Sunday, 26 February 2017

Kembara Mengejar Kenangan ( Kelantan ) - Day 2

01.01.2017 (Ahad)

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Huarghhh... Mata masih rabak lagi ni. Semalam tidur lambat. Erm, tapi hari ni banyak destinasi yang nak kita kunjungi ni.. Paling penting, aku nak gi rumah ayah aku. Nak jenguk dia la barang sekejap dua kejap.. Dah alang-alang balik Kelantan, wajib la ziarah dia.. Ye tak..? Huhu.. So, macam mana dengan program kita hari ni? Pastinya kami akan mengejar kenangan-kenangan yang tercipta di bumi Cik Siti Wan Kembang.. Tanah Serendah Sekebun Bunga.. Haha.. Jom kita siap-siap..

 Pemandangan dari balkoni Rose Garden Inn di waktu pagi



Pagi ni cuaca agak mendung sikit. Ada tanda-tanda mau hujan. Tapi belum hujan lagi laa..

Selesai bersiap-siap semua, jom kita gi sarapan dulu. Plan nak sarapan dulu.. Eh, nak kira sarapan ke atau makan tengahari ni..? huhu..

Ayuh Man.. Kita menuju puncak Kampung Budi dulu ye. Nanti kalau ada kat mana-mana restoran buka, kita singgah neh..

Hari ni, pagi ni, kami memulakan perjalanan agak lambat sikit. Maklum le, rehat kena cukup. Tidur pun kena cukup. Hehe.. Sekarang jam dah menghampiri pukul 11:00 pagi dah. Sarapan kompom dah takde. Jadi, kata putus diambil, kami akan terus sarangahari (sarapan + makan tengahari).. 

Setelah ditinjau-tinjau, restoran yang menjadi pilihan kami adalah Restoran Panji Sumatera. Restoran ni terletak di depan Jabatan Pengangkutan Jalan Panji, Kota Bharu Kelantan. Masakan kat sini agak sedap. Kena dengan selera dan tekak. Tak kurang juga ramai yang tapau bawa balik makan kat rumah. Hehe..

Man makan nasi lauk ayam.. Aku plak amik daging kerutuk.. Fuhh..

Kira-kira 40 minit kami habiskan masa melantak kat sini.. Hahaha.. Perut dah kenyang.. Hati ada senang.. Kerugian di sini adalah RM6.50 sahaja termasuk air (aku punya sorang la..).. haha.. Rasanya harga agak berpatutan lah.. Selepas buat pembayaran, kamipun menuju ke Kampung Budi, Jalan Tawang, Bachok, Kelantan. Rumah sapa tu? Rumah ayah aku laa.. Huhu..

Sampai kat sini dah pukul 12:00 tengahari dah. So, lepak-lepaklah dulu. Bertanya khabar.. Sembang-sembang.. 

Azman pun sama, ikut lepak dan bersembang-sembang dengan family aku.

Lepas hampir 2 jam kami kat sini, dah tiba masanya kami gerak dulu pelan-pelan menuju ke destinasi yang kedua.

Destinasi kedua kami adalah Pantai Cahaya Bulan. Sebenarnya kami saja nak tengok-tengok pantai. Katanya ombak besau sebab sekarang musim hujan. Namun bila tiba di selekoh sebelum Kg. Semut Api, jalan dah digenangi air. Alamak, banjir la pulak..

Bila ditinjau-tinjau, air tak dalam sangat. So, macam mana nie..? Kasi redah ajelah ye.. 

Bismillahirrahmanirrahim.. Kasi redah.. Jangan tenggelam sudah...

Bila sampai je kat tepi pantai, betul la ombak besar. Langit pun asyik mendung je.. Ada tanda-tanda hujan mau turun..

Kasi posing maut satu kali.. Yeehaaa... Kenangan demi kenangan dikutip kembali kat sini..

Keadaan sekitar kedai-kedai kat PCB.. 

Jauh merenung pulasan ombak membadai pantai.. Tengah mengutip kenangan la tuuu..

Hampir 20 minit kami habiskan masa kat sini. Kemudian kami nak balik Kota Bharu pulak. Hajatnya nak gi Pasar Siti Khatijah. Ada sedikit barang-barang yang nak dibeli.. So, sekali lagi la kami ngarung air.. huhu..

Man Hotel.. Sememangnya Man ada di mana-mana

Dah masuk kawasan bandar ni.. Menuju ke Pasar Siti Khatijah. Jalan ada sedikit sesak..

Selepas mundar mandir mencari parking, akhirnya dapatlah juga.. Tapi ada sedikit jauh lah.. Kena jalan sikit eh..

Inilah dia Pasar Siti Khadijah..

Sedikit info : Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan pada masa itu iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 3 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik", akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 pula adalah untuk barangan bukan makanan. Untuk lebih info, anda semua boleh klik sini..

Pemandangan di tengah-tengah dalam Pasar Siti Khadijah.

Man nak cari kenangan keropok, aku pun sama juga. Nak beli keropok, serunding daging, serunding ayam.. So, aku bawa Man ke kedai Kak Mah 55.. Ownernya sangat baik hati.. Tiap-tiap kali balik Kelantan, mesti aku singgah sini..

Borong Man.. Borong.. Hahaha...

Siap beli barang makanan, kami naik atas pula.. Pusing bahagian pakaian. Sebenarnya Man nak cari jersi.. Katanya kalau ada jersi murah-murah, dia nak beli. Aku rasa, aku nak bawa Man ke Pengkalan Kubor la.. Kat situ harga murah sikit berbanding Rantau Panjang. 

Okay, jom kita gerak ke Pengkalan Kubor. Sekarang kami menyeberangi Sungai Kelantan.. Naik Jambatan Sultan Yahya Petra.. 

Minyak dah dua bar ni.. Aku rasa nak singgah kasi full tank lah. So, kami singgah kat Caltex Pasir Pekan kasi full tank kat sini. Kerugiannya adalah RM47.00 (untuk harga minyak RM2.10 seliter)..

Jom kita teruskan perjalanan..

Dua-dua kaler merah.. hahaha..

Akhirnya sampailah kami kat Pengkalan Kubor. Masa ni dah pukul 4:37 petang dah. Kedai masih belum tutup. Jom cari baju..

Proses pencarian masih dilakukan.. Akhirnya....

Ding.. Ding.. Hahaha.. Dah jumpa dah jersi yang dia berkenan. Maka, berlakulah proses tawar menawar di situ..

Dah dapat kata putus.. Man angkat 2 helai sekali gus.. Haha..

Dia masih mencari tu.. Tapi untuk kawan dia pulak. Tapi hampa.. Apa yang dicari tiada di sini..

Takpe Man, jom kita minum dulu.. Kerak teking ni.. Eh, kering tekak ni..

Dah siap minum, pusing balik kedai. Tapi kedai dah banyak tutup.. Haha.. Jom balik lah. Kita cari keropok ke.. So, bila difikirkan, aku bawa Man ke Pantai Seri Tujuh, Tumpat. Kat situ ada keropok goreng..

Yeah.. Dah sampai Pantai Seri Tujuh. Kami order keropok RM5.00.. Haaa.. Banyak dee.. Teh ais dia.. Peh.. Thorbaeikk.. So kerugian kat sini..? Haa.. Oleh kerana Man dapat 2 helai jersi sekali gus, dia belanja lah makan keropok ni.. Hehehe..

Masa kami nak balik, hujan mula mencurah. Tapi tak lebat sangat lah.

Sekejap je hujan turun. Lepas tu dah berhenti.. 

Jom lah rehat kat hotel dulu.. Malam kang kami nak kuar ke Wakaf Che Yeh pula. Kelihatan Man tutup kepala dengan baju baru. Haha.. Dia ingat hujan masih turun tu.. hihi..

