12.12.2016 (Isnin)
Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Huarghhh... Awal aku bangun pagi ni. Maklumlah hari ni ada beberapa destinasi yang kami nak lawati. Janji ngan Abg Jamil jumpa kat bawah jam 8:00 pagi lebih sikit lah. Hehe.. So, sebelum tu, moh le kita breakfast dulu..
Pihak hotel bagi kami voucer untuk 3 hari breakfast. So, hari ni guna voucer yang pertama dulu lah.
Pagi-pagi macam ni kita sarapan dulu.. Hehe.. Makanan kat hotel ni agak sedap juga lah. Erm.. Maklum la mungkin masa ni kami agak kelaparan.. Huhu..
Suasana sekitar tempat sarapan..
Siap sarapan, kami naik bilik balik. Maklum le masih awal lagi. Janji ngan abg Jamil jam 8:00 pagi. Sekarang baru jam 7:50 pagi. Eh, dah dekat jam 8:00 pagi dah ni. Awal lagi dah ada yang bergambar di tugu kucing..
Pemandangan dari bilik kami
Kami turun jam 8:10 pagi. Ketika tu abg Jamil baru sampai. Kemudian kami gerak dari hotel lebih kurang pukul 8:20 pagi. So, mana destinasi kami hari ni..? Haaa... Ikut perancangan, hari ni kami akan melawat beberapa tempat lah. Antaranya Pusat Hidupan Liar Semenggoh (Orang Utan), Jong's Crocodile Farm, dan perkampungan Annah Rais. Kalau sempat, nak ke tempat buat pasu. Haha..
Orait, so moh le kita ke tempat orang utan..
Sepanjang perjalanan tu dapat juga la kami menikmati pemandangan sekeliling. Erm.. eh.. Ada burung kenyalang.. Hehe..
Lebih kurang setengah jam perjalanan, barulah kami sampai ke destinasi..
Apa-apa hal, kena beratur dulu untuk beli tiket. Harga tiket adalah RM5.00 seorang. So, aku beli dua lah untuk wife aku sekali. Takkan la nak tinggal dia kat luar.. Ye tak..? Heeeee...
Dah beli tiket, kami kena masuk ke dalam lagi. Tempatnya agak jauh dari pintu masuk. Kalau jalan kaki mau 20 minit. Tapi kami naik van, so 3 minit ajelah.
Laluan yang terpaksa diredahi untuk sampai ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Dah sampai, abg Jamil park van dan kami kena jalan kaki sikit untuk ke sini. Masa ni jam dah menghampiri 9:00 pagi. Orang dah ramai dan kebetulan ngam-ngam kami sampai tu dah nak tiba masa untuk diorang kasi Orang Utan makan. Sebelum tu kami diberi taklimat dulu sebelum melihat Orang Utan yang liar
Mengikut taklimat yang diberi, Orang Utan ni adalah bukan jenis yang jinak dan dibela. Orang Utan ni adalah dari jenis yang liar. Sememangnya datang dari dalam hutan tebal kat dalam sana. So, ada beberapa perkara yang dilarang ketika melihat Orang Utan nanti seperti dilarang ambil gambar guna selfie stick, dilarang membuat bising dan juga berundur seandainya Orang Utan berjalan menuju ke arah kita.
Selesai taklimat, semua pengunjung akan bergerak masuk ke dalam hutan iaitu tempat Orang Utan diberi makan.
Moh kita jungle trekking beramai-ramai.. Hahaha..
Sebelum gerak, kasi abadikan dulu kenangan kat sini.. Hehe..
Sampai kat feeding area, aku dah nampak kelibat Orang Utan yang datang untuk makan. Kebiasaannya diorang akan bagi makan 2 kali sehari. Waktu pagi dan waktu petang.
Ramai pengunjung yang menantikan kehadiran Orang Utan untuk menjamu selera. Kalau musim buah, biasanya Orang Utan takkan datang makan sebab dah ada buah untuk dimakan.
Akhirnya dia dah muncul. Mencari sesuap makanan untuk mengalas perut. Hehe.. Eh, ada anak kecik la dia bawa..
Kasi zoom sikit lagi.. Haaa.. Jelas.. Hehe.. Terima kasih kepada Canon SX30IS aku kerana bertindak cemerlang untuk ambil gambar jauh.
