Monday, 20 February 2017

Bercuti ke Kuching, Sarawak - Day 3

13.12.2016 (Selasa)

Titt.. Titt.. Titt.. Titt.. Alarm handsetku dah berbunyi.. Huarghhhhhhh....!!! Eh.. Dah jam 6:00 pagi rupanya.. Assalamualaikum.. Selamat pagi semuanya ye.. Pagi ni macam semalam lah, kena bangun awal sikit. Sebab hari ni pun ada beberapa tempat yang kami nak lawati.. Hehe.. Lagipun kat Kuching ni, jam 6:30 pagi dah cerah dah.. Owh.. Ye ker..? Hahaa.. 

Haa.. Ni gambar jam 6:27 pagi tau. Dah cerah kan..? So, siap-siap le awal-awal. Nanti boleh sarapan awal sikit. Ada la waktu untuk rest sekejap sebelum gerak pagi ni..



Kami turun bersarapan seawal jam 7:30 pagi. Macam biasa lah, janji dengan Abg Jamil jam 8:00 pagi lebih-lebih sikit lah. Erm.. Mungkin 8:15 pagi ke... Hehe

Selepas sarapan, kita berselfie pula.. Hehe..

Sarapan dah, perut pun dah kenyang. So, mai le kita meneruskan perjalanan. Perjalanan menuju ke destinasi yang pertama.. Iaitu Sarawak Cultural Village. Sebenarnya aku ada rasa teruja juga nak ke Sarawak Cultural Village. Sebab kat sini nanti akan ada 7 jenis rumah etnik-etnik yang terdapat dalam negeri Sarawak. Haaa.. So, kena gerak awal lah. Biau sampai awal.. At least cuaca takde la panas sangat..

Semasa dalam perjalanan, ada juga melewati Kubah Ria. Haaa.. Balik nanti boleh le singgah sini.. Boleh beli hasil laut.. Ikan masin ke.. Apa-apa ke.. Nak singgah sekarang tak boleh laa.. Masih awal.. Jam pun baru menunjukkan pukul 8:49 pagi

Perjalanan tak jauh pun dari hotel kami.. Lebih kurang hampir 40km saja. Tapi dah dekat dengan destinasi yang ditujui tu, terasa seperti naik kuda pulak. Eh, apsal melantun-lantun van ni..? Owh, rupa-rupanya struktur jalan yang tidak elok.. Haa.. Beralun-alun terr... (ini bukan efek kamera tau)

Ketika melewati satu jambatan, terpandang satu gunung yang agak cantik. Diselebungi dengan awan yang tebal. Bila ditanya Abg Jamil, dia kata tu la Gunung Santubung. Waaa...

Oraitt.. Kami sampai Sarawak Cultural Village tepat jam 9:30 pagi. Sementara Abg Jamil belikan tiket untuk kami masuk, kami jalan-jalan dulu lah sekitar sini. Ada satu patung burung kenyalang yang sempat kami abadikan kenangan bersamanya..

Masa ni air laut tengah surut. Nun jauh di sana airnya..

Inilah dia patung burungnya.. Sedang terbang ke arah laut

Dan ini pula adalah Abg Jamil.. Pemandu pelancong yang bertanggungjawab membawa kami ke tempat yang menarik. Hahaha.. Dia baik orangnya. Agak peramah dengan pelanggannya dan sarat dengan pengetahuan tentang Sarawak. Nak tau apa just tanya je.. Hehe..

Tadaa... Inilah dia yang kami dapat. Dua buku passport dan dua stiker yang akan kami lekatkan di baju. Kerugian untuk bendaalah ini semua sekali adalah RM120.00 tak termasuk GST.. Harap-harap berbaloi lah dengan pengalaman yang diberi nanti.. Hehe.. Orait, jom masuk.. 

Sedikit info : Terletak di kaki Gunung Santubong yang kaya dengan mitos, muzium hidup yang memenangi anugerah ini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya. Ia memaparkan pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama di negeri ini, dengan persembahan kebudayaan dua kali sehari. Antara kraftangan yang unik yang boleh didapati di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbu (tekstil tradisional masyarakat Iban). Kampung budaya ini juga menjadi tempat menarik untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia dan Pesta Menuai Dunia.

Ok, rumah pertama yang kami lawati adalah Rumah Cina. 

Inilah dia Rumah Cina yang ada dalam Kampung Budaya Sarawak ni.

Terdapat pelbagai barangan dengan seni Cina.. Barang-barang lama pun ada. 

Aunty ni menunjukkan macam mana cara nak bersihkan sarang burung.

Exercise sikit.. Haa pusing.. Pusing.. Tapi hasilnya tiada.. huhu..

Dah siap melawat Rumah Cina dan dapat cop kat passport tadi, kami ke Rumah Melayu pula..

Rumah ini merupakan rumah yang dibina dengan senibina Melayu lah.. Dan susunatur dalam rumah pun seperti rumah orang Melayu.

Ruang tamu

Kkoreng Nyo.. (kukur kelapa lah tu..)

Abadikan dulu kenangan kat sini..

Selepas Rumah Melayu, menuju ke Rumah Tinggi Melanau pulak. Tapi, bukan ni rumahnya. Ni tempat main gasing.. Huhu..

Haa.. Inilah rumahnya..

Tinggi tak..? Tinggi kan..?

Dalam Rumah Melanau

Kat bahagian atas tu masih ada bilik-bilik. Tapi aku tak naik atas

Sebelum meninggalkan Rumah Melanau, kami disajikan dengan tarian asli kepit buluh ke apa tah namanya.. Hehehe.. Sorry la, aku tak tahu apa nama tarian ni. Makin lama buluh tu dikepit dan dibuka makin laju.. Silap haribulan terkepit kaki..

Ini..? Ini stesen lepak je kot..? hahaha..

Selepas tu, kami ke Rumah Orang Ulu pula. Apa yang menariknya tentang Rumah Orang Ulu ni..?

Ni dia rumahnya. Rumahnya direka agak tinggi dari tanah dan bersebelahan dengan lereng bukit. Cantik.. Nampak sejuk jerr...

Selfie sekali lagi.. Hehehe.. Bang, main satu lagu.. Isabella ker..?

Beberapa peralatan tradisional yang ada dalam Rumah Orang Ulu

Bukan setakat pelancong tempatan je, pelancong asing pun ramai

Kami rehat sekejap beberapa minit sebelum meneruskan lawatan ke destinasi yang seterusnya iaitu Rumah Penan. Jom masuk..

Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.

Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan. Ianya hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja.. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.

Sekali lagi kita abadikan kenangan dengan Kaum Penan.

So, lepas ni kita ke mana pula..? Haa.. Jom kita ke Rumah Iban.

Inilah dia Rumah Iban. Jom masuk..

Sekitar Rumah Iban

Ada juga dijual cenderamata kat sini.

Tarian selamat datang pun ada.. Haa.. Layan dulu sekejap..

Kesempatan yang ada, sekali lagi aku abadikan kenangan kat sini walaupun cuaca dah agak panas. Dah berpeluh doo.. Maklum la.. Dah pukul 10:42 pagi dah ni..

Inilah dia rumah terakhir yang kami lawati. Rumah Bidayuh. Sebelum tu kami masuk dulu dalam satu rumah yang semacam ibu rumah iaitu dipanggil Baruk.

Inilah dia Baruk. Kepala rumah.. Biasa kat sini diorang buat tempat mesyuarat atau tempat tinggal untuk lelaki yang masih bujang. 

Dalam Baruk, berlantaikan buluh. Mesti malam sejuk ni.. Huhu..

Lepas tu ayuh kita masuk Rumah Bidayuh pula..

Rumah panjang masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pula adalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat Bidayuh. Bahagian tanju agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebagainya.

Bahagian Awah..

Ini pula bahagian bilik utama yang menempatkan penghuninya..

Sebelum meninggalkan Kampung Budaya Sarawak, kami diberitahu ada pertunjukan kebudayaan bertempat di dewan utama. So, ayuh lah kita ke sana. 

Pintu ke panggung utama dah dibuka seawal jam 11:15 pagi. Semua dah berhimpit-himpit nak masuk. Erm, nak chop seat kot..? Haha.. Aku berebut sebab nakkan aircond je. Panas weh kat luar ni..

