Assalamualaikum.. Selamat petang semua pembaca setia KakiJalanKakiMakan. Kali ni kita bertemu lagi untuk episod seterusnya.. Alhamdulillah, trip ke Sarawak pada 11 - 14 Disember 2016 haritu berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. So, kali ni aku nak bercerita pula tentang short trip aku dan Azman (nama sebenar) ke Kota Bharu, Kelantan. Mengikut perancangan, kami akan bertolak ke Kelantan pada 31.12.2016 selepas habis kerja. Trip kami ni 3 hari 2 malam je. So, kami sambut tahun baru dalam kereta ajelah.. (erm.. Sambut ker..?). Trip ni juga lebih kepada kawan aku nak mengimbau kembali kenangan lama semasa beliau menetap beberapa tahun di sana. Aku pun ambil kesempatan juga lah untuk melawat ayah aku kat kampung. Isteri aku tak ikut sebab masa tu dia ada exam. So, dah siap-siap dengan pop corn..? Jom kita gerak..
31.12.2016 (Sabtu)
Hari ni kami masih bekerja. Tapi separuh hari saja la. Mengikut perancangan, selepas habis kerja nanti Azman akan ke rumah aku dan park motor EswaiEm dia kat rumah aku. Selepas tu kami akan gerak menuju destinasilah. Haa.. Azman pun dah sampai dah tu. Jom kita mulakan perjalanan.
Sebelum gerak, kami singgah jap kat kedai ni. Man cakap dia nak beli sesuatu.. Apakah yang nak dibeli tu...?? Aku je yang tau.. Hahaha..
Kami memulakan perjalanan tepat jam 3:00 petang. Cuaca agak panas, tapi awan nano mula kelihatan di langit. Apakah tanda-tanda hujan mau turun ..?
Pemanduan kena teruskan walaupun petrol dah nak habis. Haha, jap lg kita kasi isi penuh ye.. Hehe..
Sampai Shell Taman Maju je, aku kasi isi penuh-penuh. Lepas ni nak gerak dah.
Selepas gerak melalui bandar Jasin, masih tak hujan. Masuk kawasan Kg. Rim je, hujan turun mencurah-curah.
Makin lama makin lebat pulak. Ohohoi.. Nasib baik aku dah taruk water repellent kat cermin sebelum gerak. So, tak pakai wiper pun air masih laju berlari-lari ke atas.
Namun begitu, perjalanan mesti diteruskan demi mengejar kenangan yang dah memanggil-manggil kat Kelantan.
Kami memasuki Negeri Sembilan jam 3:35 petang. Cuaca masih lagi hujan tapi dah tak lebat. Renyai-renyai je.
Kira-kira 10 minit selepas melewati sempadan Melaka - Negeri Sembilan, ada 1 kes kemalangan. Kereta dah melintangi jalan dan terbalik. Bila pemerhatian dilakukan, syukur tiada kemalangan jiwa.
Perjalanan diteruskan kembali dengan aku masih lagi sebagai pengemudi Saga FLX ni..
Haa.. Dah sampai Pasir Besar dah ni. Dah tak jauh dah menuju Muadzam Shah. Dalam 92 km saja lagi. Eh, masih jauh lagi tu.. Huhu..
Selepas melewati kawasan Felda Pasir Besar, ada satu lagi kejadian kenderaan terbabas. Tapi bantuan dah ada. Tengah tunggu nak tarik naik atas je.
Kemudian kita sambung perjalanan lagi. Melewati Palong 1, Palong 2, Palong 3, Gugusan Palong 4, 5, 6, Palong 7 dan juga Palong 8.
Abis je Palong 8, dah sampai sempadan Negeri Sembilan dengan Pahang pula. Welcome to Pahang. Haha..
Simpang penghujung Jalan Utama Palong. Lepas tu belok kanan dan terus menuju Muadzam Shah. Kat depan sana ada satu lagi simpang 3. Belok kiri dan terus je sampai jumpa Muadzam.
Ting... Akhirnya sampailah kami di Shell Muadzam Shah. So, kita stop sini kejaplah. Katanya Man nak lepaskan hajat. Dalam erti kata lain, hajat yang tertangguh.
Hampir 10 minit juga lah Man termenung tadi. Tapi sekarang jiwanya dah stabil. Syukur Alhamdulillah. Haha.. Siap dia belikan lagi air Nescafe dalam tin sebagai tanda kelegaan yang tak terhingga..
Ok, yok sambung perjalanan lagi dengan aku masih lagi sebagai pengawal steering.
Cuaca pun dah semakin gelap. Sekejap awan nano datang, sekejap awan nano pergi.
Takpelah, drive je la pelan-pelan. Takkan lari kenangan dikejar.. Hehe.. Eh, kadang-kadang ada juga kenangan yang dah cabut lari..
Kadang-kadang keadaan trafik kembali lancar. Mana tak lancarnya, sebijik pun takde kereta.. Huhu..
Kejap-kejap je jumpa lori. Kasi overtake, hilanglah ia..
Tiba-tiba jumpa lori ni pulak. Eh, dia bawa apa tu? Saiz lori pun agak besar.
Aku masih lagi mengekori dari belakang lori ni nak tau juga apa yang dia bawa.