Lepas tu datang sekor lagi ibu Orang Utan dengan anaknya. Anak yang ni dah besar. Dah boleh bergayut sendiri. Tapi masih di bawah pengawasan ibu dia..
Cute kan..? Hehe..
Pelbagai aksi yang dapat aku snap. Hehe..
Hampir sejam juga kami kat sini. Dah dapat ambil gambar Orang Utan, jom le kita gerak ke destinasi yang seterusnya.
Kalau anda semua datang sini, ingatlah larangan ni..
Sebelum gerak, singgah sekejap kat kedai souvenir untuk beli air mineral. Kerak dah teking.. Eh, silap.. Tekak dah kering. Ingat nak beli souvenir kat sini. Tapi kurang menarik perhatian aku. Huhu..
Selesai tengok Orang Utan, kami gerak menuju ke Jong's Crocodile Farm pulak. Tadi nengok Orang Utan, sekarang kita nengok buaya pulak.
Cak.. Hahaha.. Sempat lagi aku abadikan kenangan bersama wife dan Abg Jamil.. Haa.. Abg Jamil tak perasan tu aku amik gambar dia sekali.. Hehehe..
Kami tiba di taman buaya ni jam 10:20 pagi. Nak kena beratur lagi untuk beli tiket. Untuk pengetahuan semua, tiket masuk adalah berharga RM22.00 untuk seorang (bukan orang Sarawak) dan untuk orang Sarawak adalah RM12.00.. Erm.. Biasa kalau aku jumpa nak masuk mana-mana taman, biasanya diorang akan bezakan warganegara dan bukan warganegara je (kalau kat Melaka laa..).. Hehe..
Tadaa... Dah dapat tiket masuk. Jom.. Kita tengok buaya..
Kaunter tiket.. Ramai yang beratur..
Tidur ker..? Kecik je mata ko.. Kalau malam, bukan main beso lagi mata ko eh..
Kami terpaksa bergegas cepat ke feeding area kerana dah tiba masa untuk diorang kasi buaya makan. Jadi, boleh le sekali tengok buaya berdiri.. Hah..? Berdiri..? Haaa... Jom saksikan..
Ni buaya dalam kelaparan ni. Jap lagi ada le habuan ko..
Sekali kena ngap ni, arwah le.. Huhu.. (Terima kasih sekali lagi kepada kamera Canon SX30IS ku kerana beraksi cemerlang.. Hahaha...)
Orang dah semakin ramai dah.. Eh, ye ker dah ramai tu..? Macam banyak lagi seat kosong..
Okay, masanya dah tiba. Beberapa ekor buaya dah mula masuk dalam kolam dah..
Masa bagi makan, diorang akan gantungkan makanan kat tali tu dan digerakkan ke tengah supaya buaya nanti akan melompat menyambar makanan.
Beberapa aksi buaya yang sempat aku rakam..
Ngap..!!! Haha.. Lapo eh ko.. Hehe..
Mana yang malas tu, depa tunggu je kat tepi tu. Nanti abang tu akan campak le makanan kat bawah.
Ni laa abang-abang yang bertanggungjawab dalam memastikan perut sang bedal tak berkeroncong.
Dan ini pula adalah makanan yang digantung untuk memenuhi nafsu lapar sang buaya tadi.. Erm.. Nampak macam pari-pari paru-paru eh..?
Sang buaya dah kekenyangan.. Kami jua yang kelaparan. Untuk menghilangkan lagu keroncong kat perut ni, kami jalan-jalan ajelah sekitar taman ni tengok buaya yang lain pulak.
Sapa-sapa nak kasi makan kat ikan boleh la beli makanan ikan. Tapi aku malas pulak nak bagi ikan makan.
Ini buaya kat dalam sangkar lain pulak. Banyak nau buaya kat sini.. Hehe..
Rasanya buaya darat pun ramai jugak kat dalam ni... Erm.. hehehe
Di satu sudut tu aku agak teruja bilamana terpandang seekor bualusia (buaya lanjut usia).. Huhu.. Tahun 1963 pun dia dah umur 3 tahun. Kalau sekarang? Hangpa kira la sendiri ye..
