Tuesday, 21 February 2017

Bercuti ke Kuching, Sarawak - Day 4


14.12.2016 (Rabu)

Titt.. Titt.. Titt.. Titt.. Alarm handsetku dah berbunyi lagi.. Huarghhhhhhh....!!! Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Huuuu.. Akhirnya, tinggal 2 voucer lagi untuk aku dan isteri untuk bersarapan. Maknanya..? Maknanya... Hari ni hari last aku kat Bumi Kenyalang. Hooo... Dah nak kena balik Semenanjung dah. Tak puas rasanya..

So, pagi ni macam semalam lah, kena siap-siap awal sikit sebab lepas ni nak kena kemas barang-barang dah. So, apa lagi..? Moh ler turun sarapan dulu..



Biasa lah sarapan pagi ni, nasi lemak je. Dengan telur, sosej dan juga ayam goreng. Hahaha.. Lauk banyak daripada nasi terr.. Makan dulu kasi kenyang. Lepas ni dah boleh check out dah.

Dah siap sarapan, kami naik bilik balik untuk kemas-kemas apa yang patut. Haaa.. Tengok tu.. Matahari dah mencarak dah.. Baru jam 8:04 pagi..

Sambil-sambil lepak bilik, skodeng dulu tugu kucing. Waa.. Ada beberapa biji motorsikal berkuasa tunggi kat situ. Disamping ownernya sedang abadikan kenangan kat tugu kucing.

Machiam-machiam ada.. MT-09, DUKE 200, Versys 650, Honda CB500F dan juga Demak Skyline Erm.. ada 5 biji kat situ. Dan semua nombor plet diorang adalah dari Sabah. Pehh.. Bestnya ride dari Sabah tu..

Selesai packing semua, kami check out jam 11:40 pagi. Janji ngan Abg Jamil nanti jam 3:30 petang. Nanti dia akan hantar kami ke airport. Sementara tu, jom lah jalan-jalan dulu sekitar Kuching Waterfront. Lepas ni entah bila akan datang lagi sini.

Pagi-pagi ni orang tak ramai. Tenang je. Sambil-sambil tu, kami meneruskan perjalanan ke bahagian depan nu haa.. Ada banyak kedai-kedai yang bukak.Aku rasa hari ni macam nak cari sedikit lagi cenderahati buat kawan-kawan kat department.

Sekitar hadapan Kuching Waterfront. Jalan-jalan dulu lah.



Jam dah menghampiri pukul 1:00 tengahari. Perut dah mula memainkan lagu keroncong. Apa kata kita kasi penuhkan dulu ruang-ruang kosong yang mula mengganggu keselesaanku ini.

Depan kami tersergam indah Dewan Undangan Negeri Sarawak. 

Haa.. Nasi ayam penyet kami dah sampai. Nyum.. Nyum.. Nyum.. dulu.. Kerugian di sini adalah RM18.00 untuk dua hidangan termasuk air.

Ni la gerai jual nasi ayam penyet. Sedap juga masakan dia. 

Dah siap makan, kami sambung lagi cuci mata. Mana tau ada yang berkenan di saat-saat akhir. Haha..

Wehh.. Hotel kami dah nun jauh di sana. Eh, kan dah check out.. Dah bukan hotel kami lagi.. Huhu.. Tapi barang-barang kami masih ada kat situ. Kami tumpangkan dulu kat tempat receptionist.. Free of charge.. haha.. So, masih lagi hotel kami lah.. Hehehe..

Jom lah balik hotel, kita tunggu Abg Jamil kat sana lah. Sekarang dah jam 3:00 petang dah. Janji ngan Abg Jamil jam 3:30 petang..

Abg Jamil datang tepat pada waktunya. Dialah yang akan hantar kami ke airport. Huhu.. Dah tiba masanya untuk kami pulang.. 

Tadaa... Dah sampai Kuching International Airport dah. Tak jauh pun dari bandaraya Kuching.

Sementara menunggu gate masuk buka, jalan-jalan dulu sekitar sini.

Pandangan dari tingkat atas.

Wah, ada KFC.. haha.. Kasi bedal sekali lagi lah KFC kat sini. Hehe.. Tapi sebelum tu kami dah check in luggage dulu. 

Inilah dia kerugian KFC kat Kuching International Airport.

Kapal terbang kami belum sampai lagi laa.. 