Wokeh.. Selesai rehat.. Selesai mandi.. Tapi makan malam belum selesai lg.. haha.. Takpe, jom kita ke Wakaf Che Yeh dulu. Lepas tu nanti baru kita gi makan eh.. Kelihatan Man menyarung jersi yang baru dibelinya tadi.. Hahaha..

Sambil-sambil tu kita layan dulu Manal.fm Manis FM..

Cuaca malam ni agak cantik. Tiada tanda hujan mau turun..

Tapi menuju Wakaf Che Yeh, jalan ada sedikit sesak. 

Haa.. Akhirnya sampailah kami di Wakaf Che Yeh.. Park dulu kereta.. Pastu boleh jalan-jalan.. Kerugian parking kat sini pun Man sponsor jugak.. Wow.. Abe che kamen nok gi mano maka jangok tuh..? 

Sekitar pasar Wakaf Che Yeh.. Masa kami sampai, dah banyak kedai dah buka. 

Aiyooo... Mana satu nak piley niiee...?

Guano gu? Jadi ko dok..?
Aaaa... Bereh-bereh.. Kawe malah doh nok mikir..

Posing keramat jam 9:42 malam.. Dengan baju jersi baru yang dibeli di Pengkalan Kubor petang tadi, disilih pula dengan selipar hitam merah.. Sememangnya Manchester United forevaa... Haha

Banyak G-Shock dijual di sini

Sementara pusing-pusing tu, aku terpandang kedai remote kereta. Singgah sini jap tukar bateri remote. Dah habis bateri dah. So, berlaku kerugian bateri siap pasang RM15.00

Yeah... kasi posing lagi sekali bey.. haha..

Asyik Man je posing. Aku pun nak posing jugak.. Huhu.. Ada la beberapa barang yang aku beli kat sini.. Erm.. Takyah lah masuk dalam ni.. hehehe..

Ok, perut dah kembali lapar. Malam ni, aku nak bawa Man makan kat Seri Cerana Villa Resort dan Medan Ikan Bakar. Kat mana restoran ni..? Ianya terletak di pinggir sungai Pengkalan Datu.

Jom teruskan perjalanan.. Perut dah kebuluran dah ni..

Sabar Man.. Kita dah sampai ni.. Jom Man.. Jom.. Kelihatan Azman dah tak tentu arah sebab dia ni tak boleh lapar sangat.

Sedikit info: Cerana Villa Resort Dan Medan Ikan Bakar merupakan mini resort dan restoran yang berkonsepkan perkampungan dan alam semulajadi. Resort ini terletak di pinggiran sungai Pengkalan Datu, menghala ke Pantai Senok melalui Pekan Kota Jembal dan lebih kurang 10km dari Pusat Bandar Kota Bharu. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah seperti restoran terapung, asrama dan chalet, dewan mini dan juga musolla.

Ok Man, order dulu..

Haa.. Dah siap order dah. Sekarang ni dalam mode menunggu makanan yang dipesan. Haa tengok tepi tu.. Memang terapung derr...

Waiting time tak lama.. 15 minit je. makanan dah tiba.. Jom makan dulu..

Lepas makan, aku pun nak selfie jugak. Haha.. Kasi selfie satu kali.. Lepas buat bayaran  kerugian RM20.00 untuk dua orang makan termasuk air, kami terus gerak balik hotel.

Kami sampai hotel jam 12:05 tengah malam. Fuh.. Perut dah kenyang.. Mata dah ngantuk. Moh ler kita tidur..

Setakat ni dulu kembara kami untuk hari ni. Untuk pengetahuan, kami dah mengembara sejauh lebih 800km sejak gerak dari Melaka semalam sampailah malam ni.. Gudnite semua.. Kami rehatkan badan dulu. Esok pagi kami dah nak gerak balik Melaka..

Jumpo lagi yooo...

Byee...

No comments:

Post a Comment