Ni la dia Pak Indon (nama sang buaya tu).. Nampak hidung je..
Dia malu agaknya.. Tu yang dia tak timbul.. Mungkin dia sudah tua agaknya tu yang dia malu.. Heeee..
Binatang lain ada juga sikit-sikit. Tapi aku dah malas nak berjalan.. huhu.. Sempat juga la bergambar dengan burung merak ni..
Sambil-sambil tu skodeng beruang matahari
Haa ni ada sekor spesis buaya yang rare. Ekor kontot.. Azman suka barang rare.. Hihi..
Masa keluar, sempat aku ambil gambar tengkorak buaya Bujang Senang. Alamak, lepas ambil gambar baru aku terperasan larangan mengambil gambar tengkorak Bujang Senang.. hehe.. Sorry..
Sedikit info : Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun. Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992. Mengikut mitos, Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun. Dia dikatakan telah dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yang membunuh dia dan isterinya
Ok, dah hampir dua jam kami kat dalam. Jam dah pukul 12:05 tengahari dah. Jom lah kita lunch dulu. Lepas ni nak ke perkampungan Annah Rais pulak.
Perjalanan diteruskan lagi.. Mencari kedai makan yang pastinya hanya untuk memenuhi tuntutan perut yang sememangnya sudah agak kelaparan. hehe
Pak polisi sedang melakukan tugasan hakikinya
Tadaa.. Sampai dah kami kat Serapi Corner. Moh le makan dulu.. Berlakulah kerugian di sini RM23.70 untuk membuatkan ku berasa kekenyangan. Haha..
Sekitar Serapi Corner. (Abaikan muka budak tu.. Kesan dari teknik fotografi)
Selesai lunch, kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Annah Rais. Namun begitu, destinasi tersebut terpaksa dibatalkan kerana hujan dah mula mencurah turun. Erm.. Mengikut kata Abg Jamil, bila hujan, keadaan permukaan jalan agak tidak selamat untuk dilalui. So, kita tukar destinasi lah.
Melalui PULAPOL Kuching..
Destinasi kami dah berubah lokasi ke Kampung Bunuk Padawan. Kat sini pun ada perkampungan rumah panjang jugak. Takpelah mana-mana pun, janji ada rumah panjang. Hehee..
Nak tengok rumah panjang kat sini pun kena bayar jugak ye.. Hehe.. Kerugiannya adalah RM16.00 untuk 2 orang.
Ni adalah salah satu struktur rumah seperti ibu rumah lah.. Tempat diorang mesyuarat dan juga tempat tinggal untuk yang bujang. Erm.. Apa nama dah aku lupa.. Haha.. Erm.. Barok namanya kalau tak silap..
Tapi rumah ni agak tidak terjaga.. Sepatutnya kena peliharakanlah rumah macam ni.. Untuk tatapan generasi akan datang..
Sekitar dalam rumah tersebut.
Ada tengkorak manusia tergantung.. Hurm.. Mengikut kata Abg Jamil, diorang akan kumpulkan tengkorak musuh yang dipenggal kepala sebagai tanda kehebatan dan keberanian. Lagi banyak tengkorak, lagi berani dan hebat orang tu.
Ori ke tipu ni..? Hurm..
Mengikut kata Abg Jamil lagi, katanya ni original punya tau. Err... Err...
Oklah, jom lah kita beredar.. Hahaha.. Lepas keluar, kena kunci balik rumah ni.. Sebelah tu ada tandas, tapi tak boleh nak buang air sebab berkunci.. Huwaa..
Masa melangkah balik, sempat lagi aku ambil gambar sekitar perkampungan kat sini..
Berlantaikan buluh.. Hujan masih turun renyai-renyai..
Okeh.. Dah penat berjalan-jalan.. Rasa macam nak balik lah. Dah tak nak lah gi tempat pasu tu.. Hehee..
Sampai balik Kuching, aku minta Abg Jamil turunkan kami kat India Street. Nak jalan-jalan pulak kat sini. Sambil-sambil cuci mata, sambil-sambil boleh beli cenderahati sikit.