Sampai simpang Gambang kami ikut. Rupa-rupanya lori ni bawa Ammonium Nitrat. Haaa...
Cuaca semakin gelap. Masa semakin suntuk. Untuk memendekkan masa, kami ambil keputusan untuk masuk lebuhraya Pantai Timur dari Gambang. Kemudian nanti kami akan keluar susur Cheneh dan ikut jalan Jerangau - Jabor untuk ke Kelantan.
Alamak, jem juga. Tapi tak teruk.
Rupa-rupanya kad Touch N Go tak dapat guna. Semua kena beratur amik kad. Tapi Smart Tag ok pula. Haish, lepas ni nak kena beli Smart Tag la..
Ok dah naik highway dah. Dah boleh speed sikit lah..
Ni dia kad LPT yang merangkumi perjalanan dari Kuala Lumpur sampai last Kuala Terengganu.
Eh, dah kena buka lampu ni. Dah gelap dah.
Dengan kelajuan mengikuti had laju kebangsaan, kami meredah highway menuju Cheneh.
Eh, dah nampak signboard dah. Jom keluar highway masuk jalan dalam pula.
Jom bayar tol dulu kat sini. Kerugian di sini adalah RM7.40. Ayuh kita menuju Bukit Besi pula.
Kami tak stop mana-mana. Hanya meneruskan perjalanan menuju Bukit Besi. Plannya nanti nak singgah Bukit Besi. Boleh la makan dan rehat sekali kat situ. Boleh juga topup minyak sekali kat situ. Nanti senang semua sekali kat situ. Eh, berapa banyak kat situ daa.. Masa perjalanan, ada sesetengah kawasan yang hujan turun dengan lebat. Ada sesetengah kawasan pula hanya renyai-renyai sahaja.
Hampir 80km kami redah jalanan berliku dengan tanaman kelapa sawit kiri dan kanan jalan, akhirnya sampailah kami kat Bukit Besi. Namun, keadaan tidak memihak kepada kami. Jalan selepas JPJ Bukit Besi menuju ke Shell Bukit Besi telah ditenggelami air. Hanya kenderaan berat je yang dibenarkan lalu. Aku tak berani nak redah. Kena pusing balik ni. Takpe, kita gi topup minyak dulu lah. Lagipun minyak dah tinggal 2 bar je lagi.
Kami berpatah balik dan singgah kat BHP Bukit Besi untuk topup minyak. Kerugian adalah 22.1 Liter untuk perjalanan sejauh 370km.
Selepas berbincang dengan Azman, kami terpaksa akur dengan bencana alam dan terpaksa menuju ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Dari situ, ada satu susur jalan untuk masuk highway balik. So, nak tak nak, terpaksa la naik highway balik.. Huwaaaaa..... Dah la jam dah menunjukkan pukul 9.00 malam dah. Pukul berapa la baru sampai Kota Bharu nanti. Hotel dah tempah dah. Tapi aku dah maklumkan dah kepada pihak hotel yang kami akan sampai agak lewat kerana kami dari Melaka..
Ayuh teruskan perjalanan masuk highway balik. Dengan berbekalkan 2 keping CD lagu yang aku burn sendiri, layanlah lagu Ella, Amuk dan macam-macam lagu lagi. Tapi lagu Annuar Zain takde ye.. Harap maaf..!!!
Selepas lebih sejam setengah aku drive, kami stoplah sekejap kat kedai dekat simpang nak masuk ke Tasik Kenyir, area dekat Kampung Sungai Tong. Perut dah nyanyi lagu keroncong untuk Ana dah ni..
Ni lah kedainya.. Port yang sama dengan tempat yang aku singgah bersama Kasya masa Ride Duo Santai Pantai Timur dulu..
Kami bedal dulu ye.. Perut dah kelaparan..
Tak lama kami habiskan masa kat sini. Cuma lama menunggu hidangan je. Selepas selesai penuhkan perut kami, maka kita teruskan lagi perjalanan. Tapi kali ni pengemudi steering dah bertukar. Aku dah penat. Kasi Azman pula lah yang drive.
Ok Man, aku tidur dulu ye. Hati-hati memandu tau. Haha..
Selepas melepasi sekatan jalanraya oleh Polis di Bukit Yong, Pasir Puteh, maka kami selamat tiba di Kota Bharu pada pukul 1:35 pagi. Tanpa melengahkan masa, kami terus ke Rose Garden Inn untuk check in. Mata dah rabak dah..
Akhirnya.. Selamat lah kami mendarat di Rose Garden Inn.. Jom Man, kita check in. Aku nak tidur dah lepas ni. Esok pagi-pagi ada aktiviti lain pula..
Sementara proses check in, sempat lagi aku selfie sekali.. haha..
Ingat arahan ni tau. Hehehe.. Akhirnya, dapatlah kami rehatkan badan.. Huuu.. Selepas mandi, terus aku tidur.. Badan dah penat sangat.. Hehe..
Oklah, sampai sini dulu cerita untuk hari ini. Nantikan esok punya cerita pula ye.. Sehingga jumpa lagi..
Chowww... Zzzzz.... Gudnite..
No comments:
Post a Comment