Friday, 18 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 5

08 March 2016 (Selasa)

Assalamualaikum semua.. Diam tak diam dah tibalah hari terakhir kami kat Kota Kinabalu. Hari last ni, dah takde buat apa dah.. Berkemas-kemas je barang-barang yang nak bawa balik. Tapi rasanya boleh lagi kalau nak repeat ke pasar Filipina untuk hari last ni. Mana tau boleh beli hasil-hasil laut kat sana. Ikan bilis ke.. Apa-apa ke yang rasa agak menarik untuk dibawa pulang ke Semenanjung.. Erm.. Jom kita..

 Pemandangan dari tingkap Le Hotel, Kota Kinabalu

Tuesday, 15 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 4

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau,  Melaka 754 Tahun, Melaka Maju Fasa II, Berkat, Tepat, Cepat. Haa.. Panjang nau.. Hehe.. So, kita sambung lagi cerita untuk hari keempat. Maka hari ni lah bermulanya kembara kami jalan-jalan sekitar negeri Sabah. Untuk hari ini, isteri aku dah booking awal-awal dah satu pakej satu hari dari pagi sampai petang untuk jalan-jalan sekitar Kundasang dan juga Ranau. Harga untuk pakej ni adalah RM340.00 untuk dua orang termasuk transport, pemandu pelancong, makan tengahari dan juga tiket masuk seperti dalam itineri. Nak tahu selanjutnya..? Jom ikuti kisah kami.. Hehe.. Cerita ni mungkin agak panjang.. Sila sediakan dulu lah kacang ke.. kuaci ke.. Sambil baca, boleh la gigit kuaci.. Hihi..

*Gambar sekadar hiasan

Sunday, 13 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 3


06 March 2016 (Ahad)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Hari ni merupakan hari terakhir untuk konferen yang berlangsung di The Klagan Regency, One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah. Dan hari ni juga kami akan check out dan sambung lagi dua hari cuti di sebuah hotel di pusat bandar Kota Kinabalu. Bukan apa, aku pilih untuk stay kat Le Hotel Kota Kinabalu ni kerana lokasinya amat strategik. Cuma rate untuk hotel ni ada sedikit mahal berbanding dengan keluasan bilik yang ditawarkan. Tapi takpe, oleh kerana lokasinya amat strategik, aku booking melalui Booking.com untuk dua malam. Haha.. Orait, kita tinggalkan dulu kisah booking hotel tu. Dan kita sambung kisah pagi ni..

 Setelah selesai siap-siap, kami turun dulu tingkat 5 untuk breakfast. Makan dulu lah kasi kenyang..

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 2

05 March 2016 (Sabtu)

Huarghhhh... Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi ni kena bangun awal sikit. Eh, bukan awal sikit tapi awal banyak. Haha.. Kenapa..? Kerana kat Sabah ni kalau jam 7:00 pagi, matahari dah naik sejengkal dah.. 6:30 pagi pun dah cerah. Haha.. So, macam mana tu? Kena bangkit awai sikit lah. Pagi ni memang aku dah bangun awal sikit. Nak mandi-mandi, rehat sekejap dan lepas ni nak turun breakfast.

Oklah, kami dah siap-siap nak breakfast. Jom kita..

Saturday, 12 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 1

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua pembaca blog ni. Alhamdulillah, berakhir sudah MSR Scientific Meeting dan juga percutian aku bersama isteri ke Kota Kinabalu, Sabah. Sebenarnya pada 04 - 06 March 2016 yang lepas, Malaysia Society of Radiographers ada menganjurkan satu konferen bertempat di Kota Kinabalu. Beberapa bulan sebelum tu, aku ada bertanya dengan bos aku kalaulah aku dapat pergi. Kemudian bos aku kasi green light, so apa lagi.. Tempah dulu lah tiket flight. Segala registration untuk konferen dan juga penginapan aku diuruskan oleh pihak majikan tempat aku bekerja manakala tiket penerbangan untuk isteri aku tu kenalah aku bayau sendiri. Haha.. Tapi takpelah, bayaukan aje.. Hehe..