Gambir ada di mana-mana
Sekitar India Street, ramai jugak orang kat sini.. India Street adalah salah satu daya tarikan kat Kuching
Pakaian sekolah khas untuk yang bersaiz XXXXXXL
Wah.. Ada nametag lagi.. Hahaha
Lepas penat berjalan, kami pusing-pusing tepi sungai pulak. Terpandang satu bangunan yang gah berdiri seberang sungai Sarawak. Apa tu? Itulah Astana, iaitu kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak. Ianya dibina pada tahun 1870 oleh Charles Brooke, iaitu Raja Putih Sarawak yang kedua sebagai tanda hadiah perkahwinannya dengan isterinya. Astana ini pada kebiasaannya dibuka untuk lawatan umum oleh pelancong, dari pinggir Kuching Waterfront pengunjung dapat melihat dengan jelas taman dan bangunan Istana, gedung istana boleh dicapai dengan menaiki bot melintasi Sungai Sarawak.
Sambil tengok Astana, ada bot merentasi sungai. Erm.. Bot ni untuk Sarawak River Cruise agaknya.
Kasi zoom sikit.. Hahaha..
Sebelah kanan pula tersergam indah Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dewan Undangan Negeri Sarawak adalah dewan perundangan yang tertua di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Raja Muda Charles Brooke, atas arahan Raja James Brooke, melalui mesyuarat yang diadakan di sebuah perkampungan nelayan kecil di Bintulu, Sarawak pada 8 September 1867.
Dewan Undangan Negeri Sarawak mula dikenali sebagai Majlis Umum (General Council) dengan jumlah ahli yang dipilih seramai 21 orang. Ahli-ahli dipilih dari kalangan ketua-ketua kaum tempatan yang difikirkan dapat membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Brooke yang pada masa itu hanya meliputi kawasan-kawasan persisiran.
Kasi zoom sekali lagi. Nampaknya macam umpan dah mengena tu.. Haha..
Selepas penat menyusuri Kuching Waterfront, masuk bazaar pulak lah. Cari cenderahati yang boleh buat balik semenanjung..
Masuk je, aku tengok tak banyak kedai yang bukak. Singgah kedai ni jelah..
Wife aku tengah bargain tu. Aku beli fridge magnet je kat sini.
Orait, dah tiba masa untuk pulang ke hotel. Jalan kaki je tak jauh pun dari Kuching Waterfront. Tu kat depan tu haa hotel kami. Malam nanti kami nak menyeberangi Sungai Sarawak pulak. Nak dinner kat seberang.. Haha..
Selepas berehat, kami bercadang untuk dinner kat medan selera berdekatan Kampung Boyan. Nak ke sana, kena naik bot kecil. Tambangnya agak murah. Seringgit je seorang sehala. Kami turun awal sikit malam ni. Nak menikmati keindahan waktu malam pulak.
Sungai Sarawak waktu malam kat Kuching.
Haa.. Bot dah sampai. Jom kita naik bot. Jeti untuk ke seberang tak jauh dari hotel kami. Belakang hotel je..
Pakcik yang mengemudikan bot. Kat belakang ada sorang lagi control enjin bot.
Dengan bayaran RM1.00 seorang, maka sampailah kami ke medan selera Kampung Boyan.
Sekitar medan selera..
Ambo makey dulu deh.. Cuba mee kolok goreng pula malam ni.. Sedap jugak..
Siap makan, kami jalan-jalan sekitar sini. Mencari tempat untuk beli kek lapis.
Ni ada satu kedai kek lapis. Tak tau nak beli kat kedai yang mana satu. Takpe, malam esok kami datang lagi untuk shopping kek lapis.. Malam ni survey dulu.. Haha..
Perut dah kenyang, mata pun dah agak layu. Jom kita cross sungai.. Balik bilik..
Sampai seberang, sempat lagi kami singgah pasaraya. Wife aku nak beli sikit barang kat sini. Siap semua, cepat-cepat kami balik bilik. Penat. Sempat juga beli Slurpee kat 7 Eleven kat bawah hotel.. Haha..
Ok, sampai sini dulu cerita untuk hari kedua. Kami berehat dulu.. Zzzzzzzz... Jumpa lagi esok ye.. Bye... Gudnite..
















































No comments:
Post a Comment