Assalamualaikum.. Selamat malam buat semua.. Pertama sekali aku nak minta maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama tidak meng'update' blog ni. Semenjak dua menjak ni agak sibuk sikit keadaan aku ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, percutian kami kali ini ke Kuching berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Percutian kali ini juga agak bermakna buat kami kerana ianya adalah sessi pelengkap lawatan untuk 13 buah negeri dalam Malaysia.. Hehe.. So, jom lah sama-sama kita ke Bumi Kenyalang..
* Gambar sekadar hiasan
Sebelum membeli tiket flight dan tempahan hotel, kami ada buat sedikit sebanyak research dari laman-laman web kat internet. Ye lah, nak sewa kereta ke..? Nak ambil pakej ke..? Hotel pula tinggal kat mana..? Erm.. Jadi, setelah diambil kira beberapa faktor, mula-mula aku tempah hotel dulu. Hotel ditempah melalui booking.com dan kali ni pilihan kami adalah Imperial Riverbank Hotel, Kuching. Kenapa hotel ni menjadi pilihan? Setelah dibuat sedikit kajian mengenai lokasi tempat-tempat menarik, pada kami, hotel ni sangat-sangat strategik. Disamping itu harganya juga agak berpatutan. Tanpa membuang masa, hotel ni ditempah dengan jayanya pada 24.10.2016. Wah, lama lagi tu.. Haha.. Ah, takpelah tempah awal, malas nak kelam kabut pulak nanti. Selesai tempahan hotel, aku buat survey pula untuk tiket kapal terbang. Selepas buat beberapa perbandingan, maka pilihan kami adalah menggunakan perkhidmatan MAS. Apsal ambil MAS? Erm.. Kalau diikutkan untuk tarikh perjalanan tu, MAS menawarkan harga tiket yang jauh lebih murah dari pesaingnya. Jadi, keputusan diambil dan tiket penerbangan ditempah pada 26.10.2016 dengan kos keseluruhan termasuk bagasi 30kg dan makan adalah RM 516.76 (dua orang dua hala pergi balik). Amcam? Murah tak? Hahaha..
Orait.. Hotel dah tempah, tiket flight dah beli. So, nak kena contact kereta sewa pula sebab kami bercadang untuk sewa kereta je. Senang nak ke sana dan ke mari. Aku cuba hubungi Cikgu Halid untuk menempah kereta sewa dengan beliau memandangkan reputasi namanya cukup baik dalam internet. Setelah berbincang sedikit sebanyak dengan Cikgu Halid, kata putus diambil iaitu kami akan menggunakan perkhidmatan pakej santai dari beliau. So, pakej dah ditempah, duit deposit dah dibank-in kan. Sekarang membilang hari ajelah.. Hehehe...
11.12.2016 (Ahad)
Selepas membilang hari, maka hari yang ditunggu-tungupun tiba. Memandangkan waktu penerbangan kami adalah jam 7:15 pagi, kami kena gerak awal pagi lah dari Melaka. So, aku minta tolong Azman untuk hantar kami ke KLIA. Dengan hujan yang agak lebat, aku sampai rumah Azman jam 3:24 pagi.
Sedang menunggu Toe Har Mann Azman. Kelihatan motor Es Wai Emm teguh berdiri di situ.
Selepas semuanya ok, moh le kita gerak ke KLIA. Jalan agak lengang. Maklum le masa ni jam 4:12 pagi dah.
Selepas beberapa ketika, kami semua dah agak kelaparan. Jadi, jom le kita singgah di RnR dulu . Kami singgah di RnR Seremban untuk beberapa ketika cuma.. Sekadar mengalas perut yang dah nyanyi lagu Keronchong Kuala Lumpur.
Selepas kira-kira setengah jam mengalas perut, dah tiba masanya untuk gerak semula menuju KLIA.
Perjalanan diteruskan ke KLIA. Haha.. Aku suka KLIA. Tak taulah kenapa. Mungkin ada beberapa kenangan dengan Cikgu Padil Jagung masa belajar sama-sama dulu.. Hehe..
Kami sampai KLIA jam 5:15 pagi. Hurm, apa lagi, lepak-lepak lah dulu.
Sambil-sambil tu, boleh le print tiket dulu..
Kasi selfie la dulu satu kali.. Hahaha..
Inilah keadaan yang agak sadis untuk diperkatakan. Kalau anda mengantuk sekalipun, jangan la baring macam tu. Anda sebenarnya dah ambil ruang tempat menunggu orang lain juga. Anda seorang dah makan 3 orang punya tempat. Haish..
Gate telah dibuka. Sudah sampai masanya untuk kami masuk.
Haa.. Tu dia kelihatan kapal terbang kami dah menunggu di situ untuk dinaiki
Jom lah kita beratur dulu
Kami dah siap sedia dah untuk berlepas. Tunggu kapal terbang ni reverse je.. Hehehe..
Ucapan "Selamat Datang" dari MAS..
Flight kami mula bergerak meninggalkan kawasan parking lebih kurang jam 7:25 pagi. Cuaca pagi ni agak elok. Semasa menuju hujung landasan untuk memecut, aku terperasan sebuah pesawat MAS yang agak besar. Wah.. Apakah itu AirBus A380 milik MAS?
Diketuai oleh Kapten Mohd Johari Abdullah dan ketua attendan Azuan, pesawat kami berlepas jam 7:37 pagi
Cuaca agak baik pagi ni cuma ada sedikit mendung. Kat atas sana tak pasti pula cuaca macam mana..
Lebih kurang setengah jam berlepas, kami dihidangkan makanan buat alas perut yang agak lapar ni. Hahaha.. Menu pagi ni adalah Nasi lemak sambal udang beserta telur rebus dan rendang ayam. Sedap juga nasi lemak ni. Ye lah, mungkin sebab perut yang dah agak kelaparan. Hurm..
Aku memilih jus epal dan air mineral buat basahan tekak. Sebenarnya cuaca kat atas ni agak tak elok. Jadi para pramugara dan pramugari memberhentikan dulu agihan air panas kat dalam kabin ni.
Selepas habis makan, aku berehat seketika. Melayan pemandangan kat bawah yang tak nampak apa-apa sangat. Lebih kurang jam 8:50 pagi, aku dah ternampak pemandangan kat bawah. Eh, dah sampai Kuching ker..? Ya, kapten dah buat pengumuman bahawa kami semua akan mendarat sebentar lagi.
Kami selamat mendarat di Bumi Kenyalang tepat jam 9:07 pagi. Cuaca di sini amat baik sekali.
Sementara itu, kena beratur dulu untuk melepasi pemeriksaan imigresen.
Sebaik sahaja keluar dari pesawat, kami dikehendaki melalui kaunter imigresen (Passport Malaysia). Kat sini, kami dikehendaki mempamirkan kad pengenalan bersama tiket kapal terbang. Selepas tu, kami diberi satu pas kebenaran memasuki negeri Sarawak selama 90 hari. Pas ini juga dikenali sebagai Pas Lawatan (Sosial).. Simpan pas ni elok-elok kerana ketika keluar dari Sarawak nanti, anda kena bagi balik kat kaunter imigresen.
Dah settle semua, aku pun hubungi Abg. Jamil iaitu driver Cikgu Halid. Nanti Abg Jamil lah yang akan uruskan semua perjalanan dan destinasi-destinasi yang akan kami lawati nanti. Setelah bertemu dengan beliau, destinasi pertama yang akan kami lawati adalah Pasar Serikin.
Lokasi pasar ni agak jauh juga dari Kuching International Airport. Hampir 50km jaraknya. So, jom le kita ke sana. Pasar Serikin ni sebenarnya terletak berdekatan dengan sempadan antara Sarawak dan Indonesia. Sangat-sangat dekat dengan sempadan. Kalau tak silap hanya 3km sahaja dari batu sempadan antarabangsa.
Setelah mengharungi perjalanan hampir sejam, maka sampailah kami ke sini.. Kelihatan banyak kenderaan yang beratur untuk ke sini. Agak sesak sikit memandangkan pasar ni hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun untuk hari Ahad sampai jam 2 petang sahaja. Kebanyakan peniaga di sini adalah dari negara jiran iaitu Indonesia. Diorang akan ke sini dengan membawa pelbagai jenis barangan untuk diniagakan.
Jam woo.. Kalau ada roti sedap jugak ni.. Huhu..
Inilah dia sekitar pasar Serikin. Rata-ratanya semua peniaga di sini dari negara jiran. Aku sempat juga berbual dengan seorang peniaga di sini. Katanya dia dari Pontianak, Indonesia. Meredah perjalanan yang agak jauh semata-mata demi sesuap nasi.
Bila ditinjau-tinjau harga kat sini tak lah murah sangat. Tapi kena pandai-pandai tawarlah. Kalau pandai tawar, anda mampu memperolehi dengan harga murah. Kalau anda tak pandai tawar, para peniagalah yang dapat kaut untung yang tinggi..
Cuaca kat sini panas lain macamlah. Tak tahulah kenapa. Panasnya agak perit. Mata pun dah jadi kecik je.. Huhu.. Bila je terpandang air tebu ni, apa lagi beli lah secawan. Haha.. Sengget je..
Lepas sessi basahan tekak ekspress, jom kita sambung cuci mata lagi. Haha..
Pelbagai jenis wangian yang diniagakan. Tapi rasanya yang ni bukan original kot..? Haha
Melewati jam 11:00 pagi, keadaan pasar Serikin masih sesak dengan pelanggan-pelanggan. Maklumlah hari ni hari Ahad. Separuh hari je.
Kulit kambing pun ada untuk dijual. Tapi aku tak tanya plak berapa harga.
Cak.. Haha.. Selfie sekali.. Panas ni. Mungkinkah petang ni nak hujan..? Hurm..
Selepas berjalan-jalan, maka sampailah ke penghujung pasar Serikin. Selepas tu kita boleh melalui jalan-jalan tanah merah untuk menuju ke sempadan.
Inilah dia sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia berdekatan Serikin. (Gambar dari Google maps) Kelihatan beberapa batu sempadan dan penanda sempadan di situ. Sebelah sana adalah Indonesia dan sebelah sini pula adalah Malaysia. Sebenarnya aku ada berhajat untuk ke sini. Dapat bergambar kat sempadan ni adalah salah satu impianku. Hahaha.. Namuan atas beberapa faktor, aku dinasihatkan oleh Abg Jamil supaya batalkan sahaja hasrat itu.
Mengikut carian aku di internet dan juga nasihat dari Abg Jamil, untuk ke sana kita kena melalui jalan tanah merah dan juga melalui kebun kelapa sawit persendirian. Ketika melalui laluan tu, pemilik kebun tersebut mengenakan bayaran tol RM10 sekali laluan untuk sebuah kenderaan 4 roda. Selesai laluan bertol, kita akan melalui sekatan dari askar (Malaysia) yang menjaga sempadan pula. Selesai melepasi sekatan, satu laluan anak sungai pula terpaksa dilalui. Kalau menggunakan kenderaan pacuan 4 roda, tak apalah. kalau dengan kereta biasa, maunya tak lepas. Jadi, fikir punya fikir, aku terpaksa akur dengan keadaan.. Huhu..
Motor plate Indonesia. Cukainya (cukai ataupun apa tah aku dah lupa) sudah tamat tempoh tu. Bulan 3 tahun 2016. Hehe..
No Paking di sini. Arahan towan rumah. Haha..
Sejam setengah juga kami habiskan masa di sini. So, jom kita meneruskan ke destinasi kedua pula. Nak ke mana..? Kita ke Gua Fairy. Yok kita..
Sepanjang perjalanan menuju ke Gua Fairy, Abg Jamil berhenti sekejap di satu tokong yang dibuat di dalam satu gua. Lokasi ni tepi jalan je. Kami sekadar berhenti untuk ambil gambar saja. Nampak macam kat Batu Caves pula. Huhu..Selepas tu kami terus ke destinasi yang kami tuju..
Akhirnya sampai juga kami ke Gua Fairy. Nak masuk gua ni, kena bayar RM1.00 seorang dan panjat tangga yang dibuat khas untuk kemudahan pengunjung yang nak masuk dalam gua..
Ayuh kita mulakan pendakian..
Tangga lama yang masih kelihatan kat tepi lereng gua.
Setelah mencungap 5 minit memanjat, akhirnya sampailah kami ke pintu gua. Huhu.. Jom kita masuk..
Keadaan dalam ni agak gelap. Dan kita boleh mencium bau batu kapur kat dalam gua ni. Ini tingkat bawah. Ada 1 tingkat lg nak kena panjat.
Haa.. Ni dia tangga yang agak curam untuk kita panjat naik ke tingkat atas. Dengan lubangnya yang agak sempit serta air menitis dari atas membuatkan rasa sedikit seram je nak naik kalau sorang-sorang. Kebetulan pula masa ni tak ramai orang.. Huhu..
Memang kena on flash kat handset buat lampu suluh.
Akhirnya kami sampai jua kat tingkat atas. Sejuk je rasa kat dalam gua ni. Agak besar juga gua ni. Kelihatan stalagtait dan stalagmait di satu sudut gua itu.
Lubang inilah yang membekalkan aliran udara dan kemasukan sedikit cahaya ke dalam gua. Ada juga kelihatan beberapa ekor kelawar yang berterbangan ke sana ke mari..
Siapa nak panjat ke atas, bolehlah panjat. Cukuplah setakat ni buat kami. Hehe.. Jom turun..
Bila keluarnya kami dari gua, baru kami sedar kat luar hujan mencurah agak lebat. Aiseh, macam mana ni..?
Kadar bayaran nak masuk Gua Fairy.
Setelah berbincang dengan Abg Jamil, kami memutuskan untuk kanselkan destinasi ketiga iaitu Wind Cave. So, kita gerak ke Tasik Biru je lah. Namun sampainya kami di sana, agak hampa juga kerana hujan masih mencurah. Amik gambar dari dalam van ajelah. Huhu..
