Sunday, 13 March 2016

MSR Scientific Meeting & Sabah Vacation - Day 2

05 March 2016 (Sabtu)

Huarghhhh... Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Pagi ni kena bangun awal sikit. Eh, bukan awal sikit tapi awal banyak. Haha.. Kenapa..? Kerana kat Sabah ni kalau jam 7:00 pagi, matahari dah naik sejengkal dah.. 6:30 pagi pun dah cerah. Haha.. So, macam mana tu? Kena bangkit awai sikit lah. Pagi ni memang aku dah bangun awal sikit. Nak mandi-mandi, rehat sekejap dan lepas ni nak turun breakfast.

Oklah, kami dah siap-siap nak breakfast. Jom kita..


Kami bersarapan seawal jam 7:15 pagi. Semua menu yang dihidangkan sedap sekali. Eh, sedap berkali-kali. Haha.. Takpe, rasa tak cukup nanti boleh tambah lagi. Hihi..

Lama juga kami breakfast kat sini. Ehtah dah berapa round dah kami buat pusingan. Hehe.. Sambil makan-makan, sambil sempat juga bersua dengan kawan-kawan lama. Sembang-sembang dulu buat hilangkan rindu.. Haha.. Lepas tu, jom lah naik bilik dulu. Lepas ni konferen start jam 8:30 pagi.

Konferen dah bermula seawal jam 8:35 pagi. Dengan tajuk pembentangan beliau adalah mengenai inovasi pengimejan dalam rawatan kanser. Topik yang agak menarik untuk kita jadikan sebagai tambahan ilmu di dada.. Walaupun kadang-kadang kurasa seperti ada pasir bermain-main di kelopak mata, tetapi ku gagahi jua menghabiskan presentation ni.. Hehe.. Berjaya untuk tidak tidur...!!!

Selesai satu jam presentation, kali ni giliran orang lain pula ye. Hehe.. Presentation kali ni pun agak menarik juga. Dengan menggabungkan kaedah MRI, Tim Dockable Table, permukaan couch yang flat dan juga alat pemposisian khas untuk MRI, dan juga sistem laser untuk tujuan perancangan, sudah pasti ianya memberikan anda satu perancangan rawatan untuk kanser yang lebih efisien, tepat serta kualiti imej yang sangat tinggi.

Kami berhenti rehat untuk seketika memandangkan lepas ni ada lagi beberapa sessi pembentangan yang pastinya sangat menarik untuk kita semua. Hehe..

 Ok, masa rehat sudah tamat. Hehe.. Untuk sessi selepas ini akan diasingkan antara diagnostik dan radioterapi. Untuk radioterapi, anda dikehendaki turun ke aras 1. Ada dewan kecil di sana. Jadi, di sini semua Radiation Therapists seluruh Malaysia akan bertemu dan membincangkan hala-tuju serta teknik-teknik terbaru yang dapat dikongsikan bersama. Encik Khorlid pun ada juga. Hai Encik Khorlid. Khusyuknya dia mendengar ceramah di depan.. Hehe..

Selepas rehat pagi, maka bermula lah presentation pertama dari Dr. Somsak Wanwilairat. Dia membentangkan pasal Helical Tomotherapy, salah satu kaedah rawatan kanser yang terdapat di Chiang Mai University Hospital

 Dalam pembentangan beliau juga ada menerangkan kelebihan-kelebihan Tomotherapy berbanding kaedah dan teknik step and shoot.

Sambil-sambil tu, sempat juga lah aku berselfie dengan Norman Hakim Aali.. Haha..

 Presentation kedua pun mengenai Tomotherapy juga tapi kali ni lebih kepada workflow yang dipraktikkan di Makati Medical Center, Filipina. Nama presenter aku dah lupa.. Haha..

 Setelah berhempas-pulas memerah keringat otak, maka masa rehat tengahari dah muncul. Hehe.. Jom kita lunch dulu.. Lapar ni.. Haha.. Lepas lunch, aku naik bilik sekejap. Rehat-rehatlah dulu.. Nasib baik semalam ada beli sedikit bekalan untuk isteri aku buat lunch hari ni.

 Presentation lepas lunch pula oleh Encik Faizal, presiden kita. Sempoi En. Faizal.. Kami semua dikehendaki perkenalkan diri masing-masing.. Huhu.. Selain tu, dia juga membentangkan hala tuju dan juga fasiliti-fasiliti yang ada di Institut Kanser Negara.

 Encik Farihan dari Institut Kanser Negara juga ada membincangkan mengenai SRS.. Satu topik yang pada aku amat menarik sekali. Ada juga beberapa tajuk yang aku terlepas sebab aku gi bilik termenung tadi.. Hehe.. Sorrylah kalau tak masuk dalam blog ni.. Huhu..

Selepas selesai semua presentation tadi, aku pun balik bilik lah. Malam ni ada dinner beramai-ramai.. Lagipun masa masih awal lagi. Banyak lagi masa yang ada untuk aku bersiap-siap nanti. Mungkin aku turun nanti dalam pukul 7:30 malam nanti lah. Erm.. tak awal sangat ke 7:30 malam tu? Eh, sini malam cepat sikit. Maghrib kat sini (Kota Kinabalu) pun jam 6:29 petang. Huhu..

 Haa.. Sekarang ni jam berapa..? Dah gelap sangat dah. Tapi untuk pengetahuan semua, sekarang ni belum masuk pun jam 7:00 malam lagi. Haha.. Selepas siap-siap semua, kami pun turun kembali ke tingkat 5 untuk dinner. Aku sampai dewan dah jam 7:40 malam. Alamak, majlis dah start. Huhu.. Tapi baru je start.

 Malam ni ada upacara belah kek. Dan juga sedikit ucapan dari Mr. president.. Bila nak makan ni? Lapar ni.. Huhu..

 Sebelum tu, selfie la dulu.. Haish, kamera handset aku dah macam zaman tokku tonggek dah ni. Gambar dah la tak cantik. Huhu..

 Apa lagi, perut dah lapar.. Kasi ngaapppp la..

 Malam ni ada juga beberapa cabutan bertuah. Tapi, aku tak bertuah malam ni. Tak dapat cabutan bertuah.. Haha..

 Sambil-sambil tu, amik kesempatan lah untuk selfie bersama Farihan. Hehe.. Lama sangat dah tak jumpa..

Ada juga disediakan sessi karaoke kepada sesiapa yang berminat. Erm, aku tak pandai sangat layan karaoke ni.. Tapi aku selalu juga praktik masa mandi.. Haha.. Suara sumbang bro.. Tak sanggup nak praktik depan orang ramai.. Hihi..

Majlis dinner ni masih berlangsung. Tapi aku terpaksa gerak awal kerana ada beberapa hal yang nak diuruskan. Lagipun mata dah agak mengantuk sangat dah. So, sampai sini dulu lah kita bertemu.. Bye2 semua.. Kita jumpa esok eh.. Tunggukan episod 3 pulak ye..
Jumlah kerugian hari ni : RM0.00

2 comments: