakan sebatang lebuh raya persekutuan sepanjang 179.63 km dari bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia ke Kuantan, Pahang. Lebuh raya ini dibina selari dengan Jalan Persekutuan 3. Jalan FT3 merupakan jalan raya pantai, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 pula melalui kawasan pedalaman. Walaupun jarak antara Kuala Terengganu ke Kuantan melalui kedua-dua jalan FT3 dan FT14 adalah lebih kurang sama (lebih kurang 200 km), Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 memendekkan masa perjalanan dengan lebih ketara kerana kurang bandar atau pekan yang dilaluinya. Justeru, Lebuhraya Jerangau-Jabor FT14 sering dijadikan laluan utama dari Pahang ke Terengganu dan sebaliknya sehinggalah siapnya Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 E8.

Semasa sampai kat selekoh berhampiran JPJ Bukit Besi, jalan dah boleh dilalui dan tiada banjir melintasi jalan.

Cuaca pula kembali mendung dan hujan mula turun

Makin lama hujan mula lebat. Tapi sekejap je hujan. Tak lama pun.

Akhirnya cuaca kembali cerah dan hujan pun dah berhenti.

Badanku dah agak penat. Maklumlah dari Kota Bharu sampai sekarang aku drive je. So, kami singgah sekejap tepi jalan kat RnR Cheneh untuk kendurkan urat yang tegang..

Sementara tu, boleh le belasah keropok dulu.. 

Ok, perjalanan diteruskan semula kerana kita dah agak kesuntukan masa. So sekarang ni driver dah bertukar tangan. Kali ni Azman pula yang drive manakala aku nak rehat untuk seketika. Ok ye Man, aku tidur dulu

Nak kata tidur tu, takde la tidur juga. Cuma hanya sekadar merehatkan minda je la.. 

Mengikut perancangan, kami akan stop kat Muadzam Shah pula lepas ni untuk rehat-rehat dan mengisi perut yang mungkin kelaparan masa tu.. 

Selepas kira-kira 145km perjalanan dari Cheneh, Terengganu, maka sampailah kami kat Muadzam Shah. Ya, betullah perut dah lapar. So, jom lah kita kasi isi perut dulu ye..

Aku pun nak selfie jugak

Hidangan sampai selepas 22 minit pesanan dibuat. Hurm, agak lambat kerana masa ni tak ramai sangat pelanggan. 

Selepas membayar kerugian RM8.30 (Man punya kerugian aku tak tau), aku sekali lg mengambil alih kawalan steering menuju Melaka. 

Jalan agak clear dan aliran trafik agak lancar. Ada sebiji Mitsubishi Triton yang agak laju dan aku fikir best juga kalau dapat follow Triton ni.

Apa lagi, kasi follow lah itu Triton. Laju gak Triton tu..

Triton ni juga masuk Laluan Persekutuan 11 (Jalan Bahau - Keratong) dan masuk Laluan Palong - Pasir Besar seterusnya sampailah ke Gemencheh. Kebetulan pula ni laluan aku, pehh memang best lah follow Triton ni. Mata sekejapan je kembali segar bugar. Hahaha..

Sampai Gemencheh, Triton tu meneruskan perjalanan ke Tampin manakala kami pula belok kiri menuju Batang Melaka, Selandar, Bemban seterusnya rumah Fatim di Taman Merak untuk menghantar keropok.

Keropok selamat dihantar tepat jam 10:18 malam. 

Selepas keropok dihantar, perjalanan diteruskan pula ke rumah Azman. Maklum le banyak barang yang dia beli masa kat Kelantan. Takkanlah nak bagi dia bawa naik motor EssWaiEmm.. Sian dia. Jadi, alang-alang hantar keropok tu, sekalikanlah hantar barang Azman.

Sementara tu sempat aku stop kat Shell Ayer Keroh untuk kasi last full tank dan kos petrol adalah dikira setakat sini sahaja. So, kerugian kali ni adalah RM52.00 (RM2.10 seliter) dan jarak perjalanan keseluruhan dari Shell Taman Maju hingga kembali semula di Shell Ayer Keroh adalah 1450km. 

Untuk jarak 1450km, FLX ku menelan petrol sebanyak 90.68 liter. Mengikut kira-kira asas matematik, secara puratanya FLX ku memerlukan 6.25 liter untuk berjalan sejauh 100km ataupun dengan kata lain, 1 liter petrol boleh menggerakkan FLX ku sejauh 16km. Jimat ke larap..? Hurm.. Ada sedikit larap kot sebab masa balik pun aku dah main kejar-kejar dengan Mitsubishi Triton.. Haha..

Sesudah sampai di kediaman Azman, kami turunkan sedikit sebanyak aset-aset dan makanan yang dah dibeli kat Kelantan semalam.. haha.. Lepas tu, jom lah balik rumah aku sebab motor Azman park kat rumah aku.

Sampai kedai Khalid, ngeteh dulu lah. Huhu..

Lepas ngeteh jom balik rehatkan badan. Aku sampai rumah jam 11:40 malam. masih sempat untuk aku rebahkan badan sementara Azman mungkin dah sampai rumah dia dah. Hehee..

Sampai sini dulu coretan Kembara Mengejar Kenangan.. Nanti ada masa kita jumpa lagi ye.. Wa tidur dulu noo.. Silamat malam simua kawan-kawan.. Hingga jumpa lagi..

Bye..

No comments:

Post a Comment