Haaa... Dah sampai la kapal terbang kami.. Hehehe..

Kelihatan pintu 6 dah mula memanggil penumpang untuk memasuki pesawat dah tu. Jom kita ke pintu 6.

Opss.. Belum bukak lagi laa.. Huhu.. Takpelah, lepak dulu lah. Sementara aku boleh juga aku skodeng pilot.

Haa.. Ni lah dia pilot yang bertanggungjawab bawa kami balik Semenanjung sekejap lagi.

Eh, gate dah buka la.. Jom masuk..

Wah, bukan main ramai lagi yang tengah beratur tu ha.. 

Bila semua penumpang dan anak kapal dah bersedia, maka, flight kami pun mula reverse nak masuk dalam trek. Haha.. Dah nak berlepas la tu. Waktu sekarang dah 6:23 petang. Dijangkakan flight kami akan terbang jam 6:40 petang. Maknanya nanti kami akan mengejar siang dan cuba meninggalkan malam di belakang.

Dikemudikan oleh Kapten Nambraj Singh, kapal kami mula berlepas tepat jam 6:40 petang. Matahari dah mula terbenam. Kelihatan mentari merah di ufuk barat. Haha..

Tapi pada ketinggian 1100 meter, keadaan langit kembali cerah. Seolah-oleh matahari belum lagi sudi untuk terbenam.. Tapi, kelajuan kapal terbang yang kami naiki tak setanding kelajuan bumi berpusing di atas paksinya sendiri. Nampaknya dengan kelajuan 907kmj sekalipun belum dapat menandingi kelajuan bumi. Perlahan-lahan matahari mula hilang dari pandangan.

Kemudian kami dihidangkan dengan makanan buat alas perut. Lepas makan, aku kembali tidur.

Lampu kabin dipadamkan, dan perjalanan diteruskan menuju Kuala Lumpur.


Tengah lena tak lena, kedengaran pilot buat pengumuman yang kita akan mendarat sekejap lagi. Eh, dah nampak lampu-lampu bangunan kat bawah dah. Pesawat kami selamat mendarat jam 8:09 malam. Aku dah info azman dah sebelum gerak kat Kuching tadi.


Hah.. Jem.. Masing-masing nak turunkan beg. Dah stuck dah. Dah tak boleh jalan dah. 

Dah selesai keluar dari pesawat tadi, kami bergegas ke tempat bagasi. Ada 2 bagasi kami yang perlu kami ambil. Sementara menunggu bagasi, aku call Azman. Dia cakap dia dah ada kat kawasan KLIA. Ok Man, tunggu jap ye.

Ok, bagasi dah dapat. Tunggu Man datang jap lagi. 8:50 malam, Man datang menjemput kami..

Sempat topup minyak lagi masa on the way balik sebab minyak dah tak berapa nak ada. Tapi takpe lah sebab masa ni harga minyak baru RM1.90 seliter. Hehe.. Kasi isi aje lah.. Apa ada hal..

Selepas kereta kenyang, aku masih rasa lapar.. haaa... Berat nanang lagu ni boh.. Azman pun lapar. Takpe, nanti kita singgah makan ye.

Akhirnya kami exit Simpang Ampat. Kat roundabout tu ada satu kedai makan. So, makan dulu lah.. huhu..

oleh kerana kepenatan dan kekenyangan, sate pun dah tak habis dah.

Man dah kenyang dan ngantuk dah tu rasanya.. hehe..

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan balik Melaka. Sampai rumah Azman kat Ayer Keroh jam 11:30 malam. Dah hantar dia, kami pun bergegas balik rumah. Badan dah penat. Rasa nak tidur dah. Sampai rumah ngam-ngam pukul 12:00 malam. Erm.. Barang-barang nanti esoklah kemas ye.. Hehe.. So, sampai sini dulu lah coretan aku untuk kali ini. Nanti ada masa kita jumpa lagi. 

Kepada sesiapa yang nak melawat Kuching, Sarawak, kalau nak sewa kereta murah, boleh hubungi Cikgu Halid di talian +60128871250. Manakala kalau ada sesiapa nak ambil pakej yang agak murah dan harga boleh runding, boleh lah hubungi Abang Jamil di talian +60128921677. Servis pasti puas hati.. 

Ok gais.. Sehingga jumpa lagi di lain episod. Bye..

No comments:

Post a Comment