Akhirnya, kami dapat seat. Tak terlalu depan dan tak terlalu belakang. Ngam-ngam suam-suam kuku..

Pertunjukkan bermula jam 11:30 pagi.

Jom kita layan persembahan tarian dulu..

Sedikit video persembahan yang sempat aku rakam

Sessi bersama penonton pun ada. Nasib baik aku tak dipanggilnya.. Haha..

Akhir sekali, dia ajak semua yang sudi untuk menari bersama-sama.. Tapi tak semua la naik. Haha..

Persembahan berakhir jam 12:20 tengahari. Perut dah berkeroncong. Hurm, apa kata kita makan dulu lah ye. Abg Jamil cakap makan le dulu.

Untuk memudahkan kerja, kami order menu yang sama. Nasi goreng ayam 2 dan Nescafe ais 2. Kerugian semua kat sini adalah RM19.00

Mula-mula wife aku order kat gerai no. 3 tu, Nescafe ais 2 dengan harga RM5.00. Terus wife aku bayar kat situ juga. Tapi bila makcik tu hantar kat meja, mungkin dia ingat kami belum bayar. Terus dia cakap RM7.00 ye untuk Nescafe ais 2. Aik..? Jam-jam tu juga harga naik..? Aiyaa.. Mau kaut untung cepat kaa...? 

Perut dah kenyang, rasa kalau dapat lelap mata ni syok oo... Kami meneruskan perjalanan ke muzium kucing pula. 

Dah nak sampai dah ni. Atas sana muzium kucing.

Haaa. Jom masuk. Kalau tak silap aku, masuk free. Cuma kena bayar untuk kamera handset RM4.00

Takde apa-apa yang menarik pun dalam muzium ni. Cukup sekadar pameran berkaitan dengan kucing je. Ada ditunjukkan jenis-jenis kucing.. 

Kami di sini tak lama. Sekejap je. Huhu..

Selesai muzium kucing, kasi abadikan dulu kenangan kat sini. Kemudian kami bergerak semula untuk ke destinasi seterusnya. Sementara itu, hujan dah mula mencurah. Sekejap hujan sekejap berhenti.

Untuk destinasi seterusnya, Abg Jamil bawa kami ke satu tempat bersejarah iaitu Fort Margherita. Kerugian masuk kat sini hanyalah RM10.00 untuk 2 orang. Tapi, masa ni hujan dah mula turun balik. Tak dapat aku nak naik atas bumbung kota lama ni.. huhu..

Fort Margherita adalah sebuah kubu lama dibina pada tahun 1879 oleh Charles Brooke, Raja Sarawak terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kubu ini adalah sebuah mercu tanda dan tugu dalam sejarah Sarawak yang bermula dengan Dinasti Brooke. Kubu ini, dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris, direkabentuk untuk melindungi Kuching dari serangan lanun. Ia digunakan sebagai sebuah Muzium Polis dari 1971 sebelum ia diserah kepada kerajaan negeri Sarawak dan kini ia merupakan satu tarikan pelancong di Kuching. Fort Margherita dinamakan sempena isteri kesayangan Brooke, Margaret Alice Lili de Windt, yang dikahwininya di Highworth, Wiltshire pada 28 Oktober 1869; dia dilantik kepada pangkat Maharani Sarawak dengan gelaran Tuanku Permaisuri ketika perkahwinan mereka.

Inilah dia rupa James Brooke, Raja Putih Sarawak yang pertama. Hensem tak..? Aaaa...

Ni pun dia jugak. Tapi masa ni dah berumur. Dah kurang hemsyem..

Ni pula Charles Brooke. Raja Putih Sarawak kedua. Anak beranak dia la tu.. Erm..

Kalau nak tengok dinasti Brooke, tengok le sini. Huhu.. 

Kat sini pun kami tak lama. Al-maklum lah hujan masih turun.

Jom lah kita ke Medan Niaga Satok. Ada beberapa barangan yang nak dibeli ni. Ada kiriman sikit dari kawan-kawan aku yang nak dibeli. Hehe..