Lepas tu, aku minta Abg Jamil hantar kami ke hotel ajelah untuk Check in. Sepanjang perjalanan hujan masih turun tapi tak lebat sangatlah.
Kami sampai hotel lebih kurang jam 2:40 petang. Sekarang ni nak settlekan dulu urusan check in. Seperti yang sedia maklum sebelum ni, hotel Imperial Riverbank ni aku tempah melalui Booking.com dengan harga yang ditawarkan adalah RM450.00 untuk 3 malam. Agak murah dengan keadaan hotel yang baru dan bilik yang agak besar.
Inilah biliknya dengan disediakan dua tingkap iaitu menghadap sisi sungai dan menghadap kawasan bandar. Luas dan amat selesa.
Tandas dan bilik mandi pun bersih. Cuma, tandasnya tidak dilengkapi dengan hos pancuran air. kalau buang air besar, kena pulaskan tuil sisi supaya pancuran air secara automatik keluar dari dalam mangkuk tandas.. Erk.. Aiyaa... Macam mana nak berak ni..? Hurm..
Haa... Inilah tuilnya yang kita kena pusing.. Hahaha..
Haa tu dia bila tuil dipusing ke arah depan. Hurm.. Tak pandailah.. Nak tak nak, kena belajor le.. Huhu..
Ok, siap sudah sessi check in hotel. Maka kami akan keluar sekejap nak makan. Lapar dah ni. Sebelum tu, kasi selfie dulu depan hotel.. Hehehe...
Kali ni Abg Jamil bawa kami makan kat satu restoran iaitu Warung Nusantara. Mana lokasinya tah aku pun tak perasan. Haha.. Erm.. Sebelah Hotel Pullman Kuching je kalau tak silaplah.. Hehe.. Kerugian makan-makan kat sini adalah RM22.70..
Lepas makan, kami balik hotel semula. Badan penat, ingat nak rehat-rehat lah. Bila pintu lif buka, aku cari bilik tak jumpa. Eh, kenapa? Laa.. Rupa-rupanya tingkat 9 aku tekan tadi. Sedangkan bilik kami tingkat 6. Hahaha..
Haa.. Ni sebenarnya bilik kami.. Hehe.. Sorry, silap bilik.. huhu..
Inilah pemandangan yang pada aku sangat cantik dari bilik kami. Nampak sungai dan juga bandar. Dan lokasi hotel ni pun pada aku sangat strategik. Dekat dengan tugu kucing, dekat dengan pengkalan bot nak ke Kg. Boyan.. Dekat juga dengan Kuching Waterfront. Semuanya walking distance je..
Haaa.. Masih ada orang bergambar kat tugu kucing ni walaupun hujan masih renyai. Kami? Esoklah kami bergambar kat situ. Tak pun lusa ke..
Selesai berehat sekejap, kami keluar ke pasaraya seberang jalan jap. Wife aku nak shopping sikit. Aku? Takde pape yang nak dishoppingkan buat masa ni. Hehe..
Selesai membuat pembayaran, kami balik hotel semula dan tunggu kawan wife aku nak datang jemput kami. Diorang nak bawa kami makan mee kolok.. Haha.. Macam best je.. Hehe..
Lebih kurang jam 8:00 malam diorang datang jemput kami. So, malam ni kami makan kat mana..? Hurm..
Malam ni kami makan kat Restoran Rimba 12.. Erm.. Kat luar masih hujan. So, kita masuk makan kat dalam ajelah.
Hurm.. Apa lagi..? Jom le kita makan. Aku oder nasi ayam penyet je. Tapi ayam dia besar. Sedap pula tu.. Huhu..
Mee kolok pun ada..
Jutaan terima kasih buat Kak Asmah dan suami kerana sudi menjemput dan membawa kami makan malam ni. Terima kasih juga kami ucapkan kerana sponsor makan malam kami pada malam ni..
Selesai makan malam, kami tak pergi mana-mana. Pulang hotel ajelah untuk berehat. Esok banyak tempat pula nak gi melawat.
Sebelum naik bilik, abadikan dulu kenangan bersama Kak Asmah dan suami. Sekali lagi jutaan terima kasih buat Kak Asmah dan suami di atas kesudian membawa kami makan malam ni.
Apa lagi, jam pun dah menuju ke 11:00 malam. Jom tidur.. Zzzzz.. Kami tidur dulu ye.. Jumpa esok.. Selamat malam semua.. Byee....

Pakej cuti bajet di Kuching
ReplyDeleteKereta sewa
Hotel
Homestay
whatsapp 0128997155
Bercuti di Kuching bersama Kuching Getaway
ReplyDeleteHotel-Transport-Guide
Free airport transfer
Mesra Muslim
Whatsapp 01114644266
email: kuchinggetaway@gmail.com