Ting.. Sampai sudah kami ke Pasar Niaga Satok. Masa ni pun dah hampir 3:30 petang dah. Kena cepat sikit nanti kedai tutup.

Wuuuu.. Banyak barang-barang aku rasa macam nak beli.. Hehe..

Ikan Terubok Masin pun ada dijual di sini. Azman ada kirim tu. Jap ye Man, nanti aku belikan eh..

Bahagian pasar basah kat Medan Niaga Satok

Last sekali aku beli ikan ngan abg ni. Dia kasi murah-murah je. Sebab kedai dah nak tutup dah. Eh, awal nau..

Dah siap shopping, jom lah balik. Dalam perjalanan balik, aku terpandang gerai jual buah durian. Jom pekena durian Sarawak dulu. Haha..

Abg Jamil pun dipelawa untuk join sama.. Hehe.. Boleh tahan sedap juga durian kat sini

Bukan takat durian saja, jagung pun ada dijual di sini. Semakin lama, makin ramai pula yang singgah untuk beli durian. Tadi takde pun.. Huhu.. Kopak juga la RM25.00 untuk beberapa biji durian tadi.

Perut dah kenyang, sendawa pun dah bau durian. Jom lah balik hotel. Kita rehat-rehat dulu lah. Malam karang nak gi beli kek lapis pulak. 

Sebelum naik hotel, sempat lagi kami abadikan kenangan kat tugu kucing ni. Ni salah satu tempat wajib untuk berselfie.. Hehehe..

Ini pula tepi sungai. Dah, jom naik hotel. kaki dah penat dah berjalan dari pagi tadi..

Jam dah 4:30 petang. Kami rehat-rehat dulu kat bilik. Mandi-mandi.. Dan malam nanti barulah kami turun semula untuk ke seberang sungai. Kat situ ada beberapa kedai kek lapis yang selalu pelancong kunjungi.

Haa.. Tak sabar dah untuk ke seberang sungai. Sebabnya perut yang dah kekenyangan tadi dah jadi lapar balik. Tapi, apa-apa hal, gi beli kek lapis dulu lah. Nanti kang tutup pula gerai tu kang naya.. Haha..

Du du du du du du.... Maklum le bot pakai enjin sangkut je..

Ting...!! Akhirnya kami singgah dulu kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Pilih.. Pilih..

Besar juga kedai dia. Pelbagai jenis kek lapis disediakan.

Macam-macam hado.. Haaa..

Pemilihan sedang dilakukan demi memenuhi tempahan-tempahan yang agak laris.. 

Akhirnya, inilah hasilnya kek lapis yang dibeli tadi. Kek lapis tadi dibungkus dengan rapi supaya keadaan kek tadi terjaga hingga sampai Semenanjung..Hehe...

Dah siap beli kek lapis, kasi penuh temolok pulak. Haha.. Kali ni kami singgah di medan selera yang kedua pula. Kat sini ada 2 medan selera. Tapi.. Keadaan kat medan selera kedua ni macam tak best je. So, balik semula ke medan selera pertama yang tempat kami makan semalam.

Erm, dah order dah. Tunggu makanan yang belum sampai lagi. 

Last-last sampai lah nasi ayam penyet aku. Tapi, rasa tak sesedap malam pertama makan ngan Kak Asmah

Tak sedap pun aku kasi habis juga lah. Baru le rasa kenyang sikit. Hehe.. Dah siap menjamu selera, kami naik bot semula menyeberangi Sungai Sarawak. 

Dah sampai seberang, jalan-jalan lah dulu kat tepi sungai sambil menikmati keindahan malam kat Kuching Waterfront.

Alamak, jam dah 10:30 malam dah. Jom lah kita naik bilik dulu..

Akhirnya kami naik bilik untuk berehat. Sebelum naik, sempat sekali lagi aku beli Slurpee kat 7 Eleven bawah hotel ni haa.. Malam ni kena tidur awal sikit. Esok dah nak balik Melaka dah. So, sampai sini dulu lah coretan untuk hari ketiga.. Jumpa lagi esok ye.. Byee... Gudnite...

Zzzzzz..........

No comments:

Post a Comment